Langkah itu dimulai Ahli Parlimen dari Kota Melaka, Sim Tong Him dan 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Goh Leong San (Duyong), Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).
“Selepas beberapa pertimbangan diambil,dengan rasa kesal saya menyatakan sudah hilang keyakinan dengan Lim Guan Eng dan kepimpinan tertinggi dalam mengendalikan isu luaran dan dalaman parti.
ADUN
Bachang Lim Jack Wong (kiri), Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him,
ADUN Duyong Goh Leong San (tiga dari kiri), dan ADUN Kesidang Chin
Choong Seong.
Tong Him berkata, matlamat dan objektif DAP pada masa kini juga sudah berubah daripada matlamat asalnya.
Bagaimanapun, beliau berkata akan terus berkhidmat dan terus menjalankan tugasnya sebagai pemimpin dipilih rakyat.
Tong Him dan Leong San sebelum ini digantung Jawatankuasa Disiplin DAP selama setahun sejak 7 Februari 2016.
Ia ekoran tindakannya memburukkan nama parti melalui tindakan undang-undang yang menentang ahli DAP lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan