PETALING JAYA: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak
membayar RM2.88 juta kepada 2 kontraktor untuk mengecat semula 12 unit
perumahan awam, tetapi kerja itu tidak pernah dijalankan, menurut
laporan ketua audit negara bagi tahun lalu yang dikeluarkan semalam.
Audit yang dijalankan antara Mac dan Mei tahun lalu mendapati
beberapa pemerolehan oleh HDC bawah Kementerian Perumahan Sarawak itu
tidak mematuhi peruntukan Akta Prosedur Kewangan dan peraturan
pemerolehan lain.
Selain bayaran RM2.88 juta untuk kerja mengecat semula, audit
mendapati bayaran untuk Pakej 1 dan Pakej 2 projek naik taraf Jalan
Utama di Sibu didahulukan tanpa izin sewajarnya.
Bayaran pendahuluan RM16.08 juta itu menyebabkan kerajaan Sarawak
terpaksa menanggung faedah sehingga RM1.77 juta kerana kelewatan
membayar rakan HDC, HDCam Sdn Bhd, yang membiayai kerja itu pada
awalnya.
Audit turut mendapati bayaran mencecah RM33.40 juta dibuat kepada
pembekal tanpa pengesahan oleh pegawai yang berkuasa, termasuk 6 baucar
bayaran mencecah RM20.77 juta yang tidak disokong dengan Sijil Bayaran.
Audit juga menonjolkan isu dalam pembinaan Hotel Riverside Majestic
di Kuching, Sarawak, hotel dimiliki Sejadu Sdn Bhd, anak syarikat
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES), yang menerima tawaran
dari kerajaan Sarawak untuk membangunkan tanah kosong yang menjadi
tempat letak hotel itu.
Nilai asal projek 24 bulan itu RM59.89 juta dan pembinaan bermula 24 Jun 2012.
Audit yang dijalankan antara November dan Disember 2016 menemui isu
dengan pengurusan projek itu, iaitu kegagalan untuk menyiapkan projek
walaupun diberi 7 pelanjutan sehingga 758 hari.
Kos projek itu turut meningkat sebanyak RM8.07 juta, iaitu kenaikan 13.5% dari kos asal.
Turut dilaporkan caj Ganti Rugi Tertentu Dan Ditetapkan (LAD) tidak dikenakan ke atas kerja yang tertangguh 148 hari.
Di Sarawak, hampir RM3 juta untuk kontrak mengecat yang tak dijalankan
Written By Wadah Baru on Selasa, 1 Ogos 2017 | 10:50 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan