Oleh Rasyid Mansoor
Saya
serba salah untuk hadir atau tidak ke demonstrasi Perjanjian
Perkongsian Trans Pasifik (TPPA)
baru baru ini . Terdapat beberapa alasan saya
sendiri yang membawa kepada keraguan itu.
Pertama, ia kelihatannya khusus untuk PAS sahaja. Dengan warna pakaian
yang khusus untuk parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, perancangan
keselamatan dikuasai Unit Amal dan kekitaan yang sangat jelas di
kalangan ahli parti hijau itu. Bagaimanakah saya mahu bersama?
Kedua, Hadi mengisytiharkan secara terbuka dan dengan penuh berani DAP
mempertahankan TPPA kerana ingin pertahan perniagaan bangsa Cina di
Malaysia.
Saya menanti kenyataan Hadi tentang pendirian MCA, Gerakan dan semua
parti politik Barisan Nasional (BN) yang lain yang pertahankan TPPA.
Saya bimbang saya termasuk dalam fatamorgana palsu kononnya “gerakan
Melayu menentang TPPA yang dilaksanakan Cina DAP”. Buruk bunyinya.
Ketiga, saya teringat semasa Bersih 4 dicanangkan dan dilaung sebagai
langkah sia-sia, keras, membuang masa, tidak boleh mengubah, mewujud
ketidakstabilan politik, maka ustaz kecil PAS berdalil sana dan sini
menyokong seruan-seruan itu.
Dalam demo TPPA ini, saya masih melihat ianya sama. Sama kejadian dan sama kesannya. Justeru, saya ragu-ragu.
Dengan 3 alasan berikut, saya hadir dengan lemah.
Tetapi apa yang lebih penting, apa tindakan kita rakyat jelata selepas demo ini? Terus memberi BN peluang memerintah?
Menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak menyertai?
Memberi BN bernafas baik sepanjang penggal pentadbiran ini, kemudian
hanya ketika PRU 14 barulah kita mengkritik dan menyerang semahunya?
Apa yang saya bimbang, selepas ini TPPA dipandang sebagai bahaya buat Melayu tetapi syurga buat Cina.
Kemudian Melayu PAS terus membenci Cina yang berniaga kerana mereka adalah penyokong DAP. Bukan rasiskah begini?
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan