Oleh AHMAD AMZAD HASHIM
Saya baca berulang kali kenyataan demi kenyataan yang telah dibuat oleh
pemimpin Umno Terengganu berkaitan hasil dari sumber petroleum dan
kaitannya dengan negeri Terengganu.
Dari zaman Datuk Seri Idris
Jusoh yang menyerah hasil royalti minyak Terengganu kepada kerajaan
pusat, sehingga pada waktu itu mahu berbelanja wang sendiripun kena
'melutut' kepada pegawai di Perbendaharaan (Tan Sri Shamsuddin Hitam
ketika itu). Sehingga zaman Datuk Seri Ahmad Said yang diam-diam tanpa
pengetahuan Dun membatalkan tuntutan saman royalti petroleum Terengganu.
Sehinggalah zaman MB sekarang Ahmad Razif yang tak membantah apabila
diumumkan secara terbuka tiada minyak di Terengganu.
Dalam masa
yang sama awal tahun ini dalam ulasan pengurangan bajet negeri disebut
oleh Razif pemotongan itu ekoran pengurangan hasil petroleum negeri oleh
kejatuhan harga minyak dunia.
Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2),
seorang pemimpin pemuda Umno membuat kenyataan kadar tol perlu dikaji
balik kerana ia dibina menggunakan wang royalti petroleum Terengganu.
Nampak tak keliru dan celarunya isu petroleum Terengganu ini?
Pemikiran celaru pemimpin Umno Terengganu ini tenyata kerana 'dibengongkan' oleh pemimpin 'agung' mereka yang berada di Pusat.
Dalam pada mereka nafikan Terengganu mempunyai hasil petroleum, konon hasil minyak yang ada adalah milik Kerajaan Pusat,
1) Kerajaan dan pemimpin Umno negeri jugalah yang berterusan menyebut berkenaan hasil pendapatan petroleum negeri.
Kalau
betul ia milik kerajaan pusat, atas peruntukan mana pula negeri
Terengganu boleh ada hasil petroleum manakala negeri lain pula tiada?
2.
Mantan MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menegaskan tuntutan royalti
minyak dari carigali di medan PM307 Bertam yang dikatakan berada di
dalam perairan Terengganu. MB Terengganu sekarang pula tidak pernah
menafikan Terengganu membuat tuntutan.
Kalau bukan milik Terengganu, tiada minyak di Terengganu, atas asas apa pula untuk dibuat tuntutan?
3.
Jika medan Bertam yang ada kekeliruan sama ada dalam perairan
Terengganu atau Pahang pun kita tuntut hak Terengganu di atas hasil
petroleum, tidakkah 'karut dan tak masuk akal' namanya kita menafikan
pula hak kita terhadap begitu banyak medan carigali minyak yang tiada
siapapun pernah pertikaikan berada di perairan Terengganu selama ini.
Celaru dan haru biru pemikiran rakyat dan urusan perjanjian petroleum semata-mata kerana agenda politik kuasa Umno yang sempit.
Tolak Umno. -
Petroleum: Celarunya Umno, lagi teruk Umno Terengganu
Written By Wadah Baru on Rabu, 3 Ogos 2016 | 8:34 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan