Home » , » Pakatan Harapan tidak perlu lagi bercakap fasal Pas

Pakatan Harapan tidak perlu lagi bercakap fasal Pas

Written By Wadah Baru on Isnin, 12 Disember 2016 | 1:19 PTG

Oleh Mohd Sayuti Omar

Tanggal 13 Disember, esok memuktamadkan persefahaman antara parti-parti dalam Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Pada tarikh itu majlis presiden parti gabungan Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah akan bermesyuarat. Ia dijangka akan mengumumkan penyertaan secara rasmi PPBM bersama Pakatan Harapan.

Dengan penyertaan PPBM itu maka absahkan komponen menggantikan Pakatan Rakyat itu menjadi saingan utama BN dam piraum akan datang. PH akan bermaufakat sesamanya memastikan akan berlaku satu lawan satu antara PH dengan BN.

Sebelum ini PPBM khasnya Muhyiddin Yassin berusaha untuk membawa sama Pas ke dalam gabungan itu, tetapi nampaknya gagal. Semasa berucap merasmikan ibu pejabat PPBM Kedah dua malam lalu, bekas TPM itu membayangkan akan rasa kecewanya dengan Pas. Muhyiddin tidak mendedahkan kesulitaan itu tetapi nadanya menjelaskan rasa kecewa.

Katanya Pas memberi berbagai-bagai alasan untuk bersama dan ia menunjukkan alasan itu sebagai keengganan Pas bersama pakatan itu. Pas memberi syarat kalau mahu bersamanya PPBM perlu melupai DAP dan Amanah. Syarat itu terlalu berat bagi PPBM ia ia seakan sengaja dilakukan untuk tidak bersama PPBM. Syarat itu samalah dengan apa diberikan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Ahmad.

Syarat itu besar untuk dipatuhi PPBM. Dan dalam congakan PPBM daripada bersama sebuah parti elok kalau mereka bersama tiga buah parti. Dengan berlangsung majlis presiden PH esok itu, ia juga diharap akan menyelesaikan sama masalah PKR khasnya di Selangor yang kelihatan masih belum solid untuk bersama PH sebalik masih merindui Pas.

MB Selangor Azmin Ali dilihat sukar untuk membuat keputusan dan seperti sudah berbelit dengan politik cara Pas. Gara-gara sikap Azmin yang seolah-olah telan mati emak dan luah mata bapak dengan Pas itu menyebabkan beliau dikritik oleh kalangan PKR sendiri. Orang melihat Azmin menggoreng berangan di Selangor kulit tidak hagus tetapi isu masak.

Amanah juga tidak senang dengan cara politik Azmin yang dilihat lebih menjaga keutuhan kerajaanya daripada memadukan ikatan pembangkang. Azmin lebih mementingkan diri daripada kepentingan bersama. Tarikh 13 Disember, hari pemuktamadan atau deadline diberikan kepada Pas itu juga dilihat sebagai tarikh dan masa terakhir juga untuk Azmin.

Sekira Azmin masih menunjukkan minat dan kasih kepada Pas mungkin dia juga akan ditentang dan dibelasah.

Apabila PKR membuat pendirian untuk bersama DAP, Amanah dan PPBM ia seharusnya akan diikuti sama oleh Azmin. MB itu tidak wajar lagi untuk bermain cubit-cubit paha dengan Pas. Sebaiknya beliau juga mengambil sikap tegas tentang kedudukan Pas dalam kerajaan Selangor. Jika Azmin hendak mengenang budi, beliau juga harus menilai sama budi orang lain.

Minali kena ingat keuntuhan kerajaanya di Selangor bukan sahaja bergantung kepada Pas, tetapi ia juga dikemaskan juga oleh DAP.

Apabila keputusan dibuat nanti, dan mengesahkan bahawa Pas tidak akan bersama, semua pihak hendaklah jangan bercakap lagi fasal Pas. Jangan ada lagi orang menaruh harapan kepada Pas. Parti agama itu perlu dilepaskan bebas bagaikan merpatih putih yang dijadikan lambang perdamaian tanpa dipipihkan apa-apa lada.

Biarlah Pas pergi dan membawa dirinya sendiri. Sikap, pegangan politik dan strategi Pas hendaklah dihormati. Dengan terus menyebut nama Pas sama ada baik atau tidak, bermakna kita tidak dapat melepaskannya dari hati kita. Selagi ia masih dalam diri kita maka selama itu Pas menjadi bayangan menakutkan.

Bayangan itu perlu dilepaskan. Jangan ada lagi selepas ini perasaan sayang atau pun perkiraan-perkiraan yang mendesahkan kita, misalnya seandaianya Pas bersama, BN akan jatuh dalam piraum akan datang. Semua pendokong parti PH kena yakin diri sendiri bahawa mereka akan dapat memberi cabaran kepada BN walaupun tanpa Pas, atau pun sekiranya Pas bersama Umno sekalipun. PH perlu membuat keyakinan dan kekuatan sendiri. Jangan jadikan Pas sebagai hambatan.

Dalam perjuangan, tidak elok mengenangkan kepada sesuatu yang hilang atau pun yang tidak mungkin menjadi milik kita nanti. Selepas tanggal 13 Disember jangan ada lagi komen dan ulasan atau apa-apa singgungan terhadap Pas

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger