Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) digesa menyatakan reaksinya
ekoran tindakan pemangku Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi semalam memperlekeh keturunan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Peguam Zulhazmi Shariff berkata,
tindakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri itu
mendedahkan Mahathir adalah anak lelaki Iskandar Kutty menggambarkan
sikap rasis dalam Umno.
"Unsur
perkauman sempit seperti ini sudah berakar umbi dalam Umno yang sukar
dibuang. Itulah Umno. Apa komen dan pandangan Kongres India Muslim
Malaysia (KIMMA)?
"Jika Tun Dr Mahathir yang disokong dibela dulu pun Zahid boleh hina
sedemikian, di mana agaknya taraf dan kedudukan ahli-ahli KIMMA pada
Zahid dan kerajaannya?
"Adakah mereka boleh menerima sindiran Zahid?" soal Zulhazmi merujuk
kepada tindakan Zahid yang mendakwa Mahathir adalah keturunan India yang
hanya memperalat Melayu ketika merasmikan penutup Mesyuarat Agung Umno
Bahagian Kelana Jaya.
KIMMA yang ditubuhkan pada 1976 didaftarkan sebagai parti politik
yang menyuarakan kepentingan masyarakat India Muslim dalam semua bidang.
Mempunyai 12 buah pejabat di 12 buah negeri di seluruh negara, KIMMA
turut secara terbuka membantu jentera BN untuk berkempen dalam pilihan
raya termasuk pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar tahun lalu.
Mengulas lanjut, Zulhazmi mempersoal tindakan Zahid ketika Presiden
Umno, Najib Razak pada 18 Julai lalu memberitahu kerajaan sedia mengkaji
secara mendalam tuntutan supaya masyarakat India Muslim diberi status
Bumiputera.
Najib pada majlis Hari Raya dihadiri masyarakat India Muslim di Seri
Kembangan, Selangor berkata, pihaknya menerima India Muslim sebagai
Bumiputera dan akan mengkaji pemberian status itu sama ada pentadbiran
atau pewartaan.
"Apa tujuan Zahid? Adakah Zahid hendak katakan keturunan India tidak
baik yang suka mempermainkan orang lain demi kepentingan tertentu?
"Baru-baru ini, Perdana Menteri mengiktiraf keturunan India Muslim
sebagai bumiputera sehingga Presiden MCA melompat," bidasnya lagi
dipetik dari status Facebook beliau.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan