Home » , » 6 kartunis antarabangsa sokong Zunar

6 kartunis antarabangsa sokong Zunar

Written By Wadah Baru on Sabtu, 10 Disember 2016 | 1:05 PTG

PETALING JAYA: Enam kartunis yang pernah memenangi anugerah menyatakan sokongan mereka kepada kartunis politik Zunar, mendesak kerajaan Malaysia membatalkan sekatan perjalanan yang dikenakan terhadapnya.
“Hak asas kebebasan bersuara dan bergerak Zunar perlu dihormati menurut Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik yang ditandatangani Malaysia,” menurut kenyataan yang dikeluarkan di New York.
Enam kartunis itu ialah Patrick Chappatte dari New York Times, Jeff Danziger dan Ann Telnaes (The Washington Post), Liza Donnelly (The New Yorker dan CBS News), Nicolas Vadot daripada Belgian daily Le Vif dan Robert Russell yang mengetuai Cartoonist Rights Network International (CRNI).
Sokongan solidariti itu dikeluarkan selepas Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli SM Anwarul Haque memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Disember untuk mencabar sekatan perjalanannya, menamakan ketua pengarah Jabatan Imigresen dan ketua polis negara dalam permohonan itu.
Zunar dilarang menghadiri satu forum di Singapura pada 17 Oktober apabila pegawai imigresen di Lapangan Terbang Kuala Lumpur KL memberitahunya beliau berada dalam senarai hitam perjalanan.
Beliau kemudian diberitahu arahan sekatan ke luar negara itu dikeluarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Zunar, yang terkenal menghasilkan karya satira terhadap pemimpin Umno menerusi kartun, berdepan 9 tuduhan hasutan. Lima daripada karyanya diharamkan kerajaan.
Dalam kenyataan itu, 6 kartunis berkenaan mendesak Putrajaya membatalkan sekatan perjalanan terhadap Zunar dan menggugurkan tuduhan hasutan.
“Dengan melukis dan membuat komen mengenai ehwal semasa dengan bakat, kebiadaban dan humor, kartunis sepatutnya diberikan kebebasan bersuara.
“Zunar, sapa seperti kartunis editorial lain yang diancam, dipenjarakan atau dipaksa melarikan diri kerana lukisan mereka, layak mendapat sokongan penuh masyarakat antarabangsa,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger