Oleh J amzuri Ardani
Ketika Soviet
Union menjajah Afghanistan, rakyat Afghanistan bangun berjihad dengan
satu tujuan iaitu membebaskan negara mereka dari penguasaan kuasa asing.
Ratusan ribu para syuhada yang gugur.
Sebaik sahaja Soviet
keluar dari bumi Afghanistan, maka muncung senjata para pejuang
dihalakan sesama mereka. Maka berlakulah perang saudara yang memakan
korban yg lebih besar di kalangan rakyat.
Sentimen kelompok dan fahaman
tribalisma mula menguasai pemimpin politik baru Afghanistan. Bosan
dengan pertelingkahan yang tiada hujungnya, rakyat akhirnya memberi
sokongan pada Taliban. Tapi Taliban juga gagal. Sehingga kini, rakyat
Afghanistan masih menjadi korban keganasan pertembungan kuasa dan
sektarian.
Kebangkitan Arab (Arab Spring) juga mengalami nasib
hampir serupa. Rakyat bangun mahu menjatuhkan diktator yang korup. Di
Tunisia, Mesir, Libya, dan Yaman ... rakyat bersatu menumbangkan rejim
diktator yg memerintah begitu lama.
Namun, selain Tunisia,
negara-negara lain tidak berjaya. Mesir kembali kepada junta. Libya
masih terperangkap dlm perang saudara. Yaman juga tidak ke mana.
Apa pengajarannya? Bagi saya, kalau parti-parti politik pembangkang mahu
menumbangkang BN, mereka perlu terlebih dahulu menyusun organisasi
politik mereka dengan baik. Kita tidak mahu jadi macam Afghanistan atau
Libya. Kejatuhan rejim lama hanya digantikan dengan pertelingkahan
kelompok yang tiada kesudahan oleh parti-parti yang sebelumnya menentang
rejim lama.
Maka itu, pendekatan "loose coalition", "election
pact", "persefahaman satu lawan satu" dan seumpamanya bukan jawapan
kepada kerosakan besar yang dilakukan oleh BN.
Parti-parti
pembangkang perlu kepada sebuah kolisi politik yang tersusun,
berdisiplin, dan bersatu-padu. Kolisi politik ini perlu mempunyai
struktur dan dasar yang jelas dalam perkara-perkara yang kritikal.
Mereka perlu diikat dengan perjanjian dan persefahaman yang utuh. Hanya
kolisi politik seperti ini yang mampu memberi jawapan kepada dilema
politik negara kita.
Maka itu, saya melihat hanya Pakatan Harapan
yang setakat ini mempunyai persediaan ke arah itu. Saya sangat pesimis
dengan pendekatan politik yang hanya mahu mengalahkan BN, tetapi tidak
mempunyai komitmen untuk membina kolisi politik yang padu sebagai
persediaan awal mengambil-alih pemerintahan.
Pada tahun 2008,
lima negeri terlepas dari genggaman BN. Waktu itu, pembangkang tidak
mempunyai kolisi yang baik untuk mengambil alih pentadbiran negeri.
Tetapi kita bernasib baik kerana kita punya tokoh tersohor seperti TG
Nik Abdul Aziz, DS Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang berjaya
membentuk Pakatan Rakyat.
Sebaik sahaja TG Nik Abdul Aziz meninggal dunia dan DS Anwar Ibrahim masuk penjara, kolisi Pakatan Rakyat jadi berantakan.
Pengajaran ini perlu diambil sebaiknya. Jawapan kepada permasalahan ini
ialah Pakatan Harapan, dan tiada yang lain. Sekiranya "Grand Coalision"
mahu diwujudkan yang melibatkan penyertaan parti-parti politik yang
lain, ianya mesti wujud dengan format yang dengan Pakatan Harapan.
Saya secara tegas menyatakan, saya tidak yakin dengan pendekatan hanya
sekadar "loose coalition","one-to-one understanding", "dual coalition"
dan seumpamanya kerana ini adalah benih-benih yang bakal membawa kepada
pertelingkahan di kemudian hari.
Kita telah melihatnya berlaku,
dan pastinya ia akan berulang. Ketololan itu ialah apabila anda
melakukan perkara yang sama berulang-ulang, tetapi mengharapkan hasil
yang berbeza.
Wallahu a'lam.
Kenapa Pakatan Harapan Dan TIdak Yang Lain ?
Written By Wadah Baru on Selasa, 2 Ogos 2016 | 10:44 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan