Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad menjangkakan Pas akan menyertai Umno pada pilihan raya umum akan datang.
“Saya fikir akhirnya (Pas) akan menyertai Umno,” ujarnya pada sidang
media sempena Konvensyen AMANAH Nasional di Alor Setar, Kedah hari ini.
Ditanya tentang status permohonan pendaftaran Pakatan Harapan,
Mahathir menganggap pihak kerajaan takut dengan blok pembangkang itu.
“Tulis surat tak jawab sama ada dia bisu atau pekak tidak tahulah.
“Nampak perasaan takut sangat kepada Pakatan Harapan,” kata Pengerusi Bersatu berkenaan.
Turut dipersoalkan bekas Perdana Menteri itu ialah kegagalan pemimpin
Pas menjelaskan sama ada mereka yang menentang Pas boleh digolongkan
sebagai kafir.
“Orang di luar Pas ini kafir atau tidak, tak boleh jawab.
“Kita nak tahulah sebab kafirkan orang ini satu perkara yang serius,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Mahathir pada September lalu mengemukakan lapan soalan
kepada Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung isu
tersebut.
Sementara itu, Presiden AMANAH Mohamad Sabu memaklumkan tentang agihan kerusi pilihan raya yang sedang dalam proses rundingan.
“Beberapa perkara pertindihan sedang berjalan (ditangani) baik,”
jelas Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan
itu.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Mahathir pun dah jadi bodoh setelah masuk PH. Cerita "PAS akan masuk UMNO" ni dijaja oleh puak-puak PAN semasa mereka masih berada dalam PAS lagi, iaitu sebelum pemilihan kepimpinan dalam Muktamar PAS Tahun 2013. Puak-puak yang menuduh Haji Hadi dan golongan agamawan dalam PAS ingin masuk UMNO semuanya kalah dalam pemilihan tersebut, ini menunjukkan tuduhan tersebut tidak diterima akal oleh majority perwakilan pas, (puak-puak ni pulak buat cerita yang diorang dibuang oleh Haji Hadi). Mahathir boleh pulak dipercaya cerita dongeng yang dibawa oleh orang-orang (kecewa)yang terbuang dari PAS.
BalasPadamMemang benar Tun Mahathir sudah jadi bodoh tetapi sekurang-kurangnya beliau banyak menabur jasa pada Negara ini,,Apa pula jasa anda pada Negara setakat ini??
Padam