Home » » Mengalu-alukan kelahiran Parti Amanah Negara

Mengalu-alukan kelahiran Parti Amanah Negara

Written By Wadah Baru on Selasa, 1 September 2015 | 11:41 PG

Oleh Saifuddin Nasution Ismail

Mengalu-alukan kelahiran parti amanah negara. tahniah teman2 yg mengusahakan kelahirannya. kalian punya 2 tahun utk persiapkan parti menghadapi pilihanraya berbanding keadilan dahulu cuma 7 bulan, lahir april 1999 dan masuk pilihanraya november 1999.

Kini keadilan berdaftar di 210 cabang dgn keanggotaan 506 ribu...50% melayu, 20% india, 15% cina dan15% etnik sabah dan sarawak. keadilan sudah melalui 4 pilihanraya dan menimba pengalaman secara langsung.

Saya juga mengharapkan parti amanah akan bersama membentuk pakatan baharu. kita sendirian tidak mampu menang dan memerintah. kita saling memerlukan. sama2 menampung kekurangan dan sama2 memanfaatkan kekuatan.

Seterusnya pakatan baharu boleh membentangkn bajet alternatif di parlimen mcm dulu2, kenyataan bersama, program bersama,, dasar bersama dan manifesto bersama.

Najib dan umno bn semakin terdesak. kita akan berganding bahu berusaha memenangi sokongan rakyat ...



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger