Home » , » Khairy Jamaludin Jangan Perlekeh Integrity Urustadbir Negara.

Khairy Jamaludin Jangan Perlekeh Integrity Urustadbir Negara.

Written By Wadah Baru on Selasa, 4 Ogos 2015 | 10:27 PTG

Oleh Faiz Fadzil

Kenyataan saudara Khairy Jamaludin kononnya derma politik bukan perbuatan jenayah menunjukkan sikap kepimpinan UMNO yang memandang remeh persoalan integrity dalam urustadbir kerajaan.

Tiada apa-apa peruntukan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang mengecualikan politik daripada bidangkuasa perbuatan jenayah rasuah. Derma politik atau apa-apa suapan yang melibatkan politik atau parti politik tetap perbuatan rasuah dan tertakluk kepada undang-undang Akta SPRM 2009. 

Derma didefinasikan antara elemen suapan di bawah seksyen 3 Akta SPRM 2009. Derma akan dianggap rasuah apabila penderma dan penerima derma mempunyai kepentingan dan derma diberikan sebagai dorongan melakukan sesuatu perkara. Apatah lagi dalam isu 1MDB, Perdana Menteri adalah pemilik akaun persendirian yang menerima satu jumlah yang begitu besar dalam keadaan negara dilanda krisis ekonomi yang parah.

Derma politik yang dikatakan digunakan untuk pilihanraya umum ke-13 juga kini menimbulkan keraguan kepada pemimpin umno sendiri, masakan mereka juga mempersoalkan akaun tersebut. Jika benar, kenapa tidak sahaja diwujudkan akaun amanah agar ketelusan dan integrity terpelihara.

 Jika benar, derma politik ini telah mencalar kesahihan keputusan pilihanraya umum ke-13 kerana jumlah wang yang begitu banyak digunakan bagi memenangi pilihanraya tanpa didedahkan kepada SPR, maka kesannya kerajaan Barisan Nasional yang dibentuk sekarang adalah tidak sah kerana dicemar dengan penggunaan wang yang diragui sumbernya.

Rasuah tetap rasuah. Derma politik tetap rasuah jika ia digunakan untuk membeli undi. Rasuah dilarang di dalam syariat Islam. Melainkan UMNO tidak lagi menjadikan syariat Islam sebagai pegangan dan undang-undang Akta SPRM 2009 sebagai undang-undang yang berkuatkuasa, maka rasuah hanya dianggap perkara remeh dan halal dalam perjuangan UMNO. Tiada lagi integrity dalam urustadbir negara yang boleh diharapkan pada UMNO kerana elemen ketelusan dan urustadbir bersih tidak lagi menjadi penting.

Faiz Fadzil
Pengarah Komunikasi
Gerakan Anakmuda Harapan Baru
4 Ogos 2015.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger