Oleh Arif Atan
Mengakui tindakannya sengaja mahu 'cucuk rusuk orang', Ketua Dewan
Ulama Pas Pahang memuat naik dua foto kereta mewah yang digelarnya
sebagai 'kuda-kuda hitam' di akaun Facebook miliknya semalam.
Dalam status yang turut mengandungi beberapa kesalahan ejaan itu,
Ustaz Mokhtar Senik menyifatkan kedua-dua kenderaan tersebut masih dalam
keadaan elok walaupun digunakan untuk banyak program parti melibatkan
perjalanan yang jauh.
"Selesai sudah perasmian serentak Mesyuarat Agung cawangan2
Kawasaj(n) Tan(m)bun. Esok mesyuarat Pas Pusat Pulak. ptg tadi sebelum
ke Perak Mesyuarat Lajnah Dakwah Pusat.
Alhamdulillah kuda2 hitam saya
masih kuat," dipetik daripada kenyataannya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu pada masa sama
mengaitkan dengan nikmat Allah tetapi pada ayat terakhir memberitahu
kenyataannya itu mahu 'menguji'.
"Nikmat yg Allah beri adalah untuk agama Allah. Status nak test,"
tulisnya dalam status yang dimuat naik pukul 12.59 tengah malam, 14
Januari itu.
Mendapat hampir 290 'like' setakat awal pagi hari ini, Mokhtar dalam
satu komentarnya mengaku sengaja memuat naik status berkenaan.
"saje je post status cucuk rusuk org. nak tgok melompat ke tak?"
ujarnya lagi yang menggunakan nama 'Mokhtar Dup' (Dewan Ulamak Pas) bagi
media sosial itu.
Ini bukan kali pertama Mokhtar menayangkan kedua-dua kereta import
itu. Pada 17 Disember 2015, pemimpin Pas yang pernah ditahan ISA selama
tiga tahun selepas terbabit dengan kumpulan Al-Maunah itu juga memuat
naik kisah kedua-dua 'kuda hitam' yang sama yang dikatakannya masuk
bengkel.
Dalam hal berkaitan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada
September tahun lalu seperti diceritakan Ketua Penerangan parti itu,
Nasrudin Hassan didakwa pernah mengingatkan supaya membaca al-Quran dan
jangan hanya membaca Facebook.
Kuda-kuda hitam saya masih kuat, kata ulamak Pas
Written By Wadah Baru on Isnin, 16 Januari 2017 | 1:12 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan