KUALA LUMPUR: Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini mengakui
pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Pakatan Harapan
(PH) Johor akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) khasnya di
kawasan Parlimen Pagoh.
Ini kerana, kata ketua Umno bahagian Johor Bahru itu, Muhyiddin merupakan ahli Parlimen Pagoh selama 7 penggal.
Muhyiddin memenangi kerusi Parlimen Pagoh sejak pilihan raya umum
1978, kecuali pada PRU 1986 dan 1990 kerana beliau bertanding di kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang.
“Pada saya kesannya mungkin di Pagoh. Kawasan dia sendiri.
“Itu persaingan sengitlah,” katanya kepada FMT selepas Program Amanah Warisan Taman Tugu hari ini.
Rabu lalu, PH mengumumkan Muhyiddin yang juga presiden PPBM mengetuai
jentera PH di Johor, Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz
Mahathir akan mengetuai jentera PH di Kedah dan Penasihat Amanah
Kelantan, Datuk Husam Musa di negeri itu.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali pula dilantik sebagai
pengerusi PH Selangor dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selaku
pengerusi PH Pulau Pinang.
Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen menerajui gabungan pembangkang
itu di Sarawak, Pengerusi PKR negeri, Christina Liew di Sabah, Ketua
PPBM negeri, Ahmad Faizal Azumu di Perak dan Pengerusi Amanah negeri,
Adly Zahari di Melaka.
Mengulas lanjut, Shahrir berkata, BN dan Umno masih mempunyai
kekuatan di Pagoh, walaupun Muhyiddin ialah orang kuat di kawasan
Parlimen itu.
Katanya, BN perlu berusaha keras dari segi pendekatannya untuk melawan Muhyiddin pada PRU akan datang di kerusi itu.
Shahrir akui Muhyiddin ketuai PH Johor beri kesan kepada BN di Pagoh
Written By Wadah Baru on Selasa, 5 September 2017 | 12:43 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan