PAS Kelantan Lakukan Provokasi Lagi Isu Wsiam Tok Guru

Selasa, 31 Oktober 2017


30 Okt 2017, AMANAH Kubang Kerian yang diketuai Hj Fauzi, Hj Nor 13, Prof Dato Dr Halim, Abg Kob, Pok Bae, Abg Wi, Abdullah Zawawi Haji Wahab telah membuat Laporan Polis di Balai Polis Kubang Kerian terhadap Kenyataan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato Che Abdullah Mat Nawi di atas kenyataan beliau di Sinar Harian untuk membuat Solat Hajat di Wisma Tok Guru milik Amanah pada 16 Nov 2017.

Fakta Kes;

1. Pekerja pejabat Pas, iaitu En Mohd Yasin telah membeli tanah yang menjadi tapak Wisma Amanah Tok Guru secara senyap2. Daripada datangnya duit tersebut?

- Berunding senyap2 dengan pemilik iaitu Arwah Dato Rosli Ibrahim selepas arwah meninggal, dan tidak dibuat waktu arwah masih hidup kerana arwah telah serahkan kepada Amanah.

- Mengunakan sepenuhnya Pegawai Pjbt Tanah Kota Bharu, hingga pergi ke rumah kediaman untuk tandatangan borang jual beli tanah bernilai RM700,000. Konspirasi!

2. Status Pemilikan Tanah Masih Dalam Proses Perundangan di Mahkamah Syariah Kota Bharu, dengan Nombor Kes 0310009902692017.

3. Amanah Kelantan juga telah mengfailkan kes perebutan Wisma Tok Guru ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu

4. Kes ini masih belum ada keputusan rasmi Mahkamah lagi, tapi Pas sudah membelakangi Undang-Undang Negara apabila dengan jelas mengatakan akan buat Solat Hajat dalam kawasan yang kini menjadi perebutan.

5. Belum memerintah Negara sudah membuat Undang2 sendiri, nak Laksana dan Perkasakan Undang2 Syariah (RUU355 - Masih belum dibentang bentang) macamana jika macam ini perangai?

Benda yang masih dalam tuntutan Faraid di Mahkamah Syariah pun nak langgar macam tu je?
Anda nilai dan perhatikan sendiri gelagat PAS pasca TGNA kini, makin punah dan penuh dendam kesumat. Jika YA nak sangat, selesaikan lah mengikut saluran Undang-Undang, bukannya macam SAMSENG seperti Pemuda Pas Kelantan dan Ketua Pemuda Pas Pusat (Anak TG Hj Hadi, Mantan MB Sepenggal) yang datangnya dari Terengganu.

Rakyat Kelantan tidak boleh terima budaya Taksub Melampau yang diamalkan Pas Terengganu disini.

Syam Ghaz
Rakyat Kelantan

AMANAH adalah wadah terbaik untuk YB Dato' Mahfuz Bin Omar

Ahad, 23 April 2017



YB Mahfuz Omar, MP Pokok Sena, Kedah adalah tokoh yang aku istilahkan sebagai anak didik Ustaz Fadzil Noor, bukan kerana satu negeri, tapi bagi aku, kerana dua tokoh ini sangat rapat sebagai gandingan presiden dan ketua pemuda masa tu. mereka seolah memiliki jalur pemikiran yang sama, style cakap dan berhujah pun seakan sama.

Aku kenal secara maya YB Mahfuz melalui video debat dia dengan Anuar Musa masa dekat London dalam tahun 2000. Nampak jelas kepimpinan dan kebolehan beliau mematahkan hujah dan menjawab persoalan Anuar Musa, terutamanya soal kerjasama Pas dan DAP, maknanya fobia DAP ni dah lama dimainkan oleh UMNO bagi menghantukan orang melayu yang terpaksa dihadapi PAS ketika itu, bila hari ini PAS dipimpin orang bodoh, mereka pula yang dapat tander tersebut.

Hari ini YB Mahfuz memang tak dipecat lagi dalam parti, tapi beliau hari ini telah ditidurkan dari menjadi pembawa suara Pas, beliau dimusuhi orang Pas, dan dibakul sampahkan oleh anak -anak muda Pas yang masih kehingusan, orang yang tahan uji dan terlatih sangat lama seperti beliau seolah tidak bernilai dan diperlukan sesen pun oleh Pas hari ini. Beliau ibarat permata yang berada ditangan orang bangang pasal permata.

Yang aku nak habaq nya. cuba kita fikirkan sejenak, sekiranya tiada wadah AMANAH hari ini, masyaAllah, sungguh ruginya negara dan ummah ini bilamana orang -orang seperti Bang Mat, Husam, Salahudin, dan berpuluh lagi malah beribu pimpinan kawasan dan cawangan yang dilahirkan melalui tarbiyah dan tadribiyah yang hebat ini tidak lagi mempunyai wadah meneruskan perjuangan politik Islam sebagaimana YB Mahfuz,
Mujurlah AMANAH disediakan bagi menjadi wadah alternatife kepada Kapal buruk bernakhoda mabuk laut itu.
Terima kasih AMANAH.cp

Celoteh ibu di musim Deepavali yang mahal

Jumaat, 28 Oktober 2016

“Daging kambing sekilo RM55. Mahal gila. Tahun ini saya tak ada mood langsung nak sambut Deepavali. Tapi demi anak, saya terpaksa,” kongsi pesanan ringkas dalam grup Whatsapp oleh seorang rakan.

Tahun 2016, nampaknya agak mencabar kepada semua. Daripada tahun-tahun sebelum, tahun ini berbeza.

Deepavali dulu dan kini, dulu bukan merujuk kepada era 80an atau 90an… tetapi 2015, 2014 dan sebelumnya.

Mungkin tahun depan boleh jadi lebih mencabar daripada sekarang. Begitulah nampaknya, setiap tahun semakin menguji poket dan emosi.

“Saya tak buat shopping, kecuali untuk anak. Mujurlah mereka masih kecil, semua saudara-mara ada hadiahkan baju. Cukuplah. Ikutkan saya tak mahu bergerak ke mana-mana pun,” kata Vasugi.
Berkahwin, 2 orang anak, bekerja, keluarga mertua di Sungai Petani, sebelah ibu di Shah Alam, memang agak sukar untuk elak daripada berbelanja lebih bagi Vasugi.

Rata-rata perbualan Whatsapp mengenai belanja dan mood Deepavali yang agak suram.
“Saya dan sediakan RM3,000 untuk belanja tahun ni. Tahun lepas tak sampai, tapi tahun ini macam boleh exceed je,” kata Reena, seorang doktor.

Tapi dalam menghadapi kesukaran terutamanya ekonomi (setiap tahun!), ada juga perkara baik yang berlaku. Bak kata orang tua, hikmah di sebaliknya.

Hampir semua kawan-kawan dalam dalam grup “Mommy’s Only”, buat pertama kali bertekad membuat sendiri biskut dan kuih-muih Deepavali.

Ya, kalau 5 atau 10 tahun dulu, kita lebih berbangga menunjukkan 15 jenis balang biskut pelbagai perasa yang dibeli dari Little India di Brickfields, Klang atau Masjid India, secara dalam talian, tempah daripada rakan dan kenalan Facebook, namun tahun ini semuanya berbeza. Kami tekad buat sendiri, kurangkan kos belanja dan latih skill baking.

Daripada 15 jenis sekarang tak sampai 5 jenis, tetapi istimewanya, ia dibuat dengan air tangan sendiri. Ditemani anak-anak, penat lelah membuat biskut hilang selepas setiap dulang biskut yang dibakar keluar sempurna.

“Biskut Deepavali!” gambar kolaj dengan 5 jenis biskut dikongsi oleh Shanti, manakala saya akui setakat ini sudah membuat 3 jenis dan mungkin akan tambah biskut Nestum kelak.

Banyak bezanya daripada segi kos. Kalau di luar sebalang biskut (50 biji) RM40-RM50, rupanya bila buat sendiri boleh jimat lebih separuh, rasanya pula lebih sedap, penuh kasih sayang dan dijamin selamat.
Malah, kuih-muih paling sukar yang tidak pernah terfikir untuk dicuba juga berjaya dibuat sendiri, antaranya ialah murukku, murukku ros, athiresam dan sebagainya. Ada juga rakan saya yang sudah pasang impian buka bisnes tahun hadapan.

Dari segi shopping, kalau bukan untuk anak-anak memang tiada yang peduli mengenainya.

“Dulu-dulu kita bershopping setahun sekali, sewaktu Deepavali. Sekarang bukan macam tu, bila-bila pun boleh. Waktu Deepavali, banyak belanja, jadi pakaian bukan keutamaan,” kata seorang lagi ibu, Tina.

“Asal ada satu pasang untuk sembahyang pun dah cukup,” kata saya yang sememangnya beli sehelai kurtha sahaja untuk tahun ini.

Maka, keadaan ekonomi kali ini membuatkan kami semua ekstra rajin dan memahami erti berjimat-cermat!

“Okay ada satu lagi berita baik,” tulis Vasugi.

“Suami saya beri lampu hijau untuk sambut Deepavali di Shah Alam, rumah mak saya. Kami tak balik Sungai Petani. Malah mak mertua yang akan datang ke sini. Jadi senanglah saya, tak perlu ulang-alik, jimat masa dan tenaga,” katanya lagi.

Oh ya, daripada hiasan hingga permainan bunga api juga dikurangkan. Misalnya saya sendiri langsung tidak membeli bunga api kerana sudah berjaya memujuk anak, belikan mereka alat permainan yang boleh digunakan untuk tempoh yang lebih lama. Hiasan pula, mujur saya simpan barangan tahun lalu, untuk dikitar semula.

“Betulkan harga minyak akan naik mulai 1 November? Kalau naik, tak payah nak buat open house dah ataupun masak sendiri sahaja,” sindir seorang lagi rakan, Madhu.

Tambahnya lagi, “Tak masak sekarang pun tak mengapa sebab boleh bagi alasan tiada bekalan minyak di pasar raya, lagi senang.”

Yang lain seolah setuju dengan alasan kelakarnya dan kami terus berchatting berkongsi idea bagaimana untuk berjimat pada tahun ini.

Simpang Siur Halatuju PAS Membuatkan Ramai Penyokong Kecewa.

Isnin, 4 Julai 2016

Oleh Hayar Hassan
 
 Mengikut sejarahnya, PAS ditubuhkan dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformis Islam di Tanah Melayu seperti  Syed Sheikh Al Hadi, Sheikh  Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Mohd Taha. Nama-nama tersebut mungkin agak asing bagi anak-anak muda generasi baru kita. Menurut Wikipedia, PAS mempunyai idealogi Islamisme, Demokrasi dan Fundamentalisme Islam. Perjuangan PAS adalah  untuk memperkenalkan dan mengamalkan cara hidup Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah melalui proses demokrasi dan tetap menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Singkatnya, PAS turut sama berpolitik dalam sistem demokrasi Malaysia dan dalam waktu yang sama turut juga berdakwah memperkenalkan cara hidup Islam kepada seluruh masyarakat majmuk Malaysia. 

Awalnya PAS bergerak secara sendirian dengan idealisme keislamannya yang hanya tertumpu kepada orang Melayu yang secara kebetulannya beragama Islam. Kejayaan politik PAS pada waktu itu adalah amat terhad sekali, cuma dapat memerintah Kelantan dan memenangi banyak kerusi di Terengganu. Seiring berlalunya waktu, PAS  mula menerima idea untuk berpakat dan pada tahun 1972 telah menerima tawaran Kerajaan Perikatan dan seterusnya bergabung dalam BN mulai tahun 1973 hingga 1978. Kemudian PAS bersendirian lagi untuk 12 tahun . Selepas itu PAS bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah @ APU mulai tahun 1990 hingga 1996. Keperluan untuk bergabung ini dilanjutkan dalam Barisan Alternatif @ BA (1999 - 2004) dan akhirnya dalam Pakatan Rakyat @ PR (2008 - 2015). Prestasi terbaik PAS sepanjang berpolitik di Malaysia adalah semasa berada dalam Pakatan Rakyat, mempunyai begitu banyak kerusi Parlimen dan DUN selepas PRU ke 12. PAS yang telah berpolitik sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan berjaya mempunyai 23 Ahli Parlimen . Sebelumnya Pas hanya mempunyai 7 orang Ahli Parlimen ! Peningkatan sebanyak 329 %. Di DUN pula PAS berjaya mempunyai 84 ADUN. DAP mempunyai 73 ADUN. PKR mempunyai 40. 

Apabila Pakatan Rakyat berkubur pada 16 Jun 2015 , ramai ahli-ahli PAS dan penyokong PR terkejut, kecewa dan keliru apabila PAS  bertegas untuk bersendirian ! Apakah ini suatu pendekatan yang betul dan wajar? Ramai yang mengeleng kepala dan berkerut dahi ! Apakah PAS kini berada di landasan yang tepat dan betul ? Bukankah ini seperti kembali kepada awal tahun 60'an, berundur ke belakang ? Ramai orang berpendapat bahawa PAS telah masuk perangkap UMNO/BN dalam usaha BN memporakperandakan PR. Itulah yang amat dinanti-nantikan oleh BN. Usaha halus mereka selama ini telah membuahkan hasil. " Buah dugheyan udah gugur Yeop , beduit le kume ! ", kata orang Perak . Dasar Pecah Dan Belah UMNO/BN telah berjaya !

Ramai ahli-ahli PAS dan penyokong PR khususnya di Pulau Pinang terkejut besar apabila diberitahu bahawa lebih daripada 1,000 aktivis PAS terpaksa melepaskan jawatan-jawatan yang diperuntukkan kepada mereka oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, walau pun PAS hanya mempunyai seorang ADUN dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ! YB Dato' Saleh Man , ADUN Permatang Pasir dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Pulau Pinang. Di samping itu Ustaz Afnan Hamimi Bin Dato Taib Azamuddin, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ustaz Rushidi Husin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang. 

Ramai daripada aktivis-aktivis PAS dilantik dalam JKKK Negeri dan agensi-agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Buat pertama kalinya, banyak daripada AJK Qaryah mesjid-mesjid di Pulau Pinang dikuasai oleh orang-orang PAS. Sebagai contoh, Haji Omar Hassan, YDP PAS Kawasan Permatang Pauh telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai. Di samping itu juga beliau dilantik sebagai Pengerusi Qaryah Masjid Jamek Seberang Jaya. Masjid ini amat terkenal kerana ianya sering disinggahi oleh orang-orang ramai yang menggunakan PLUS semasa bermusafir. Alhamdullilah, dibawah kepimpinan Haji Omar Hassan, masjid ini lebih terurus dari sudut kebersihan dan kelas-kelas pengajian.

Tenaga pengajar kuliah-kuliah pengajian di seluruh masjid-masjid Pulau Pinang adalah terdiri daripada Ustaz-Ustaz PAS daripada Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Masjid-masjid telah diimarahkan dengan begitu baik. Anak-anak jemaah tidak perlu lagi keluar daripada qaryah untuk menimba ilmu agama Islam. Waktu zaman BN dahulu, hanya Masjid Batu, Permatang Pauh sahaja yang menampong pengajian ustaz-ustaz PAS. Dengan berada dalam Kerajaan PR di Pulau Pinang, banyak manafaat yang telah dinikmati oleh PAS. Di bandingkan dengan DAP Kelantan, cuma  3 orang aktivis DAP diperuntukkan jawatan oleh Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Almarhum TGNA. DAP Kelantan tahu diri, mereka tidak riuh rendah menuduh Kerajaan Kelantan mengenepikan mereka. Melihat kepada realiti politik Pulau Pinang, keputusan PAS Pusat untuk membawa diri jauh daripada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat adalah suatu kesilapan besar. Dakwah Islam yang cuba dibawa oleh aktivis-aktivis PAS Pulau Pinang telah menemui jalan buntu. Orang Islam dan Agama Islam di Pulau Pinang memang banyak dirugikan. Sedih dan kecewa sekali apabila mengenangkan bahawa ianya terjadi kerana pimpinan PAS Pusat tidak bijaksana, terpedaya dan gagal dalam membaca tipu muslihat UMNO/BN.

Mungkin orang-orang Islam di luar Pulau Pinang tidak tahu bahawa masih banyak Sekolah-Sekolah Agama Islam Pulau Pinang masih mampu bertahan semenjak sebelum merdeka lagi. Kalau di negeri-negeri lain, banyak daripada sekolah-sekolah tersebut  sudah berkubur. Pondok Al Khairiah di Pokok Sena, Tasek Gelugor, Pondok Al Masriyah Bukit Mertajam, Pondok Manabil Ulum, Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam, DMW Kepala Batas adalah antara sekolah-sekolah Agama Islam yang begitu masyhur awal tahun 60'an telah dinaikkan taraf menjadi sekolah-sekolah menengah pendidikan Islam moden. Akhir-akhir ini Pusat-Pusat Tahfiz telah banyak diwujudkan umpama suburnya cendawan selepas hujan. Di Kampong Pelet, sebuah kampong kecil di Kubang Semang Bukit Mertajam pada waktu ini telah mempunyai 3 buah Pusat Tahfiz! Ini adalah suatu rekod yang tidak banyak orang tahu. 

Fenomena ini adalah kerana kesedaran beragama masih kuat di Pulau Pinang di kalangan orang-orang Islam. Apatah lagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah PR banyak menyalurkan bantuan-bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah agama. Hatta para hufaz pun diberikan elaun . Tidak berlaku untuk negeri-negeri lain. Sayangnya pucuk pimpinan PAS Pusat pada waktu ini tidak menyedari perkara-perkara ini. Almarhum TGNA mungkin menyedari akan hal ini kerana beliau lebih kerap ke Pulau Pinang, jika dibandingkan dengan TGHH. Namun begitulah yang terjadi, pucuk Pimpinan Pas Pusat sekarang ini lebih memilih untuk mesra dengan UMNO/BN daripada rakan-rakan yang sama-sama susah dalam PR dahulu ! 

Dalam diam, banyak aktivis PAS Pulau Pinang merasakan kerugian atas tindakan pucuk pimpinan PAS keluar dari PR. Langkah PAS pusat keluar dari PR adalah suatu kesilapan, terburu-buru dan tidak mengambil kira realiti politik negeri-negeri di Pantai Barat Malaysia. Orang-orang PAS dirugikan. Lantaran itu, masyarakat sudah kecewa dengan PAS dan TGHH sendiri sudah tidak disegani lagi ! TGHH mungkin seorang ilmuan agama Islam yang tinggi ilmunya, tetapi bukan lah seorang politikus yang hebat, naif terhadap tipu muslihat musuh-musuh politik PAS dan PR. Sentuhan-sentuhan TGHH sering kali kurang tepat dan banyak menguntungkan UMNO/BN .

Dari sudut lain pula, PAS dilihat gagal dalam memberikan tarbiah akhlak mulia Islam kepada ahli-ahlinya. Masih ramai lagi ahli-ahli PAS dan juga segelintir pimpinan PAS yang tidak dapat meninggalkan tabiat merokok, walau pun merokok itu telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Dalam isu meninggalkan tabiat merokok ini jemaah Islam lain seperti ABIM, IKRAM, NGO-NGO Islam dan Jemaah Sunnah lebih berjaya dalam mentarbiah ahli-ahli mereka meninggalkan tabiat buruk ini. PAS juga dilihat gagal melahirkan pendakwah-pendakwah , penceramah-penceramah yang berakhlak mulia dan dihormati oleh masyarakat. Dalam dunia serba canggih ini, penuntut-penuntut ilmu  mahukan kuliah-kuliah agama yang berkualiti, berlandaskan nas-nas Al Quran dan Hadith-Hadith yang sohih, bukan saranan-saranan yang tidak berasas, berbau bid'ah dan tidak menepati ajaran-ajaran Rasulullah SAW dan amalan-amalan Salafussoleh. Dalam zaman serba canggih ini, dimana maklumat-maklumat boleh diperolehi hanya di hujung jari, orang ramai berkeupayaan menyemak semula apa-apa yang disampaikan oleh ustaz dan penceramah. 

Contoh penyampaian tazkirah  buruk yang telah disampaikan oleh seorang penceramah PAS baru-baru ini, adalah oleh Ustaz Shaharuddin Ibrahim, YDP PAS Kawasan Padang Serai Kedah. Tazkirah beliau yang tidak tepat telah mengundang bantahan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Isi tazkirah yang tidak benar dan berunsurkan fitnah telah menimbulkan masaalah kepada penceramah tersebut. Beliau hampir menghadapi tindakan mahkamah daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Akhirnya beliau terpaksa memohon maaf secara terbuka ! Begitu juga yang terjadi kepada Ustaz Abdullah Khairi, seorang penceramah PAS yang juga terpaksa memohon maaf kepada keluarga Presiden PAN, Haji Muhammad Sabu atas perkataan biadap nya sewaktu berceramah di PRK Kuala Kangsar baru-baru ini. 

Demikianlah  kecelaruan-kecelaruan yang telah ditimbulkan oleh PAS dan ahli-ahlinya akhir-akhir ini. Masyarakat ternyata sudah kurang tertarik terhadap rentak politik yang dibawa oleh PAS. Ceramah dan aktiviti-aktiviti PAS sudah kurang menarik. Ianya hanya dihadiri oleh penyokong-penyokong tegar PAS sahaja. Pimpinan PAS perlu berlapang dada dan bermuhasabah diri , mencari kesilapan -kesilapan yang lalu. Masih tidak terlewat untuk PAS berubah supaya parti yang telah lama wujud ini masih tetap  relevan di pentas politik di tanah air tercinta ini. Ulamak besar Imam As Shafie juga ada berpesan di bahagian akhir kitabnya Al Umm, mafhumnya " Jika terdapat hadith-hadith yang sahih, maka lemparlah pendapatku ke dinding, jika engkau melihat hujah diletakkan di atas jalan , maka itulah pendapatku ". 

Hayar Hassan

Pas Dan Umno tidak redha dengan kemenangan AMANAH

Sabtu, 18 Jun 2016

Oleh  Zulaimi Kazin

18 Jun nanti adalah tarikh penting iaitu hari pembungan undi untuk PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. setakat hari ini tiada penanda aras yang tepat untuk mengagak apakah penyudah PRK ini?

Namun bagi saya keputusan kali ini boleh dikatakan pra PRU14 nanti sbb segalanya suasana baru berbanding PRU13 lepas. Lahirnya parti baru AMANAH yang diberi tanggungjawab mewakili Pakatan Harapan (juga pakatan baru gantian Pakatan Harapan), juga kedudukan PAS masuk gelanggang secara solo setelah sekian lama bersama PR dan juga boleh jadi sebagai satu penilaian terhadap pendekatan politik baru PAS selepas ketiadaan TGNA. 

Bagi BN khususnya UMNO juga berepan dengan suasana baru selepas penyingkiran dari kabinet Timbalan Presidenyya bersama Naib Presiden serta pertukaran MB Kedah ekoran krisis 1MDB juga terpalit dengan isu pembaziran...Media masih terus setia mempertahan Bn dan UMNO serta mempertingkatkan serangan khusus untuk AMANAH, Kit Siang dan Tun M.

Atas faktor-faktor di atas, saya amat menekuni apakah keputusan mutlak selepas pembuangan undi tamat pd Sabtu nanti? Faktur calon rasanya tak banyak terkesan sangat tapi faktur pendekatan politik dan isu yang sedang rakyat tekuni. Apakah Parti baru AMANAH yang belum pun sambut ulang tahuN pertamanya mampu membuat kejutan atau PAS yang bergerak solo dengan dokongan jentera yang ramai akan sujud syukur meraikan kemenangan atau UMNO yang dikatakan lemah masih mampu mempertahan kerusi tradisional mereka ini.

Bagi saya segala-galanya boleh berlaku dan akan memberi kesan yang besar kepada semua parti yang bertanding...sekatak kini masing-masing meyakinkan dan masing-masing jentera kempen bergerak secara bersepadu CUMA apa yang saya nampak Kalau Pas menang, BN akan gembira dan bila BN menang Pas akan gembira sebab bagi UMNO dan PAS, mereka tidak redha dengan kemenangan AMANAH, itu yang saya nampak dan dengar semasa saya turun ke Sungai Bedar dan Kuala Kangsar.

 TERUSKAN KEMPEN DAN JAGALAH AKHLAK SEMASA BERKEMPEN....DITUJU UNTUK SEMUA JENTERA.

Isu Dalaman PAS Punca Kekalahan PAS Pru 14 Akan Datang ?

Khamis, 19 Mei 2016


Oleh Syam Ghaz

Bukan soal Amanah berpuas hati 01 kerusi, soalnya sekarang PAS akan kehilangan 13 kerusi dan 01 kerusi PKR, total 14 Kerusi DUN.

Sekarang PAS memerintah dengan majoriti 10 Kerusi DUN sahaja Dato Mohd Amar, khabar diri ke tidak?

Jika faktor wujudnya AMANAH, PAS tidak ambil kira. PAS Kelantan boleh bungkus Awal PRU 14 nanti, terutama di DUN-DUN yang ‪#‎Menang_Tipis‬ seperti berikut:
1. Jelawat - 102 undi
2. Gaal - 302 undi
3. Guchil - 492 undi
4. Gual Periok - 615 undi
5. Bukit Tuku - 879 undi
6. Pulai Chondong - 919 undi
7. Wakaf Bharu - 978 undi
8. Tendong - 978 undi
9. Kemuning - 1034 undi
10. Limbongan - 1042 undi
11. Mengkebang - 1072 undi
12. Temangan - 1085 undi
13. Kemahang - 1436 undi
14. Perupok - 1488 undi

Bukan sebab AMANAH, tetapi sebab PAS agah untuk tidak mahu berkompromi dan amalkan sikap tidak matang membaca situasi semasa iaitu:

1. Ketiadaan TG Nik Aziz.

2. Husam Musa di pecat Pas kerana menegur Kerajaan Negeri.

3. Pepecahan Dalaman Pas sekarang seperti Pas Kedah, malah lagi teruk.

4. Budaya "Cas Keting" Kabinet Pas dan Kelantan sekarang memecat mereka yang Pro Husam di Glc dan Pas.

5. Isu Luaran yang tidak ditunaikan:
- Tuntutan Royalti yang lemah gemalai.
- Projek Lebuhraya yang gagal dilaksanakan, malah disaman RM230 juta.
- Isu pembayaran Hutang Guru2 Yik.

Andaikata, Pas Kelantan tersungkur pada PRU14 nanti, ia bukan disebabkan Amanah, tetapi sebab KEGAGALAN Pimpinan PAS Pusat dan PAS Kelantan menangani isu isu diatas.
Semoga ada sinar baru dalam politik Kelantan.

Surat terbuka kepada Menteri Dalam Negeri berkenaan pekerja asing

Isnin, 2 Mei 2016

Oleh Jeyakumar Devaraj
Kepada:
YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,
Pada 21/4/2016 surat-surat khabar tempatan telah melaporkan bahawa pihak majikan mengatakan perniagaan mereka terjejas kerana mereka tidak dapat bekalan pekerja asing yang mencukupi. Suratkhabar The Star melaporkan bahawa,
  • 84% daripada kilang-kilang sedang menghadapi kekurangan pekerja
  • 49% daripada kilang tidak dapat menempuhi order yang sedia ada
  •  21% telah menutup beberapa line pengeluaran dalam kilang kerana kekurangan pekerja
Mereka sedang merayu pada kerajaan untuk membenarkan mereka membawa masuk pekerja asing baru.
Saya harap Yang Berhormat akan meneliti situasi sebenarnya sebelum membenarkan permohonan mereka.
Yang Berhormat, di kawasan saya di Sungai Siput, Perak, ada beribu-ribu orang tempatan yang tidak dapat kerja penuh masa.
Dalam satu kajian di Sungai Siput, saya mendapati bahawa 43% daripada lelaki dalam kawasan luar bandar hanya dapat kerja 3 atau 4 hari seminggu.
Ada penoreh getah, “kerja kampung” dan pekerja kontrak dalam kalangan yang menghadapi masalah pengangguran.
Lebih daripada 45% daripada keluarga di kampong memperolehi pendapatan isi rumah di bawah RM 1200 sebulan. Sudah tentu adanya ramai orang di kawasan saya yang rela kerja di kilang-kilang jika ditawarkan kerja.
Masalahnya Dato’ Seri, adalah syarikat-syarikat perkilangan tidak begitu berminat mengupah orang tempatan kerana lebih murah untuk mengupah pekerja asing. Tiada perlu mencarum pada KWSP untuk pekerja asing. Memang kena membayar levi untuk pekerja asing, tetapi ramai majikan memotong bayaran ini daripada gaji pekerja asing. Majikan juga menjimatkan kos dengan mengurangkan bayaran ‘overtime’ untuk pekerja asing.
Ada majikan yang membayar lebih masa yang dikira hanya selepas 10 jam tempoh kerja. Ada juga majikan yang bayar lebih masa dengan kadar 1.0 dan bukan 1.5 kali gaji satu jam sepertimana yang ditetapkan dalam Akta Kerja. Realitinya ialah para pekerja asing takut mengadu kerana mereka boleh dibuang kerja ataupun dibatalkan permit kerja mereka. Justeru itu, malangnya, majikan minat mengaji pekerja asing kerana mereka lebih senang diurus dan dibuli.
Maka, bagaimanakah Kerajaan boleh memainkan peranan untuk membuka ruang kepada golongan 40% berpendapatan rendah (B40) untuk mendapatkan peluang pekerjaan di kilang-kilang. Mereka sekarang ini mengadu susah untuk dapat pekerjaan?
Satu kempen harus dilancarkan Jabatan Tenaga Kerja untuk mengenalpasti masyarakat tempatan yang berminat bekerja di kilang. Mereka yang berminat harus didaftarkan. JTK perlu bergerak ke kampung-kampung dengan kaunter mobil dan mendaftarkan para anak muda ini.
Pada masa yang sama Kerajaan harus meningkatkan penguatkuasaan dan memastikan majikan kilang tidak memaksa pekerja untuk melakukan kerja ‘overtime’. Pekerja tempatan mempunyai tanggungan keluarga berbanding dengan pekerja asing.
Maka kebanyakan majikan mengunakan alasan bahawa pekerja tempatan malas dan tidak mahu kerja lebih masa. Ada ramai pekerja tempatan yang ada tanggungjawab keluarga, dan mereka perlu meluangkan masa melaksanakan tanggungjawab ini. Jika kilang-kilang menawarkan kerja 8 jam sehari dan mengaturkan kemudahan pengangkutan sudah tentu ramai orang tempatan yang rela bekerja.
Jika kita berjaya menggalakkan masyarakat daripada B40 ini berkerja di kilang kita dan bukannya pekerja asing, maka pendapatan mereka akan naik. Permintaan dalam pasaran di kawasan luar bandar juga akan meningkat apabila pekerja tempatan kita yang bergaji ini membelanjakan duit mereka dalam kalangan peniaga kecil di desa dan pasar malam setempat.
Jika para penduduk setempat bekerja dan bergaji tetap, ianya akan membantu semua peniaga kecil dan kegiatan perniagaan di kawasan itu.
Pada takat ini lebih kurang RM30 bilion dihantar keluar negara oleh pekerja asing, apabila mereka menghantar pulang pendapatan ke keluarga mereka di negara asal. Jika sebahagian daripada duit ini dapat dikitarkan dalam ekonomi tempatan, ramai perniaga kecil akan bermanfaat .
Faedahnya amatlah besar pada negara kita jikalau kita dapat kurangkan kadar pengangguran dalam kalangan B40 kita dengan membuka peluang untuk mereka berkerja di kilang-kilang dan di sektor perkhidmatan. Oleh itu, kami memohon pada Dato’Seri, supaya jangan membenarkan kemasukan pekerja asing pada takat ini. Tumpukan pada usaha mengembleng pekerja tempatan untuk memenuhi kekosongan kerja yang ada.
Sebagai tambahan, selain daripada membawa masuk pekerja asing baru, cadangan untuk mendaftar pekerja asing tanpa dokumen yang sudah berada di Malaysia dan menghubungkan mereka kepada semua pekilang-kilang yang memerlukan pekerja harus dijalankan dengan serius.
Terima kasih.
Yang benar,
Jeyakumar Devaraj
Ahli Parlimen Sungai Siput
Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia

Sarawak yang perlukan keajaiban.

Jumaat, 29 April 2016

Oeh THEHJ OSAMA 

Saya berada di Sarawak selama tiga hari. Tidak banyak yang saya mampu lakukan untuk pilihanraya negeri kali ini. Pandangan awal saya menjangkakan tidak banyak perubahan yang bakal berlaku untuk pilihanraya kali ini.

Kekuatan Ketua Menteri baru ini mengingatkan saya kepada gelombang Pak Lah 2004. Bukan kerana sangat kuatnya Adenan Satim, tapi terlalu teruknya Taib Mahmud menjadikan rakyat Sarawak seumpama terlepas gerah yang besar.

Rakyat Sarawak teramat sukar untuk menerima perubahan. Slogan Sarawak untuk Sarawakian begitu menjadi. Ia seakan rukun yang perlu di patuhi oleh rakyatnya.

Parti-parti dari semenanjung walaupun Umno sendiri tidak sangat bernilai kepada rakyat Sarawak. Walau mereka kesempitan berbanding hasil negeri yang begitu banyak.

Melalui beberapa orang yang saya temui, mereka berpendapat harapan untuk menambah kerusi sangat tipis. Rakyat Sarawak ada bacaan politik mereka sendiri.

Saya sendiri sangat berharap, ledakan internet dan pertimbangan terutamanya daripada anak muda bisa merubah sesuatu. Sepatutnya penambahan satu dua kerusi untuk pembangkang akan bisa menjadikan pemerintahan yang ada akan rasa sedikit tergugat dan beringat.

Saya berikan contoh yang mudah. Dun Benting Maro. Berbanding sebelumnya ia berubah banyak. Kawasan itu kini mempunyai beberapa sentuhan yang lebih baik berbanding dahulu.

Semua ini berlaku kerana Pas semakin kuat. Malah majoriti hanya 300 lebih pada pilihanraya sebelumnya membuatkan rakyat Benting Maro mendapat laba yang cukup besar. Hampir kesemua kawasan kini mempunyai jalan yang mana sebelumnya hanya titi.

Seandainya rakyat Sarawak sedikit bijak, saya pasti lebih banyak laba yang bakal mereka perolehi. Antara keperluan yang paling penting ialah masalah air. Di sini, sumber utama untuk air minum ialah air hujan.

Saya menjadi begitu hairan bagaimana rakyat Sarawak dapat menerima ketiadaan air bersih sampai sebegitu teruk. Tidakah air itu satu keperluan utama? Tong-tong biru dimiliki oleh hampir kesemua penduduk hanya untuk menadah air hujan.

Selain daripada itu, mereka juga tidak perlu takut dengan perubahan. Kelantan sendiri yang sering dinafi dan ketepikan masih boleh bertahan sehingga hampir 25 tahun.

Saya sangat berharap sedikit lonjakan bakal berlaku di Sarawak untuk pilihanraya kali ini. Tunjukkan sedikit keajaiban sebagai rakyat yang mempunyai hak. Ajari mereka agar lebih mengerti bahawa rakyat adalah tuan sebenar.

Kes Khalwat Mat Sabu : Setelah 20 tahun berlalu kes ini dibangkitkan kembali

Selasa, 2 Februari 2016

Sabda Nabi saw :

Fitnah itu tidur.Allah melaknat sesiapa yg mengenjutkanya.

Mengapa setelah 20 tahun berlalu kes ini dibangkitkan kembali oleh Pusat Penyelidikan Pas Pusat...?

Bukankah Tuan Hj Muhamad Sabu telah memegang jawatan no 2 dlm parti...?

Kalaulah Tuan Hj Muhamad Sabu ni seorang yg jahat bermakna selama ini Pas bertimbalan ketuakan seorang yg jahat.

Kenapa baru sekarang Pegawai Penyelidik Pas itu dedahkan...?

Fakta kes 1995.


Dalam penghakiman pada 4 hingga 6 April 1995,Kadhi Besar Kelantan Dato Daud Muhamad membebaskan Tuan Hj Muhamad Sabu tanpa dipanggil membela diri setelah pehak pendakwa gagal mengemukakan prima facie ekoran percanggahan keterangan saksi.


~~Kepada Tuan Hj Muhamad Sabu...bersabarlah dgn kemelut fitnah yg cuba dibangkikan kembali oleh mereka yg terdesak ini.Insyaallah Allah akan bersama bersama mu.~~

Nasrudin Tantawi masih ingin menegakkan benang yang basah, teruskanlah.

Rabu, 20 Januari 2016

Oleh ~Peguam Tua

Kes saman fitnah Lim Guan Eng vs Nasrudin Tantawi hangat diperkatakan hari ini sehinggakan
masih ada yang keliru dengan prosedur mahkamah dengan pihak Nasrudin pula cuba memutarbelitkan fakta demi menegakkan benang yang basah.

Bagi saya, biarlah episod hari ini menjadi pengajaran pada semua. Nasrudin Tantawi masih ingin menegakkan benang yang basah, teruskanlah. Yang nak mengkritik semahunya, teruskanlah. Siapa yang ingin mengambil ini sebagai pengajaran, maka itulah yang terbaik.


Sedikit komen pada yang masih keliru:

1. Pihak yang yakin tidak bersalah tidak akan menarik balik pernyataannya atau membayar kos mahkamah sekiranya yakin dengan kebenaran yang dibawanya.

a. Nasrudin telah bersetuju untuk menarik balik kenyataannya di dalam Mahkamah.

b. Nasrudin juga bersetuju membayar RM10K.

SOALAN: Jika Nasrudin di pihak yang benar kenapa beliau bersetuju untuk menarik balik kenyataannya di dalam Mahkamah serta membayar RM10K?

JAWAPAN: Tentunya pihak yang merasa bersalah akan bersetuju menarik balik kenyataan serta membayar RM10K. Penyelesaiannya, Nasrudin telah bersetuju dan telah melafazkan di dalam Mahkamah menarik balik kenyataan beliau serta bersetuju membayar RM10K.


2. Penyelesaian luar mahkamah selalunya dipohon oleh pihak yang merasakan mereka/dia tidak mampu mempertahankan kesnya, serta bagi mengelakkan gantirugi hukuman (punitive damages) serta kos yang lebih besar dikenakan sekiranya kalah di mahkamah.

SOALAN: Jika Nasrudin di pihak yang benar kenapa tidak diteruskan perbicaraan sehingga mendapat keputusan dari Hakim?

JAWAPAN: Untuk mengelakkan gantirugi hukuman (punitive damages) serta kos yang lebih besar dikenakan keatas beliau sekiranya kalah di mahkamah dengan itu Nasrudin bersetuju untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah.

3. Jangan berselindung di sebalik agama bagi menutup kekhilafan sendiri, kerana itu tiada kesannya di mahkamah dunia mahupun mahkamah akhirat.

SOALAN: Kenapa menggunakan kenyataan tidak meminta maaf kepada Lim Guan Eng serta telah solat 2 rakaat sebagai alasan untuk memutar belitkan fakta beliau tidak bersalah?

JAWAPAN: Inilah yang sering di lakukan oleh kebanyakan pemimpin Pas. Menggunakan ugama untuk tujuan meraih simpati penyokong. Sebarang tindakan untuk menghalalkan cara akan di gunakan ugama sebagai hujah walaupun sudah terbukti bersalah.


Semoga kita semua belajar dari kelemahan dan kekhilafan diri sendiri

Wallahualam...
~Peguam Tua

Respon saya berkaitan kes LGE - v - UNT dlm grup lain...

Sebolehnya saya tak nak komen lgsg bab ni, seronok tengok kawan2 "loyar" komen..tapi nampak makin celaru dan haru-biru, lebih2 lagi byk prosedur2 sivil dlm mahkamah yg dispin sesuka hati demi memihak kpd orang tertentu.

Kalau kita boleh tegur org2 yg bukan ustaz jgn cakap lebih2 pasal bab agama kononnya tak faqih, bukan bidang dia, kenapa pulak double standard dlm isu2 teknikal perundangan spt ini?

Maka saya nak ulas keputusan kes LGE -v- UNT smlm dari perspektif undang2 sivil dan prosedur2 mahkamah dlm kes tort defamation (fitnah) spt ini.

1) Penghakiman Persetujuan telah direkodkan dan UNT diarahkan oleh Mahkamah utk bayar kos RM10 ribu kpd LGE selaku Plaintif,  BUKAN bayar pd Mahkamah. Kos mahkamah hanya pemfailan dokumen2 shj yg sebenarnya tak sampai pun seribu ringgit, mungkin beratus shj. RM10k ni kos kpd LGE sbg pampasan atau gantirugi sbb dia kena ambik tindakan mahkamah, pasang loyer dsbnya utk saman UNT hasil statement yg dibuat oleh UNT kpd LGE.

2) Tidak ada mana2 peguam yg akan mendabik dada kata dia "menang" kes kalau client dia terpaksa bayar RM10k kpd pihak lawan. Dan jumlah ni sebenarnya besar memandangkan kes belum mula bicara pun, saksi2 belum dipanggil @ disapina dan belum ada apa2 dokumen pun yg dibuktikan di mahkamah lagi.  Ringkasnya kes masih di peringkat sgt awal tp kena bayar kos yg tinggi. Andaian saya kos setakat bawah RM3 ribu atau bawah RM5 ribu shj sudah memadai at this stage.

Kalau UNT istiqomah utk lawan kes ini dan rasa ada byk bukti, saya berpendapat loyer2 beliau boleh bagi beberapa advice/options spt berikut :-

1) Setuju utk tarik/conced isu 1 yg dikatakan mengelirukan tapi proceed dgn Bicara utk 4 isu yg lain. Tengok berani tak team loyer LGE nak teruskan kes dan panggil saksi2 dia utk dptkan pembuktian di mahkamah.

2) Kalau betul2 tak nak panjangkan kes dan setuju utk tarik balik TAPI JANGAN bayar kos sesen pun pada LGE. Mahkamah boleh rekodkan kos ditanggung oleh pihak masing2 atau rekodkan tiada perintah terhadap kos. Kalau LGE tak setuju, dia tiada pilihan lain melainkan proceed jugak dgn bicara sbb dia Plaintif, dia yg kena "move the Court",  bukannya UNT selaku Defendan. Kes Defendan hanya mula slps LGE/Plaintif habis panggil saksi2 dia dan tutup kes.

3) Kalau semua di atas tak setuju dan UNT yakin dia tidak fitnah dan ada kes yg kuat utk lawan, proceed sahaja dgn bicara..biar saksi2 dtg dan bagi keterangan. Kalau akhirnya kalah, berbaloi melawan atas dasar prinsip dan mileage parti drpd berserah awal2 dan kena bayar kos yg tinggi pulak. Biar kalah berjuang, bukan menyerah kalah.

Akhirnya, kalau boleh la saya bg nasihat sikit..kpd pimpinan2 kalau disaman atas sebab mulut dan tindakan kita sendiri, tolong la jangan heret Islam sekali.  Kes kita mungkin dah settle, dah habis bayar kos, loyer dah tutup file, kita dah pun dpt mileage politik dsbnya..tetapi Islam tetap masih di kandang salah.
Fikir-fikirkanlah..be gentleman.

Pakatan Umno - Pas akan tingkatankan serangan Bersama terhadap AMANAH

Sabtu, 16 Januari 2016

Oleh Dasuki Deraman

Pakatan Umno-Pas tidak sekali2 berdiam diri utk membunuh Amanah dan menghancurkan PH sblm PRU14 akan dtg. Kewujudan PH dlm sekelip mata telah mensia2kan usaha keras mrk selama untuk utk memporak perandakan dan seterusnya menguburkan PR yg sgt efisien dlm mendatangkan ancaman trhdp BN.

Bg mrk setelah terkuburnya PR, tiada lg pakatan yg boleh menggabungkan parti2 pembangkang dlm negara ini. Namun, kecewa tidak terkira mereka gagal disembunyikan apabila Amanah menjadi penyelamat dan memberi tongkat utk mengukuhkan gabungan pembangkang atas nama PH.

Pakatan Umno-Pas kini benar2 bimbang apabila PH berjaya mematerai MoU satu lawan satu dlm PRU14 akan dtg. Sekaligus hasrat mrk utk melihat parti2 pembangkang berpecah tidak kesampaian sebaliknya gabungan kukuh PH telah menyisihkan Pas dlm blok pembangkang.

Wlpun Pas cuba menafikan kaitannya dgn Umno, namun pernyataan dan tindak tanduknya muktahir ini sangat jelas menunjukkan sikap kompromi dan kerjasama tidak rasmi parti itu kpd Umno.

Rata2 rakyat kini memahami Pas kini tersepit dgn agenda kerjasamanya dgn Umno. Tetapi, berdasarkan sikap flip flop Pas selama ini, rakyat sangat curiga dgn pendirian politik Pas yg tidak istiqamah, putar belit, mudah u-turn, kluk klik dan tidak berwibawa.

Terkini, serangan Pakatan Umno-Pas memutarkan isu perkauman dgn menyerang DAP dan Amanah, sbg bukti tindakan nekad mrk bg memusnahkan kepercayaan orang2 Melayu khususnya terhadap PH.

Dasuki Deraman
Kota Damansara, Sgor

Surat Terbuka Kepada Pemimpin Pakatan Harapan

Khamis, 14 Januari 2016

Oleh Abe Awang Malaya

Tuan Haji Mohamad Sabu - Presiden Parti Amanah Negara
Dato’ Seri Wan Azizah Ismail - Presiden Parti Keadilan Rakyat
Lim Guan Eng  - Setiausaha Agung DAP
Dato’ Saifudin Abdullah - Ketua Sekretariat Pakatan Harapan
.

Dengan hormat,

CADANGAN PENGGUNAAN SATU SIMBOL DALAM PILIHANRAYA
----------------------------------------------------------------------------------

Hari ini hanya merupakan sebahagian dari tempoh-tempoh yang telah ditetapkan Allah. Hari ini merupakan kemuncak nafsu politik dan isu menang-kalah yang tidak mengenali peraturan-peraturan atau tidak dikekang oleh nilai-nilai abadi kemanusiaan. Maka tidak layak untuk kamu saling mendengki dan iri hati. Tanamkan rasa ikhlas terhadap perjuangan menentang kezaliman dan penyelewengan kerajaan Barisan Nasional. Hari ini amat menentukan hari kemudian. Generasi akan datang, jika mengetahui perjuangan kamu nescaya akan mengenang kamu terhadap apa yang kamu buat pada hari ini.

Pengalaman pahit Pakatan Rakyat menghadapi pengkhianatan dari dalam oleh PAS sejak tahun 2008 hingga ke hari ini wajar dijadikan pengajaran. Anggaplah ia sebagai suatu kesilapan yang tidak akan berulang. Apabila telah hilang kejujuran dalam diri, maka berlakulah apa yang telah berlaku dan rakyat sedang menanggung akibatnya.      

Sesungguhnya telah kedengaran ungkapan nakal yang dibicarakan di kalangan orang-orang mengenai PRU-14 yang akan datang. Kata mereka : “Tanda-tanda Barisan Nasional mahu kalah sudah jelas, tetapi belum ada tanda-tanda yang menunjukkan Pakatan Harapan mahu menang.” BN seperti sudah mengaku kalah, tetapi PH masih tidak nampak yang mereka sedang berusaha untuk menang. Begitulah yang ternampak pada pandangan mata orang-orang, termasuk orang UMNO.

Sebenarnya BN sedang berada di ambang kekalahan, tetapi kemenangan bukan sesuatu yang murah dan senang dicapai oleh PH. Pemimpin PH tidak cukup hanya dengan mengaku bersungguh-sungguh untuk menumbangkan BN dan bersedia mahu mengambil-alih teraju pemerintahan negara, tetapi mesti dilihat bersungguh-sungguh. Ini politik. Rakyat mahu melihat kesungguhan kamu. Pemimpin mesti memperlihatkan kesungguhan untuk membina keyakinan rakyat.

Kalau besi buruk itu dibiarkan sebagai besi dan tidak diapa-apakan, ia akan terus berkarat dan akhirnya tertimbus ke dalam tanah. Kalau kecelaruan politik sekarang dibiarkan dan tidak dibuat apa-apa tindakan, nescaya negara akan terus dijahanamkan oleh UMNO entah sampai bila hingga jasad kita ditanam dalam tanah. Cadangan sepuluh sen dari kami, yang mewakili golongan pengundi bawahan, sekiranya Pakatan Harapan bersungguh-sungguh mahu mengalahkan Barisan Nasional dalam PRU-14, perkara pertama yang mesti difikirkan dengan serius dan mesti bertindak ke arah merealisasikan hasrat itu ialah penggunaan satu simbol atas nama Pakatan Harapan dalam pilihanraya. 

.
Dengan hormat,

Amerika Syarikat itu negaranya besar, rakyatnya ramai, ketenteraannya kuat, ekonominya maju, tetapi dalam pilihanraya untuk memilih pemerintah, rakyat Amerika hanya perlu memilih  Demokrat vs Republikan saja. Di England, hanya parti Pekerja vs Konservatif saja. Kenapa Malaysia yang sekecil ini, kita tidak boleh jadikan pilihanraya sebagai Barisan Nasional vs Pakatan Harapan saja?

UMNO itu lemah. Sangat lemah. MCA hidup segan mati tak mahu. MIC seperti melukut di tepi gantang dalam politik. Orang benci kepada pemimpin UMNO. Begitu juga dengan pemimpin MCA dan MIC. Tetapi kebencian itu menjadi kurang atau hilang sama sekali ketika pilihanraya bila timbul nama Barisan Nasional dengan simbol dacing. Orang lupakan kejahatan UMNO, orang lupa penyelewengan MCA dan orang lupa krisis dalaman MIC. Orang hanya nampak parti yang stabil dan berpengalaman, iaitu Barisan Nasional.

Parti Amanah dilabel sebagai pengkhianat kepada PAS, kononnya ditubuhkan oleh orang-orang yang kecewa kerana kalah dalam pemilihan, golongan munafiq haraki, kuda tunggangan DAP dan dianggap sebagai musuh nombor satu PAS.

DAP dilabelkan sebagai anti Melayu, anti Islam, nak jual negara kepada Israel, nak jadikan Malaysia seperti Singapura dan seumpamanya.

PKR pula dilabel sebagai parti yang hanya mahu membela seorang peliwat, golongan Islam liberal dan lain-lain gelaran yang direka untuk memperlekehkannya.

Sekelian anggapan dan labelan yang lebih berupa fitnah itu nescaya akan dilupakan orang kalau hanya calon Pakatan Harapan yang bertanding dengan menggunakan satu simbol. Tidak ada lagi lambang roket DAP, tidak ada lagi calon PKR dan calon Amanah. Yang ada hanya Pakatan Harapan.

.
Dengan hormat,

Dalam peperangan Yarmuk, pasukan tentera Islam berada dalam keadaan terpisah-pisah antara satu sama lain.

Pasukan tentera di bawah pimpinan Amru bin As tiba dari Paletine.

Pasukan tentera di bawah pimpinan Abu Ubaidah bin Jarrah tiba dari Damaskus.

Pasukan tentera di bawah pimpinan Yazid bin Abu Sufyan tiba dari Balkan. 

Pasukan tentera di bawah pimpinan Syarhabil bin Hasanah tiba dari Jordan.

Pasukan tentera di bawah pimpinan Ikrimah bin Abu Jahal tiba dari Madinah. Setengah riwayat menyatakan dari Oman selepas menumpaskan golongan murtad di situ.

Pasukan tentera di bawah pimpinan Khalid bin Walid tiba dari Iraq.
.

Kami suka mengungkapkan perintah dari Khalifah Abu Bakar as-Siddiq di Madinah yang disampaikan oleh utusan kepada semua pasukan tentera Islam di Yarmuk ketika itu.

“Ijtami'uu bi'l-Yarmuki, mutasanidiin!”

Maksudnya : “Satukan seluruh pasukan di Yarmuk, dan hendaklah saling membantu!”

Akhirnya seluruh kekuatan pasukan Islam disatukan di bawah pimpinan seorang panglima, iaitu Khalid bin Walid. Sejarah mencatat betapa 39 000 tentera Islam akhirnya berjaya menewaskan pasukan tentera Rome yang mempunyai kekuatan seramai 240 000 orang tentera.

Ahli sejarah Barat menulis tentang kehancuran pasukan Rome itu dengan segala akibatnya seperti yang tercatat dalam buku Historians' History of the World, terbitan Encyclopedia Britannica Co. Ltd, London, volume VIII (Arabs) mukasurat 148, seperti berikut :

‘On the second morning they moved forward, and engaged in all parts with all imaginable vigour. The fight, or rather the slaughter, continued till evening. The Christian army was entirely routed dan defeated. The Saracens killed that day fifty thousand men. Those that escaped fled, some of them to Caesarea, others to Damascus, and some to Antioch. The Saracens took plunder of inestimable value, and a great banners, and crosses made of gold and silver, precious stones, silver and gold chains, rich clothes, and arms without number; which Khalid said he would not divide until Damascus was taken.’

.
Dengan hormat,

Bersatulah! Satukan seluruh kekuatan, dan hendaklah saling membantu. Hilangkanlah perasaan asobiyyah yang hanya mementingkan parti sendiri hingga sanggup iri dengan parti rakan dalam Pakatan. Rakyat di bawah sedang melihat kesungguhan kamu. Rakyat mahu melihat keikhlasan kamu. Rakyat mahu melihat kamu bersatu. Barisan Nasional sudah nazak, tetapi kalau parti-parti dalam Pakatan Harapan tidak bersatu, ia akan menenggelamkan keyakinan rakyat. Bila rakyat tidak yakin dengan persefahaman dan kesepaduan antara parti dalam PH, sudah tentu akibatnya sangat buruk sekali.

Bukan tidak pernah kami menyuarakan cadangan ini kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan secara berdepan, tetapi jawapan yang diterima lebih berupa beberapa alasan dari sekian banyak alasan untuk mengenepikan cadangan itu.

Ada yang kata, tidak boleh guna satu simbol kerana syarat yang ditetapkan oleh pihak pendaftar pertubuhan (ROS) mestilah sekurang-kurangnya ada tujuh (7) parti komponen yang bergabung.

Padahal syarat ini tidak pernah wujud sama-sekali, melainkan ia hanya andaian kosong sahaja.

Ada yang kata, tidak mungkin pihak ROS akan benarkan pembangkang guna satu simbol.

Kami katakan, ini hanya alasan yng tidak bersandar kepada sebarang fakta, hanya kerana semangat asobiyyah yang kuat terhadap parti sendiri. Padahal perkara ini tidak ada kena-mengena dengan ROS pun! ROS ialah tempat orang mendaftar, bukan tempat minta kebenaran untuk parti bertanding dalam pilihanraya. Semua parti adalah berdaftar secara sah setelah diluluskan oleh ROS. Pihak Pakatan Harapan sepatutnya hanya memaklumkan kepada suruhanjaya pilihanraya (SPR), bukan perlu memohon untuk mendaftarkan parti baru bernama Pakatan Harapan dengan ROS. Cuba jawab satu soalan, adakah Barisan Nasional yang telah wujud sejak pilihanraya umum 1974 itu pernah mendaftarkan parti dengan ROS? Menurut apa yang kami tahu, tidak pernah.

Orang Amanah kata, dulu PAS yang tak setuju. Orang PKR kata, dulu DAP yang tak setuju. Semua itu hanya alasan. Yang sebenarnya, Pakatan Rakyat memang tidak pernah buat apa-apa pun berkaitan soal ini.  

.
Dengan hormat,

Oleh kerana yang mahu ditentang ialah sebatang pokok bernama Barisan Nasional, bukan dahan-dahannya seperti UMNO, MCA, MIC,Gerakan dan lain-lain, maka sangat wajar sekali kalau PKR, DAP dan Amanah menjadi dahan kepada pokok Pakatan Harapan. Biarlah pokok berlawan dengan pokok. Rakyat akan yakin bahawa di sana ada alternatif untuk memilih kerajaan, samada mahu mengekalkan Barisan Nasional atau memilih Pakatan Harapan untuk menerajui pemerintahan negara. Kalau Barisan Nasional ada Najib sebagai Perdana Menteri, Pakatan Harapan ada Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Biar senang rakyat membuat pilihan. Dengan cara itu, dengan sendirinya PAS akan tertinggal atau ditinggalkan. PAS akan terpencil dan akan dipencilkan, kerana rakyat akan berfikir, untuk apa mereka mengundi calon PAS? PAS akan jadi parti nyamuk, atau parasit yang menumpang hidup pada batang pokok lain.

Dalam pilihanraya, calon Amanah bukan berlawan dengan calon UMNO, tetapi Barisan Nasional. Calon DAP bukan berlawan dengan calon MCA atau Gerakan, tetapi Barisan Nasional. Calon PKR bukan berlawan dengan calon MIC atau PPP, tetapi Barian Nasional. Nah, kenapa Amanah, PKR dan DAP tidak bersatu menjadi Pakatan Harapan untuk menentang Barisan Nasional?

Realiti politik hari ini ialah rakyat mengundi calon parti pembangkang bukan sekadar untuk memilih wakil rakyat pembangkang dalam parlimen atau Dun, tetapi rakyat mengundi untuk menukar kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan. Tidak ada bezanya kalau PAS bekerjasama dengan UMNO atau tidak, kerana Pakatan Harapan tetap berada di landasan terbaik untuk menumbangkan Barisan Nasional, dengan syarat sekiranya menggunakan satu simbol.
.

Sekian terimakasih.
Abe Awang Malaya
b/p JEBONESTA

Komen antara ahli Pas dan Amanah ...

Rabu, 13 Januari 2016

Oleh Asmawi Ahmad

Lama dah duk perhati komen komen antara ahli Pas dan Amanah ni..yang ni kata yang ni..yang tu
kutuk yang ni..kerja tak jalan..

kalau amanah duk kata Pas ni parti lebai nak begabung dengan umno.kalau Pas duk kata amanah ni parti kafir kuda tunggangan dap..ni nak bagitahu orang politik..rakyat ni dia tak mau tahu angpa ni kafir ka apa..depa ikut agama masing masing..

depa nak apa yang angpa boleh buat kerja untuk rakyat..buktikan lah dengan gerak kerja..turun ke tempat tempat jumpa rakyat selami masalah rakyat..

benda ni pun tak leh nak pikiaq ada hati tu nak perintah malaysia..ada hati nak jatuhkan umno pru14..huhuhu..duk lawan maki la angpa sampai sudah..

Matlamat dan pendirian Politik Amanah itu tepat tetapi ..

Ahad, 27 Disember 2015

Hari lebih 3 Bulan Amanah di tubuh kan.. apa yang aku nampak, Matlamat dan pendirian Politik Amanah itu tepat.. tetapi mengguna Strategi dan pendekatan Politik yang Salah dan tersasar.. matlamat (Al-Ghayah) harus jelas.. dalam gerakan Islam(tanzim) ada 3 rukun utama sebagai asas kejayaan dan wasilah perjuangan, pertama Qiyadah(kepimpinan), kedua Jundiyah(pengikut) ,ketiga adalah Qittah( perencanaan/Strategi) , asas ke 3 inilah banyak dari gerakan Islam abaikan.. mereka terlalu tertumpu kepada mengumpulkan keahlian dan pengikut yang ramai.. sedangkan kata saidina Ali " "Kebenaran yang tidak terancang akan kalah kepada kebatilan yang terancang.".. Allah Sendiri berfirman dalam surah As Saff, Allah mencintai orang2 yg berperang dijalannya " كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ " seakan akan sebuah bagunan yg tersusun kukuh ,

apa yg berlaku hari ini, Amanah lebih kepada Syok sendiri dan terikut ikut  gaya dan pendekatan PAS.. Amanah masih lagi dok syok sendiri buat Ceramah ala PAS.. dan masih syok sendiri  bina pejabat dan buka Wisma yg gah seakan2 mahu bersaing dgn PAS.. rasanya semua pembinaan itu adalah kos.. tetapi masih tidak ada gerak kerja Politik yg jelas..tidak salah membina wisma atau bagunan Parti jika keutamaan lain di dahulukan.. aku faham Amanah masih baru.. dia masih membina imej dan aset mereka.. tetapi jangan alirkan kos yang tinggi kepada perkara yg tidak perlu dan tidak ada manfaat kepada gerakan Politik, dulu PAS pun aku pernah tegur kerana membelanjakan RM 8 juta untuk membeli Bagunan di Jalan Raja Laut, dan akhirnya kos operasi dan penyelenggaraan bagunan hampir Rm 300 ribu setahun, cukup membazir.. Amanah tak perlu membazirkan duit untuk membelanjakan berpuluh ribu untuk membuka Wisma dan akhirnya terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yg tinggi.

 Mat Sabu sebagai Presiden Parti peranan nya Mengurus organisasi.. bukan menjadi Spiritual Leader seperti peranan Mursyidul Am di dalam PAS , jawatan Pengerusi Parti di dalam DAP dan penasihat umum di dalam PKR.. Mat Sabu harus sedar semua ni.. Sebagai Presiden mesti dia mesti ada Master plan, module kerja untuk digerakkan secara tersusun bukannya sekadar memberi arahan mulut dan melalui ceramah.. dalam gerak Politik, itu sebab aku lebih suka gaya organisasi politik DAP, mereka tak perlu wisma atau markaz yang besar dan gah.. tetapi gerak kerja mereka tersusun..

Apa sepatutnya Amanah Buat sebagai permulaan ?

1- Perkasa kan organisasi media.. walaupun Amanah sudah ada website nya sendiri, tetapi haru memperkasakan Portal rasmi dari berita nya, Page Amanah Official tak jelas, banyak sangat Page kawasan dan Negeri yg muncul..sumbernya bercelaru unit penerbitan Audio video juga lemah , seharusnya unit ini dahulu diperkasa.. unit dan jabatan ini seharusnya di " centralised " terlebih dulu.. dan unit Media harus diserahkan kepada golongan Profesional dan ahli dalam bidang dia bagi merealisasikan visi, kempen dan aktiviti amanah, menghasilkan risalah ,bahan kempen dan juga propaganda bagi melawan  sebarang anasir Politik UMNO.. bukan dianggotai ahli sukarela yg tidak ada kemahiran dalam bidang Media.. belajar dari cara penerbitan dan pengurusan Malaysiakini.

2- Bersedia untuk menerbitkan Akhbar Mingguan atau bulanan sendiri.. begitu juga majalah Politik.. Amanah boleh saja bergabung dgn PKR dan DAP bagi menghasilkan Akhbar Rasmi Pakatan Harapan, ia bagi menyatukan sumber berita, Amanah boleh menghasil kan bahan berita dunia Politik Islam dan bahan Ilmiah melibatkan penulisa agama. Penerbitan ini penting bagi menyalurkan maklumat yg tepat,centralised dan ia juga boleh menghasilkan sedikit pendapatan kepada Amanah..

3- Melengkapkan gerak kerja, Module kerja organisasi dalam Amanah seperti pemuda dan Arif, Tugas pemuda dan Arif harus di ubah dari konsep unit amal yg lebih kepada menjaga keselamatan dan kerja amal, Arif harus digerakkan secara berkala sebagai  penyampai risalah dakwah dan Politik , Amanah tak boleh terikat dgn gaya PAS, mereka bergerak dgn Ceramah.. Amanah harus belajar dari DAP dari sudut gerak kerja.. mereka bergerak terus kepada Persatuan, dan NGO.. menggerak kan maklumat dan risalah kepada masyarakat mereka.. risalah dan kempen yg edar mesti dihasilkan Amanah Pusat, Maklumat harus seragam seluruh negara, itu sebab Pentingnya penubuhan dan memperkukuh kan unit media .

4- Persediaan menubuhkan satu Model dan jenama baru Pendidikan Pra Sekolah Islam yang lebih modern.. satu Model baru seperti kewujudan jenama pendidikan pra Sekolah Khalifa, Genius Aulad dan brainybunch, malah Amanah boleh membuat kerjasama dgn jenama2 ini, cukup lah Setiap negeri satu cawangan bagi  sasaran tahun 2016 ditubuhkan, dan Amanah boleh membuka dgn konsep " Francais" bagi setiap negeri dan kawasan.. pimpinan Amanah hari ini lebih dari berpengalaman menghasilkan modul dalam pendidikan pra Sekolah PASTI.

5- Akhirnya Amanah harus bersedia bergerak melalui Aktiviti ekonomi dan pendidikan , sebagai contoh menerbitkan bahan penerbitan agama seperti CD, VCD dan Majalah,   dalam hal pendidikan pula, untuk lebih dekat kepada Masyarakat.. sebagai contoh Kelas Pengajian Quran dan Tuisyen pada waktu malam untuk pelajar sekolah Rendah boleh menjadi satu jenama baru dan satu lagi model Amanah untuk mendekatkan diri dgn Masyarakat.

Jika 2 Perkara di atas pun gagal dilaksanakan Amanah, jelas lah Amanah hari ini gagal menguruskan Organisasinya sendiri dan bersifat Parasit, menumpang kekuatan Parti lain.. Amanah harus bergerak dengan cara nya sendiri..bukan terikut2 dgn gaya parti lain, kerana sasaran politik Amanah berbeza sama sekali dari PKR dan DAP..

Salam Mulidul Rasul..

Ipoh Mali

Tahaluf siasi Umno-PAS bakal selesai banyak masalah!

Selasa, 22 Disember 2015

As salam

Saya secara peribadi bersetuju dan mengharapkan tahaluf siasi antara UMNO-PAS ini menjadi kenyataan kerana perkembangan terbaru ini (gabungan UMNO-PAS) akan menyelesaikan banyak masalah politik, ketidaktentuan, kesalahfahaman serta sekaligus akan mengubah lanskap politik negara.

Sekurang2nya gabungan UMNO-PAS ini akan memberikan kesan2 serta merta seperti berikut:

(1) Pakatan Harapan bertambah kuat dan mantap.
Gabungan AMANAH-PKR-DAP akan akan menjadi jenama yg lebih kukuh di hati pengundi, dgn PAS sama sekali tidak akan dikaitkan lagi dgn pembangkang.

(2) PKR membuat keputusan jelas dalam hubungannya dgn PAS.
PKR yg kelihatan goyah sebelum ini akan mengukuhkan lagi kedudukannya dlm PH kerana segelintir pemimpinnya (PKR) yg masih mengharapkan PAS akan putus harapan dan kecewa dgn sikap berdolak dalik parti Islam itu.

(3) PAS bakal berpecah untuk kali kedua

Saya jangkakan sekurang2nya 40 peratus ahli akar umbi PAS akan menentang kerjasama UMNO-PAS, samada akan menyertai AMANAH atau mengambil sikap berdiam diri dan melakukan silent protes.

(4) Kerjasama UMNO-PAS akan bertahan untuk PRU 14 sahaja.

Saya melihat kesungguhan usaha untuk melakukan kerjasama UMNO-PAS ini hanyalah di peringkat pemimpin nasional pusat sahaja.

Tetapi tidak bagi pemimpin pertengahan dan akar umbi antara UMNO-PAS yg masih mempunyai banyak perbezaan dari segi pemikiran, pendekatan dan orientasi politik selepas puluhan tahun menjadi musuh politik.

Tidak mudah bagi pemimpin pertengahan dan akar umbi ini dapat bertaut dgn formula ABC berbanding pemimpin atasan spt DS Najib dan DS Haji Hadi.

Soal pembahagian kerusi terutama di kawasan majoriti Melayu dan banyaknya kegagalan dasar2 UMNO yg kini banyak mendapat cemuhan dan kritikan luar biasa rakyat akan menjadi beban kepada PAS yg dilihat ibarat memikul biawak hidup rakannya UMNO.

(5) PH mempunyai peluang cerah menawan Putrajaya pada PRU 14.

Kerjasama UMNO-PAS akan mengubah lanskap politik negara.

Dengan kredibiliti rendah PM yg mendapat cemuhan luar dan dalam negara akibat dari isu 1MDB, RM2.6, GST, kenaikan kos hidup, harga barang, tambang pengangkutan dan isu2 rasuah pemimpin2 UMNO, gabungan UMNO-PAS akan melalui jalan sukar kerana rakyat telah hilang kepercayaan kepada UMNO dan juga PAS yg dianggap terpalit dgn masalah yg dicetuskan UMNO ini.

Saya melihat PM (UMNO) dan TGHH (PAS) ini hanya disokong oleh pemimpin parti masing2 sahaja dan bukannya rakyat majoriti yg ternyata kecewa dengan keadaan negara yg berlaku masa kini.

Justeru peluang PH untuk ke Putrajaya akan lebih cerah sekiranya gabungan politik UMNO-PAS ini menjadi kenyataan.

Kajian Merdeks Center mengelirukan?

Ahad, 20 Disember 2015

Oleh Penganalisis Politik

As salam
Dalam sehari dua ini orang Pas sangat seronok dan sangat yakin hasil dari penemuan kajian 'Merdeka Center' yg terbaru ini.

Saya setakat ini masih tidak menerima dokumen rasmi kajian Merdeka Center ini untuk diteliti, namun setakat pengalaman saya meneliti banyak kajian persepsi politik dari Merdeka Center ini, sememangnya kajian mereka sangat berwibawa.

Namun saya berpendapat orang2 Pas termasuk penganalisis mereka jangan terlalu seronok sangat sebab sebelum membuat ulasan, penganalisis perlu melihat 'instrument kajian' terlebih dahulu termasuk bilangan parti politik yg disertai dalam kajian serta bentuk soalan yg ditanya.

Bila saya teliti peratus dan bilangan parti yg diselidik, saya tak nampak langsung KELEBIHAN PAS sebagaimana yang diwar2 oleh para penganalisis Pas spt Alang Ibn Shukrimum ini.

Ini kerana kajian ini hanya melibatkan antara "Umno dan Pas" sahaja, tidak parti lain.

Jika hanya dua parti, bermakna responden termasuk Cina hanya ada dua option samada Pas dan Umno untuk menjawab.
Keputusan kajian mengatakan....." secara keseluruhan 42 % gembira dgn Pas, hanya 35% gembira dgn Umno.
Maksudnya 23% lagi menjawab 'tidak tahu'.

Jadi, apa hebatnya penemuan ini merana semua orang tahu termasuk Cina, bahawa Pas lebih bersih berbanding Umno dari segi amalan rasuah, dll.
Tetapi ini tidak bermakna 42% orang yg 'gembira' ini akan sokong Pas.

Cuba Merdeka Center masukkan item spt berikut;

Umno
Pas
Dap
Amanah
Pkr
Ikatan
Kita

AGAKNYA BERAPA PERATUS RESPONDEN AKAN GEMBIRA DGN PAS?

Keliru dengan pendekatan PAS

Sabtu, 19 Disember 2015

Oleh Kaki Kutu Keliru

Saya ahli PAS sejak di universiti. Aktif dalam jemaah PAS di pelbagai universiti. Semoga saya bakal masuk syurga kerana 'dipilih Allah' untuk tidak menjadi pengkhianat dan munafik. Takkan pilihan Allah ini ke neraka kan? Opss saya bergurau..

Ya, saya ahli PAS dan saya faham sangat objektif PAS, matlamat Pakatan Rakyat (PR) dan apakah hujah yang diguna pakai PAS untuk menghalalkan tahaluf siasi dalam Pakatan Rakyat. Yelah, orang lama. Senang faham. Juga kerana saya sudah biasa mendengar hujah pemimpin di semua peringkat tentang itu.

Persoalan saya kepada para ulamak dalam PAS, dengan mengharapkan respons balas segera, seperti nukilan dalam silibus usrah parti - bahawa setiap permasalahan parti, isu semasa dan nasional mesti ditangani segera - adalah seperti berikut:


1. Apa keputusan akhir tentang keabsahan tahaluf siasi dalam PR? Beberapa tahun lalu, beria benar ulama kita menghujani persoalan berbaur hasutan tahrim terhadap tahaluf itu. Sekarang semua senyap. Apa natijah ilmiahnya?

2. Atas dasar apakah tahaluf dengan PKR dikekalkan? Islamnya kah? Atau keadilannya? Atau kuasanya? Atau jawatan serta peluang mengajar di seluruh negeri kaya raya ini? Kalau dulu, beriya benar membantah kelompok tertentu di dalam parti yang digelar 'mengetum' bersama saudara Ibnu Ibrahim. Apa sayang itu kembali setelah Ibnu Ibrahim di penjara?

3. Persoalan kedua di atas, saya kemukakan kerana setahu saya PKR secara rasmi menolak pembentangan Hudud (KJS2) pindaan 2015 oleh kerajaan Kelantan. Ingat lagi hujah Wan Azizah yang dipangkah kemas oleh hulubalang ulama PAS?

4. Jika boleh berbaik dengan PKR, marilah kita sama-sama berbaik dengan Umno. Logiknya begitu. Setelah presiden PAS menghulur lengan kepada Umno, disambut pula presiden Umno atas dasar silaturahim lalu merangkul lengan itu, jangan pula PAS menyiku kasar. Dengan PKR yang menolak hudud masih berselimut bersama, apalah kiranya untuk mendekati Umno. Tentu dapat kuasa lebih besar berbanding hanya exco di Selangor. Ehhh kuasa itu untuk Islam jua. Bolehlah ulama PAS nanti bersama-sama dengan Jakim untuk menyebarkan Islam.


5. Oleh itu, saya rasa presiden PAS jangan cepat menolak sambutan presiden Umno itu dengan alasan asas Islam didahulukan, sedangkan belum berjumpa, belum bermuzakarah dan belum bersemeja bulat. Jumpalah dulu. Jangan segan.

6. Jika PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama politiknya, maka mendekati Umno adalah satu pilihan terbaik, justeru berijtihadlah para ulama PAS. Pintu ijtihad tidak pernah ditutup. Logiknya, berbaik dengan Umno lebih menguntungkan berbanding dengan PKR. Ruang pelaksanaan Islam makin melebar. Tidak percaya?

7. Jika muncul rasa ragu terhadap Umno, jika meluat terhadap sambutan silaturahim Najib, maka rasa-rasa itu sepatutnya diambil kira sejak awal lagi, sebelum perang saudara meletus dalam PR. Ingatkan dulu kita berperang?

8. Saya mengharapkan ulama PAS bimbinglah parti ini ke jalan benar. Jalan insaf. Sudahlah berputus jambatan dengan DAP, bertarik tali dengan PKR, maka jalan benar itu duduk semeja dengan Umno.

9. Atau akhirnya nanti, anak muda menggelar PAS parti politik acah-acah. Semuanya kerana sekelompok anak muda agamawan ingin menguasai parti maka pemimpin mesra PR disingkir. PR diretakkan. PKR dihenyak kemudian dijadikan pasangan intim di Selangor. Bermain acah-acah dengan Umno kerana mengharapkan pelaksanaan Hudud di Kelantan. Apabila bayang Akta 355 hilang dari Parlimen, maka mulalah rasa mual dengan Umno kembali?

Saya masih keliru. Saya rasa loya. Mahu menekan loceng untuk turun, tetapi di luar sana masih gelap gelita. Tidak pasti di hutan mana, di gunung apa, bas ini sedang berada.

Terima kasih kepada yang sudi menjawabnya. Jawablah di dalam usrah dan whatsapp kalian. Fi amanillah.

Surat Untuk Dato’ Seri Wan Azizah Ismail

Khamis, 17 Disember 2015

Dato’ Seri Wan Azizah Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Ahli Parlimen Permatang Pauh

10 haribulan Disember tahun 2015

Yang Berhormat Dato’ Seri Wan Azizah,

Tidak mungkin Kak Wan lupa bahawa orang yang paling bertanggungjawab menzalimi DS Anwar Ibrahim ialah Najib Razak.... Kalau Kak Wan tak mahu fikir tentang isu-isu lain seperti GST, 2.6b, TPPA, kenaikan harga barang, nilai ringgit begitu rendah; tak apa dah.... Cukup dah... Cukup dengan memikirkan penganiayaan Najib terhadap Anwar sahaja, sudah lebih dari cukup alasan bagi Kak Wan untuk menentang Najib habis-habisan.

Janganlah kata ini semua mahkamah yang jatuhkan hukum kononnya tidak ada kena-mengena dengan politik, itu semua bohong.... Kalau betul begitu, rakyat tidak lupa mahu bertanya kenapa Pak Lah boleh bebaskan Anwar dari penjara tahun 2004 dulu? Kesalahan Mahathir dulu telah ditebus oleh Pak Lah, sekarang siapa yang menebus kesalahan Najib…? Tidak ada..! Bukannya Najib tak boleh buat, boleh..! Tetapi memang dia tidak mahu buat.. Mereka tidak mahu bebaskan Anwar…. Najib tidak ada perasaan… Kalau ditakdirkan Anwar mati di dalam penjara, Najib macam tu juga…. Dia tidak akan rasa bersalah, tidak menyesal, macam tak ada apa-apa pun.

Kak Wan,

Agaknya bagaimana perasaan Kak Wan selepas melihat Ustaz Hadi yang tidak pernah jujur dengan Anwar Ibrahim, yang menghina Anwar depan-depan, yang mengfitnah Anwar, yang percaya Anwar ada masalah moral yang serius, yang menyebarkan fitnah kononnya Anwar agen Yahudi; apa perasaan Kak Wan bila melihat persengkokolan antara Ustaz Hadi dan Najib Razak yang menyebabkan hubungan sulit antara PAS dan UMNO… apa perasaan Kak Wan agaknya.

Atau perlu saya ulang sekali lagi, Najib penjarakan Anwar untuk menyelamatkan kedudukannya dalam politik, Ustaz Hadi langsung tidak menunjukkan apa-apa simpati atau kritik kezaliman itu, tidak ada…! Bahkan Ustaz Hadi seakan-akan menyokong keputusan itu bila semua pengikutnya seolah-olah beriman kepada keputusan hakim… Ramai pengikut Ustaz Hadi percaya Anwar liwat Saiful..! Bagaimana fikiran Kak Wan bila melihat semuanya itu…? Ustaz Hadi bersekongkol dengan Najib… Titik.

Itu jelas. Berlaku depan mata rakyat. Dalam keadaan di mana orang UMNO sendiri pun tekan Najib, Ustaz Hadi tetap istiqamah menyokong Najib… Dia pertahankan Najib dalam isu 2.6b, dengan mengatakan kalau nak tuduh Najib kena bawa dua saksi…. Dalam isu GST, dia diam membisu…. Apa saja isu, Ustaz Hadi tidak akan membangkang Najib, bahkan sentiasa menyokong dan memuji Najib… kemudian Najib puji Ustaz Hadi pula….. Kalaulah ditakdirkan Anwar mati dalam penjara, Kak Wan ingat Ustaz Hadi sedih atau tidak…? Saya berani kata, dia tak sedih langsung..!

Kak Wan,

Ustaz Hadi ialah PAS, PAS ialah Ustaz Hadi… Dia ada kuasa veto dalam PAS… Keputusan mesyuarat dia letak bawah tapak kaki saja….. Ustaz Hadi yang berpeluk dengan Najib dengan pelukan yang jujur dan ikhlas itu, dia ialah PAS…. Jadi atas dasar apa PKR masih mahu percaya kepada PAS…??? Atas pertimbangan alasan apa yang PKR mahu bekerjasama dengan PAS…? Apa yang Kak Wan fikirkan, sebenarnya..?

Jangan terpedaya dengan cakap-cakap kononnya undi sebahagian besar orang melayu masih bersama PAS, itu semua propaganda Merdeka Centre, Kak Wan. Rakyat bawahan mahu parti yang berprinsip… Di mata rakyat kebanyakan, mereka melihat PKR dan Kak Wan sendiri tidak ada prinsip…! Samada suka atau tidak suka, samada mahu atau tidak mahu, tidak boleh tidak, kalau PKR terus mahu bekerjasama dengan PAS dalam keadaan PAS mahu berkejasama dengan UMNO, PKR diwajibkan keluar dari Pakatan Harapan…! Mesti…! Akal yang waras tidak mampu membayangkan kerjasama yang serba sumbang ini berterusan hingga PRU-14…! Tidak mampu..! Tak Boleh fikir..! Bagaimana PKR yang nak lawan UMNO, mahu bekerjsama dengan PAS yang bersekongkol dengan UMNO…? Budiman jenis apakah ini wahai Dato’ Seri Wan Azizah…?

Kak Wan membatalkan kehadiran ke beberapa program anjuran Amanah atau Pakatan Harapan…. Kenapa…? Rakyat yang tak ada SPM pun boleh agak kerana Kak Wan nak jaga hati PAS…! Ironinya, kenapa Kak Wan tidak fikir nak jaga hati Amanah dan DAP…? Permainan apakah ini, Kak Wan…!?

Rakyat nampak semua ini, Kak Wan… Rakyat nampak. Jangan sangka rakyat tak nampak… Selagi PKR masih meneruskan sandiwara dan hubungan sumbang dengan PAS hingga PRU-14, itu alamat bahawa Najib akan terus memerintah sampai kiamat dan Anwar mati keras dalam penjara lah jawabnya.

Kenapa, Kak Wan…? Itu yang menyebabkan ramai orang hairan dan tertanya-tanya…. Atas alasan apa Kak Wan mahu PKR kerjasama dengan PAS…? Adakah kerana Kak Wan mahu menang pilihanraya? Kalau menang pun, sekiranya ada PAS di dalamnya, untuk apakah kemenangan itu…? Apa makna kemenangan kalau berkelahi sama sendiri kemudian berpecah…? Rakyat sudah muak dengan telatah dan kerenah pemimpin politik… Jangan sampai rakyat menyampah.

Sekian terimakasih.

Abe Awang Malaya

Kenapa tidak hadir ke dewan ketika dewan sedang bersidang!

Sabtu, 5 Disember 2015

Oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin  

SAYA semakin hairan sebenarnya. Apakah tugas utama dan keutamaan seseorang Ahli Parlimen atau ADUN? Sama ada hadir ke dewan setiap masa atau hal-hal lain di luar dewan ketika dewan dijadualkan bersidang? Apabila ditegur atau didedahkan maka akan adalah jawapan-jawapan seakan-akan 'bangau oh bangau'. 

Jadual persidangan telah ditetapkan lebih awal. Jika ada urusan lain sepatutnya ia hendaklah ditentukan pada masa yang tidak bertembung dengan jadual persidangan. Susah sangatkah untuk menyelaraskan jadual?

Saya lebih hairan apabila penyokong-penyokong mana-mana pemimpin begitu ta'asub sehingga sebarang teguran terhadap ketidak hadiran pemimpin akan dibalas dengan bermacam-macam alasan dan hujah bahkan si penegur akan diberi amaran, "jaga-jaga! Nanti jadi fitnah!"

ISUNYA, kenapa tidak hadir ke dewan ketika dewan sedang bersidang!!! Itu sahaja!!! Ini sahaja yang saya hendak tahu sebagai non-political person.
 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger