Halaman

Khamis, 20 Ogos 2015

Nasib ahli Pas ditentukan 11 September


Nasib anggota dan pemimpin Pas yang dipercayai terlibat dengan gerakan Harapan Baru akan ditentukan dalam mesyuarat parti itu 11 September ini.
 
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, semua Badan Perhubungan Pas negeri diminta mengemukakan laporan berhubung perkara itu pada mesyuarat itu nanti.
 
"Pas Pusat akan buat semakan sama ada kes ada bukti kukuh atau tiada bukti untuk diambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
 
Mohd Amar berkata, empat tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang mengkhianati parti adalah mengemukakan surat tunjuk sebab, diberi amaran, digantung keanggotaan dan dipecat sebagai anggota parti. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan