Home » » Apa tujuan PAS siar semula berita khalwat Mat Sabu?

Apa tujuan PAS siar semula berita khalwat Mat Sabu?

Written By Wadah Baru on Khamis, 4 Februari 2016 | 11:10 PG

Oleh Muammar Qaddafi

Portal akhbar rasmi PAS, HarakahDaily beberapa hari l menyiarkan kembali satu artikel yang berusia
21 tahun lepas berkaitan isu khalwat pemimpin pemuda PAS ketika itu, Muhammad Sabu.

Artikel yang bertajuk "PAS serah kepada mahkamah kes khalwat Mohamad Sabu" disiarkan pada 1 Februari kononnya bawah ruangan "Pada hari ini dalam sejarah PAS..." yang mengimbau berita lama.

Artikel ini mendapat kritikan hebat pengguna media sosial kerana dianggap cuba untuk memburuk-burukkan presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sebagaimana selalu dilakukan media musuh PAS ketika Mohammad Sabu masih berada dalam parti itu.

Portal Malaysiadateline juga melaporkan sumber dalaman dari Harakah mengaku tindakan HarakahDaily menyiarkan kembali berita itu adalah bertujuan untuk memburukkan individu yang keluar PAS dan menyertai Amanah. Maka menjadi persoalan besar sekarang, adakah PAS juga sudah begitu terdesak sehingga sanggup bertindak di luar batas ajaran Islam demi perjuangan "so called" Islam mereka?

Adakah matlamat sudah menghalalkan cara buat PAS semata-mata kerana kebencian dan kemarahan kepada individu tertentu?

Atau adakah menurut ajaran Islam yang difahami PAS, adalah tidak salah untuk menyebarkan berita yang menjadi aib orang lain apatah lagi isu tersebut penuh dengan kontroversi dan unsur niat jahat terhadap Mat Sabu.

Adakah PAS senang jika dilayan serupa? Apa pula kata PAS kalau kita siarkan kembali isu kontroversi video seks yang mirip pemimpin kanan PAS? Atau isu yang melibatkan peribadi pemimpin PAS?

Sudah sudahlah PAS, berpolitiklah secara matang dan bermoral, kita bimbang sekiranya reda Allah yang kononnya PAS kejar selama ini bertukar menjadi murka Allah.

2 ulasan:

  1. sejak berbaik dengan UMNO, PAs perlu membuktikan betapa mereka seia seperangai....w/pun satu masa dulu mereka sibuk dengan hudud yg mengkhendaki saksi2 bagi tuduhan...kini hudud dah menjadi sejarah ..yg perlu bagi PAS barangkali ialah mebuktikan betapa mereka sekufu dalam memfitnah dan mengaibkan orang yg mereka tak suka.....hihihi

    BalasPadam
  2. agamawan yg fasik lebih jahat dpd org jahil yg jahat.

    dgn pengetahuan agama mereka bisa menyesatkan org lain dan menyalahgunakan hujah agama utk buat fasik.

    itulah parti telur penyu sekarang ini

    BalasPadam

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger