Dewan Pemuda Pas Kelantan menolak dakwaan Datuk Husam Musa bahawa
tindakan memacak bendera di hadapan Wisma Tok Guru di Salor sebagai
biadab dan bercanggah dengan undang-undang.
“Jika undang-undang, undang-undang manakah yang menghalang kami untuk
memacakkan bendera di luar bangunan yang telah sah menjadi hak milik
Badan Perhubungan Pas Kelantan itu,” kata ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari
dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya tanah PT1039 yang cukup jelas sudah keluar dengan nama
setiausaha kerja badan perhubungan Pas Kelantan sebagai pemegang amanah.
“Geran yang tidak boleh dipertikaikan lagi dari sudut kesahihan jual beli,” katanya.
Menurut transkripsi ucapan, “Jadi AMANAH ataupun saya akan masukkan
failkan ke mahkamah, ya, kita dalam proses, kita ada satu team
undang-undang, saya sengaja tidak menghebohkan perkara ini.
Beliau mencabar Husam yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan untuk membawa perkara ini ke mahkamah dengan segera.
“Ertinya, pihak Datuk (Husam) akan memfailkan ke mahkamah dan belum
difailkan permohonan untuk mencabar kesahihan pemilikan dan jual beli.
“Justeru, sehingga ke hari ini, jual beli adalah sah dan pemilikan adalah sah sehingga mahkamah menentukan sebaliknya,” katanya.
Menurutnya kerana menghormati notis 30 hari yang diberikan kepada
pihak AMANAH mereka tidak menyentuh fizikal bangunan sekalipun mereka
selaku salah satu pihak di dalam Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan
berhak untuk memasuki kawasan bangunan berkenaan.
“Saya mencabar Datuk, bawa sahaja kes pemasangan bendera ini ke mahkamah.
“Bukankah Datuk sendiri yang menyatakan bahawa Pas mempunyai wang RM90 juta dan jika tidak benar, bawa kes ini ke mahkamah.
“Kononnya selagi Pas tidak bergerak untuk saman, selagi itulah fitnah itu adalah benar.
“Sedangkan Datuk tidak membantu sedikit pun Sarawak Report yang sedang terkial-kial mencari bukti RM90 juta itu,” katanya.
Fadhli bagimanapun menolak pelawaan Husam untuk hadir mendengar ucapannya di Parlimen Kuala Krai Jumaat ini.
“Saya berterima kasih atas jemputan itu. Saya percaya ia ikhlas.
“Barangkali Datuk menjangka tidak ramai yang akan hadir dan memerlukan saya dan rakan-rakan untuk meramaikannya.
“Saya faham namun maaf, masa sangat-sangat berharga buat kami dan ia tidak berbaloi untuk mendengar celoteh Datuk.
“Apatah lagi, jika pendedahan itu setaraf dengan pendedahan ‘wang
milik Pas dalam Affin Bank’ atau ‘surat Mustafa Ali yang menentang UG
(pakatan Pas-Umno) yang hari ini tiba-tiba sahaja Mustafa Ali menyokong
rundingan atau Pas dan Umno tidak akan berlawan dalam pilihan raya akan
datang,” katanya.
Fadhli tolak dakwaan Husam Pemuda Pas langgar undang-undang
Written By Wadah Baru on Rabu, 25 Oktober 2017 | 8:50 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan