Oleh BORHAN AHMAD
Ekoran arahan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan bahawa
ahli PAS diberikan “gag order" daripada mengeluarkan kenyataan terbuka
tentang isu kontroversi berkaitan parti, semua tertanya-tanya apakah ia
juga meliputi cadangan debat antara Datuk Mustafa Ali dan Datuk Husam
Musa.
Ini kerana, kenyataan Takiyudin ini dibuat melalui sidang media
selepas Mustafa membuat pengumuman kesediaan beliau untuk berdebat
dengan Husam mengenai tuduhan PAS mahu kerjasama dengan Umno yang
dicadang akan diadakan di Kota Bharu.
Takiyuddin dalam sidang medianya hari ini memaklumkan, arahan itu
dibuat susulan kenyataan berterusan daripada bekas naib presiden parti
itu, Datuk Husam Musa.
Takiyuddin berkata, Jawatankuasa Pusat PAS akan bermesyuarat 24
November ini dan Husam akan dijemput bagi menjelaskan dakwaan beliau di
hadapan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kami tidak mahu isu dalaman dibincangkan secara terbuka,” katanya
pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini yang dikatakan
ditujukan kepada debat terbuka antara Mustafa dengan Husam.
Lidah rasmi PAS, Harakahdaily hari ini menyiarkan kenyataan Mustafa berhubung dengan debat beliau dengan Husam.
"Tajuknya ialah mengenai tuduhan beliau yang presiden PAS sejak PRU
ke-12 tahun 2008 sudah berusaha membawa PAS bersatu dan bergabung dengan
Umno.
"Tugas beliau ialah untuk membuktikan tuduhan tersebut. Tugas saya ialah sebaliknya," kata Mustafa dalam kenyataannya.
Adakah 'gag order' diberikan untuk sekat debat Mustafa - Husam?
Written By Wadah Baru on Khamis, 19 November 2015 | 3:44 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan