Oleh BORHAN AHMAD
Seorang lagi bekas AJK PAS Pusat tampil ke hadapan dan mengaku apa
yang didedahkan oleh Datuk Husam Musa bahawa presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang pernah mengaku mahu membuat kerajaan bersama Umno di
Selangor adalah benar.
Yang menariknya, menteri besar Selangor sekarang, Mohamed Azmin Ali
sendiri yang memberitahu seorang AJK PAS Pusat bahawa Hadi ada
menawarkan kepadanya untuk menyertai PAS dan seterusnya membentuk
kerajaan bersama Umno di Selangor ketika krisis perlantikan menteri
besar Selangor tahun lalu.
Ketua biro undang-undang Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamed Hanipa
Maidin dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, beliau
adalah antara saksi pengakuan Hadi itu.
Beliau mengakui merupakan salah seorang individu yang menjadi saksi
berhubung dakwaan Husam itu dan mendapatkan pengesahan daripada Hadi di
hadapan AJK PAS Pusat ketika mesyuarat jawatankuasa itu tahun lalu,
lapor The Malaysian Insider.
"Apabila timbul isu Selangor itu, memang masa itu Azmin ada menelefon seorang pemimpin PAS Pusat.
"Kebetulan masa dia telefon itu saya ada bersama, dan dia (AJK PAS Pusat) guna 'loud speaker' (pembesar suara di telefon).
"Jadi, saya dengar memang Azmin menceritakan apa yang berlaku semasa
perbualan di antara beliau dengan Hadi," katanya sambil enggan menamakan
pemimpin yang dihubungi Azmin itu.
Katanya, selepas mendapatkan pengesahan daripada Hadi, beliau ada bertanyakan tujuan presiden parti itu bertindak sedemikian.
"Kami dengan rasa terkejut, dia (Hadi) mengakui dan dia memberikan
justifikasi. Katanya, jika PKR boleh tarik 2 Adun (PAS), kenapa kita
(PAS) tak boleh buat?" kata Hanipa sebagaimana dilaporkan oleh portal
berita itu.
Sebelum ini, bekas AJK PAS Pusat, Khalid Samad dan bekas ketua pemuda Suhaizan Kaiat mengesahkan apa yang didakwa Husam itu.
Bagaimanapun, ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfudz Mohamad mendakwa Husam membuat fitnah.
Husam ketika memberikan ceramah di Kota Bharu sebelum ini mendakwa
Hadi pernah mengaku bahawa PAS menawarkan kepada beberapa Adun PKR
termasuk Mohamed Azmin Ali agar menyertai PAS dan bekerjasama dengan
Umno untuk membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Azmin yang beritahu Hadi tawar bentuk kerajaan dengan Umno di Selangor
Written By Wadah Baru on Jumaat, 20 November 2015 | 3:42 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan