Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang merayu semua parti-parti dalam  Pakatan
 Harapan agar tidak bertembung sesama sendiri dalam pilihan raya  negeri
 (PRN) Sarawak apabila pernamaan calon diadakan Isnin ini. 
Rayuan itu dibuat Lim dua hari sebelum penamaan calon PRN Sarawak ke 11 25 April ini sebelum pilihan raya diadakan 7 Mei depan.
"Saya
 mahu membuat rayuan terakhir agar pertandingan satu lawan satu  berlaku
 antara Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional (BN) di PRN  Sarawak 7 
Mei ini kerana ini bukan pertembungan untuk Sarawak saja  tetapi untuk 
Malaysia yang lebih baik," kata Lim ketika berucap di  Senadin, Miri 
malam Ahad semalam.
 Menurut Lim, pemimpin PKR dan DAP sebenarnya 
sudah mencapai  persefahaman agar perlawanan satu lawan satu berlaku 
antara Pakatan  Harapan dengan Barisan Nasional.
 "Ia telah 
melibatkan imbal balas dan sangat dikesali jika  persefahaman yang 
dicapai di kalangan pimpinan DAP dan PKR ini dilanggar  yang 
menghasilkan pertembungan banyak penjuru yang melibatkan BN di  sebelah 
pihak dan DAP serta PKR di satu pihak lagi," kata Lim.
 Lim 
berkata, demi kepentingan masa depan politik, bukan untuk Sarawak  saja 
tetapi Malaysia, parti-parti dalam Pakatan Harapan dapat  menghadapi PRN
 Sarawak ini sebagai satu pasukan.
 DAP telah mengumumkan 29 calonnya untuk 29 kerusi, PKR telah umumkan 35 calonnya manakala AMANAH 13 calon di PRN Sarawak.
 PKR
 dikatakan akan mengumumkan lima lagi calonnya selepas rundingan  
selesai manakala DAP akan umumkan satu lagi calonnya selepas rundingan  
selesai.
DAP buat rayuan akhir satu lawan satu antara Pakatan dengan BN
Written By Wadah Baru on Ahad, 24 April 2016 | 12:16 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan