Seramai tujuh Ahli Majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan yang
dilantik dan yang masih belum mengangkat sumpah telah meletakkan jawatan
serta merta semalam sebagai melaksanakan arahan dan mematuhi keputusan
yang telah dibuat oleh Biro Politik parti itu.
Dalam satu kenyataan rasmi PKR Kelantan yang dikeluarkan lewat malam
tadi menjelaskan, nama-nama pimpinan PKR yang telah mengangkat sumpah
sebagai Ahli Majlis bersetuju untuk meletakan jawatan serta merta adalah
Mohd Khairul Anwar Mohd Azhan Ahli Majlis Daerah Ketereh.
Manakala enam lagi pimpinan PKR Kelantan yang telah disenaraikan
sebagai Ahli-ahli Majlis Daerah tetapi belum mengangkat sumpah terdiri
daripada Mohd Khairul Amin (Tumpat); Mohd Syahid Mohd Kamaruddin
(Dabong); Zulqarnain Zakaria (Gua Musang) dan; tiga ahli Majlis Daerah
Machang Muhammad Arif Mukhtar, Chu Jok Lan dan Tan Teck Seng.
Menurut Ketua Penerangan PKR Kelantan Mohammad Azihan bin Che Seman
keputusan yang dibuat adalah sebagai melaksanakan kewajipan dan
tanggungjawab sebagai anggota parti yakni mematuhi setiap arahan pucuk
pimpinan tertinggi PKR.
"Keputusan ini juga dibuat dengan keyakinan bahawa pucuk pimpinan
parti telah mengambil kira semua aspek demi memelihara maruah dan
kewibawaan parti.
"Kami juga mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi kepada
kepimpinan tertinggi PKR dan berikrar akan meningkatkan gerak kerja
parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke 14 yang akan datang,"
ujarnya dalam kenyataan.
Krisis kerjasama politik PKR dan Pas tercetus apabila Majlis syura
Pas Pusat telah memutuskan hubungan dengan PKR sejurus selepas muktamar
Pas 2017.
Ekoran keputusan tersebut PKR melalui keputusan Biro Politik parti
telah bermesyuarat dan bersetuju mengarahkan semua lantikan politik PKR
negeri Kelantan meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta.
Keputusan ini telah disampaikan melalui surat Setiausaha Agung PKR bertarikh 17 Mei 2017.
Majlis Pimpinan PKR Negeri Kelantan (MPN) telah mengadakan mesyuarat
khas MPN pada 17 Mei dan sekali lagi pada 5 Jun 2017 dengan mengambil
ketetapan bersetuju menerima keputusan Biro Politik PKR.
Walau bagaimana pun, keputusan untuk meletak jawatan dipersetujui untuk dilaksanakan pada 31 Julai 2017.
Semua lantikan politik PKR Kelantan letak jawatan serta merta
Written By Wadah Baru on Isnin, 7 Ogos 2017 | 3:47 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan