Halaman

Khamis, 13 Ogos 2015

Apa jalan pintas untuk bawa perubahan total ?

Oleh Arul Psm 


Buat aduan polis...orang marah mengapa buat aduan polis, polis mana boleh dipercayai. Buat aduan SPRM, orang marah, buat apa buat aduan SPRM, dia hanya tangkap orang kecik. Buat demo 3 jam, orang marah.

You ingat kerajaan boleh jatuh ke 3 jam demo? Kawan masuk lock-up, pegang lilin. Orang marah, you ingat you pegang lilin, kawan you boleh bebaskah?

Buat demo satu malam, Hoi you ingat buat satu malam, Najib akan letak jawatan kah?. Ini masalahnya.

Kadangkala kita perlu melalui satu proses sebelum kita tahu kekuatan kita. Namun ada orang yang asyik saja kritik semua inisiatif tetapi mereka sendiri tidak buat apa-apa?

Rakyat yang kritikal harus membina kekuatan melalui satu proses perlawanan kecil sehinggalah bersedia untuk perlawanan besar.

 Tetapi ramai pula yang cari jalan pintas...short cut. JIka ada jalan pintas...tolonglah share...kita pun nak cepat jugak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan