Oleh
Saufi Arif
Dalam
kita memahami pengertian demokrasi, usah kita menolak kepentingan
penyertaan politik sebagai satu elemen penting dalam menjalinkan
demokrasi yang tulen.
Penyertaan politik yang bagaimana dimaksudkan? Adakah hanya dipelopori
golongan “politician” pembangkang? Golongan kapitalis? Golongan elit?
Kakitangan awam dan swasta? Mahasiswa? Masyarakat desa?
Kalau difahami secara konseptual atau literal, penyertaan politik
adalah satu orientasi masyarakat untuk merubah. Pada masa yang sama,
penyertaan politik dapat difahami melalui kegiatan masyarakat sivil
dengan tujuan untuk mempengaruhi keputusan kerajaan melalui individu
ataupun kelompok untuk bersifat mendesak perubahan untuk memperbaiki
pembangunan demokrasi, ekonomi, politik serta taraf hidup masyarakat.
Penyertaan politik bukan hanya melalui pembuangan undi dalam peti,
tetapi juga boleh diterjemahkan melalui demonstrasi, desakan melalui
badan bukan kerajaan dan juga sukarelawan masyarakat. Penyertaan politik
bukan hanya terjadi jika mana sesuatu hak itu atau akan dicabuli, jika
hak itu tidak dicabuli maka tiada penyertaan politik berlaku dalam
masyarakat sivil. Jika itu, maka ia adalah kepalsuan dalam proses
pendemokrasian masyarakat.
Dalam kata lain ialah, penyertaan politik memerlukan idealisme,
aktivisme serta komitmen secara berterusan untuk menjaga “kuasa”
masyarakat supaya tidak dipermainkan kerajaan. Disebabkan yang demikian,
masyarakat sivil memiliki “kuasa” dalam menstrukturkan kehidupan
pentadbiran yang masyarakat inginkan dalam sesebuah negara.
Dengan adanya “kuasa” masyarakat, maka secara tidak langsung
pendemokrasian akan berlaku secara semula jadi. Dengan adanya “kuasa”
masyarakat juga maka kerajaan dapat diwujudkan melalui pilihan raya.
Dengan ini dapat digambarkan, masyarakat sivil memiliki “kuasa” dalam
menetapkan atau mengubah suasana demokrasi jika terdapat keperluan.
Namun begitu, dalam menghadapi kerencaman permasalahan manusia,
penyertaan politik tidak mendapat dokongan yang bersifat solid dalam
lapisan masyarakat.
Tidak tahu di mana silapnya? Adakah kerana, masyarakat merasakan jika
permasalahan itu tidak menjejaskan serba serbi kehidupan mereka maka
mereka tidak perlu untuk “public participation”.
Kalau kita lihat tentang sejarah “public participation” alaf baru kini
iaitu Bersih, penglibatan lapisan masyarakat keseluruhannya juga tidak
bersifat “total”. Saya tidak katakan Bersih gagal sepenuhnya namun what
next? Namun, penglibatan masyarakat perlu diberi ilmu untuk memahami
akan keperluan untuk penyertaan politik secara konsisten demi menjaga
“kuasa” masyarakat.
Masyarakat harus sentiasa menanamkan dalam jati diri mereka, rakyat
adalah “tuan” dalam sesebuah negara. Justeru, untuk menjaga status
“tuan”, maka penyertaan politik adalah mekanisme seimbang dalam menjaga
pendemokrasian negara untuk Malaysia yang lebih baik. .
* Penulis merupakan Pelajar Semester Akhir Kajian Politik &
Pemerintahan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Adakah demokrasi itu juga penyertaan politik?
Written By Wadah Baru on Isnin, 23 November 2015 | 3:35 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan