Kerajaan perlu memperkenalkan pendaftaran pengundi secara automatik
untuk rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas tanpa perlu mereka
melalui kerumitan bagi mendaftar sebagai pengundi.
Pengarah Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Ramon
Navaratnam berkata ramai rakyat Malaysia berpendapat bahawa adalah
menjadi kerumitan untuk mendaftar mengundi kerana tidak banyak pejabat
pendaftaran yang ada untuk memudahkan pendaftaran pengundi .
"Para pegawai pendaftaran tidak mesra kepada orang ramai seperti
sepatutnya. Perkhidmatan mesra pelanggan dan berkualiti masih
kekurangan," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menggesa lebih
3.7 juta rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pengundi supaya
segera berbuat demikian kerana masa depan negara terletak di tangan
mereka.
Navaratnam juga menggesa lebih banyak dana diperuntukkan untuk
Suruhanjaya Pilihanraya bagi menjalankan tugasnya mendaftar lebih ramai
pengundi dan mengurangkan jumlah pengundi tidak berdaftar seramai 3.7
juta.
Dalam pada itu, beliau mencadangkan supaya mengundi diwajibkan kerana mengundi adalah tanggungjawab setiap warga Malaysia.
"Cadangan-cadangan untuk perubahan pilihan raya pasti akan
meningkatkan standard proses pilihan raya dan kecekapannya.
Perubahan-perubahan inui juga akan meningkatkan jumlah pengundi yang
keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-14 ke peratusan yang lebih
tinggi daripada pilihan raya umum yang lepas,kata beliau.
Home »
artikel
,
Berita
» Kerajaan perlu perkenal pendaftaran pengundi automatik, kata Pengarah ASLI
Kerajaan perlu perkenal pendaftaran pengundi automatik, kata Pengarah ASLI
Written By Wadah Baru on Khamis, 3 Ogos 2017 | 10:43 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan