PAS telah memutuskan menjadi pembangkang di Pulau Pinang, namun ramai
penganalisis melihat PAS juga perlu berbuat demikian di Selangor.
Penganalisis politik berpendapat pendirian PAS itu perlu konsisten dan terpakai di semua negeri.
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa
Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Abdul Halim Sidek berkata PAS perlu
menetapkan pendirian mereka untuk menjadi pembangkang di Selangor, atau
menyertai sahaja pakatan baharu pembangkang yang dikenali sebagai
Pakatan Harapan.
"Hakikatnya PAS adalah parti yang banyak membantu kedua-dua kerajaan
Selangor dan Pulau Pinang dan saya yakin jika PAS tidak lagi bersama
mereka, Pakatan Harapan tidak mampu mempertahankan kemenangan dalam
pilihan raya akan datang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Semalam, PAS mengisytiharkan untuk menjadi pembangkang di Pulau
Pinang berikutan tindakan kerajaan DAP negeri itu yang memecat 300
anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daripada
kalangan anggota PAS.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata
ekoran tindakan itu PAS tiada pilihan lain dan perlu bertindak sebagai
pembangkang kepada bekas rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat yang
membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang.
Sementara itu, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berkata
tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang itu adalah berdasarkan tindakan PAS
yang tidak lagi mahu bekerjasama dengan mereka di peringkat Pakatan
Harapan.
Beliau juga menegaskan bahawa tindakan PAS Pulau Pinang untuk menjadi pembangkang juga tepat selepas tindakan DAP itu.
"Anehnya, kenapa PAS tidak membuat keputusan yang konsisten dan
mempertahankan prinsip mereka dengan turut mengisytiharkan diri mereka
sebagai pembangkang di Selangor?," katanya. -- BERNAMA
Kenapa PAS pembangkang di Pulau Pinang saja tidak di Selangor
Written By Wadah Baru on Sabtu, 21 November 2015 | 3:48 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan