Anak kepada bekas mursyidul Am PAS Nik Omar Nik Aziz tidak akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) demi menghormati keluarganya, namun pemikiran beliau bersama NGO itu, kata Pengerusi GHB Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
"Nik Omar tidak masuk GHB, fikrah (pemikiran) memang bersama (kita) tetapi beliau tak akan masuk kerana dalam kedudukan keluarganya (dan) kedudukan bondanya.
"Saya tahu Nik Omar tak boleh masuk sekarang, kerana masalah dalaman keluarga beliau. Beliau menghormati bondanya.
"Beliau tak mahu bondanya terhimpit dengan suasana yang ada,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Wan Abdul Rahim mengulas kenyataan Pengerusi GHB Mohamad Sabu bahawa pihaknya akan menghantar wakil bagi bertemu Nik Omar dalam masa terdekat ekoran kononnya anak lelaki Datuk Nik Aziz Nik Mat itu berminat menyertai kumpulan itu.
Mengulas lanjut, Wan Abdul Rahim berkata desas desu
Menurut Wan Abdul Rahim, dalam majlis itu, Nik Omar memberikan takzirah bahawa ayahnya pernah berpesan kepadanya bahawa Allahyarham mendokong Pakatan Rakyat - PAS, PKR dan DAP - lebih dari anak-anaknya sendiri demi menumbangkan Umno.
"Beliau menceritakan pengalaman dengan ayahandanya. Nik Omar cerita pengamalan beliau semasa ikut ayahnya bagi kuliah dan ceramah politik sampai tahun 2008.
"(Nik Omar kata) Tok Guru sebut yang dia (Tok Guru) tatang Pakatan Rakyat lebih dari tatang anak sendiri.
"Jadi Nik Omar mengangguk kepalanya tanda beri persetujuan kepada ayahnya," kata Wan Abdul Rahim.
Ditanya pihak yang menyebar berita kononnya Nik Omar menyertai GHB, Wan Abdul Rahim berkata: "Ia disebar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab."
Sementara itu, Wan Rahim berkata semasa Nik Omar belajar di luar negara beliau berkawan ahli PAS termasuk dengan mereka yang berbeza pendapat yang mendorong beliau memahami situasi politik yang berlaku kini.
“Masa belajar di luar negeri, beliau ada hubungan dengan rakan yang agak luas, bukan hanya dengan ahli PAS (sahaja).
"Beliau ada hubungan dengan IKRAM, ada hubunga dengan fikrah-fikrah lain selain dari PAS. Saya faham kekecewaan beliau," katanya.-Mkini
0 ulasan:
Catat Ulasan