untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.
Timbalan ketua badan perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah akan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar yang baru.
Mukhriz membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di pejabat pentadbiran negeri di Wisma Darul Aman hari ini, dan mengakhiri kemelut dalam kepimpinan Umno Kedah yang mahu beliau berundur.
Mukhriz mengambil keputusan untuk berundur selepas dimaklumkan oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti ADUN di negeri ini.
Dua puluh satu ADUN BN dan 15 ADUN pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah menyuarakan pandangan mereka kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada hari Isnin dan Selasa lalu.
Pelantikan Ahmad Bashah sebagai menteri besar Kedah yang baru diumumkan dalam satu sidang media khas oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din pagi ini.
Semalam, wakil rakyat pembangkang berkata mereka mahu krisis MB diselesaikan melalui undi tidak percaya terhadap Mukhriz di dewan undangan negeri.
Spekulasi bahawa
Kedah akan mendapat MB baru hari ini bertiup kencang sejak semalam
selepas Mukhriz membatalkan mesyuarat exco kerajaan negeri pagi ini.
Anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu
menduduki kerusi berkenaan pada 6 Mei 2013 selepas Pilihan Raya Umum
ke-13, di mana BN berjaya merampas negeri itu daripada PAS.
Bagi ramai pemerhati politik, Mukhriz adalah mangsa
kepada perang mulut antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan
Mahathir. Namun Umno Kedah mendakwa Mukhriz gagal menyatupadukan parti
dan tidak mempunyai strategi membangunkan negeri itu.
Mahathir, yang pada satu masa menyokong Najib, kini telah
menjadi pengkritiknya paling sengit, terutama selepas dakwaan
penglibatan Najib dalam skandal 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion daripada
keluarga diraja aRAB Saudi yang dimasukkan ke akaun bank peribadinya
sebelum PRU13.
0 ulasan:
Catat Ulasan