Home » » Kekesalan Tengku Puji

Kekesalan Tengku Puji

Written By Wadah Baru on Sabtu, 5 September 2015 | 3:02 PTG


Oleh Mohd Sayuti Omar 

Saya mengenali Tengku Puji sejak tahun 80an lagi. Ketika itu dia adalah pesuruhjaya Pas Pahang kalau tidak silap.

 Pas berasa bertuah dengan penglibatan beliau dalam parti agama itu kerana Tengku Puji adalah kerabat di Raja Pahang.

Beliau juga seorang yang pendiam, tidak banyak cakap dan berjiwa dermawan.

Hari ini beliau telah mengeluarkan kenyataan (klik video) melahirkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku dalam Pas kini, mengenai iau bai'ah dan taklik. (Klik video itu boleh didengar di FB anaknya).
Beliau menyifatkan perkara itu benda dalam kelambu yang tidak sewajarnya didedahkan.

Sehubungan itu beliau dengan nada keras meminta semua pihak berhenti memainkan isu berkenaan. Seruan khusus ditujukan kepada Ahmad Yaakub dan Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar).
Katanya, Nik Abdullah, ayah Nik Amar tidak seperti Nik Amar. "Ayah kamu dulu tidak begitu, dia seorang yang baik," kata Tengku Puji.
 
Dalam pada itu beliau bertanya dengan nada kesal, kenapa para penasihat agama dalam Pas diam membisu. Antara nama disebut orang sepeti Daeng Sanusi Daeng Meriok, Subky Latiff dan Haji Baki. "Nasihatlah jangan mendiamkan diri," katanya. Wassalam Mso.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger