Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar terkejut dengan sikap
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Khairy Jamaluddin yang cuba
menafikan tindakan naib ketua pemuda Umno, Khairul Azwan membuat laporan
polis ada kaitan dengan Umno.
"Khairul Naib Ketua Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam sidang media di
balai polis pada 26 july 2016 selepas beliau membuat laporan polis
terhadap tiga Tan Seri menyatakan dengan jelas yang dia mewakili Pemuda
Umno," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam erti kata lain katanya, Khairul buat laporan polis terhadap
tiga Tan Seri dalam pengetahuan dan pesetujuan pemuda Umno serta dalam
pengetahuan Khairy Jamaluddin, ketua pemuda Umno.
"Khairy Jamaluddin adalah ahli mesyuarat MT Umno yang bertaraf Naib Presiden," katanya.
PM Najib katanya, jangan buat kurang pendengaran sehingga berkata
laporan polis yang dibuat Khairul atas sifat peribadi, bukan atas nama
Umno.
"Najib jangan memperbodohkan rakyat dan jangan cuba untuk memisah diri dari laporan polis yang dibuat khairul, katanya.
Najib katanya, perlu mengaku apa yang dibuat Khairul iaitu laporan
polis atas restu beliau dan Umno untuk melindungi dan mengalihkan
tumpuan rakyat daripada isu perompak negara yang memiliki kekayaan hasil
penyelewengan dan pencurian wang 1MDB kepada isu kononnya ada pegawai
dan bekas pegawai tinggi kerajaan nak guling PM Najib dan kerajaan
Malaysia dengan menjual maklumat kepada Amerika Syarikat.
"Persoalan yang timbul kenapa Najib sendiri yang bagi kenyataan dan tidak dua Naib Presiden.
"Kenapa Najib ambil masa hari ke 4 selepas laporan dibuat untuk buat kenyataan.
"Kenapa Khairy Jamaluddin (KJ) Ketua Pemuda Umno hanya menyatakan
tindakkan laporan budak Khairul Naib ketua Pemuda Umno tiada kena
mengena dengan Umno dan Pemuda Umno dan itu hal peribadi budak Khairul
sehari selepas Najib.
"Kenapa Khairy tidak menyatakan pendirian selepas budak Khairul buat laporan Polis pada 26 July 2016.
"Kenapa 30 July 2016 baru buat kenyataan.kenapa tunggu Najib buat
pendirian dahulu, jelas pemuda Umno hanya jadi pak turut, tak ada
telur," katanya.
Pemuda Umno katanya, langsung tidak membawa suara keberanian anak muda.
"Pemuda Umno tidak menghayati pepatah berani kerana benar.
"Pemuda Umno berdiri atas takutkan dedak tidak melimpah ke mulut.
"Umno dan pemudanya takut dengan gelombang kemarahan rakyat khususnya
pegawai kerajaan yang merasai mereka tidak lagi dilindungi walaupun
kerja betul yang mereka lakukan seperti yang dilakukan oleh tiga Tan
Seri," katanya.
Mahfuz percaya rakyat khususnya pegawai dan kakitangan kerajaan tidak
akan mempercayaai helah Umno kononnya budak Khairul buat laporan polis
atas sifat peribadinya.
"Rakyat tetap mempercayaai tanpa restu Umno budak Khairul tak akan
berani buat laporan tersebut dengan membuat tuduhan jahat terhadap tiga
Tan Seri yang telah berkhidmat dan menyumbang jasa yang besar pada
Malaysia," katanya.
Khairul Azwan memang wakili Umno, tak payah sembunyi tangan
Written By Wadah Baru on Isnin, 1 Ogos 2016 | 11:18 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan