Oleh HUSAM MUSA
1. MEMBAWA usul meminda Akta 355 menerusi Bil
Persendirian adalah tindakan di luar
keputusan Jawatankuasa Teknikal
Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah Persekutuan (Bersama Pusat Dan
Negeri).
Kenapa tindakan di luar keputusan Jawatankuasa Teknikal Bersama itu
dibuat? Adakah Saudara Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan tahu dan faham apa
yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa berkenaan?
Jika anda tahu, mengapa anda berdua tidak menasihati Presiden supaya
tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ketetapan Jawatankuasa
berkenaan? Anda lebih hebat dari mereka?
Anda tidak merujuk lebih dahulu kepada anggota Jawatankuasa berkenaan? Kenapa?
2. Usul dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat tanpa dirundingi mahu pun
dimaklumkan kepada mana-mana peringkat Pas Pusat, melainkan Presiden
yang juga MP Marang yang telah dinasihatkan sebagai pembawa usul.
Oleh kerana itu, tindakan sedemikian tidak dapat diberikan pandangan kedua.
Bagaimana kegagalannya, jika berlaku, hendak dikongsikan dengan parti atau orang lain pada hal ia dibuat secara pintu belakang?
Sehinggakan draf usul itu sendiri mempunyai kesalahan berkait samada
kuasa yang hendak dipinda terletak di bawah Senarai Pertama atau
Senarai Kedua Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia!
Salah se orang Penolong SUA Pas di waktu itu telah memainkan peranan
merangka draf itu, mendapatkan tandangan Presiden dan menyerahkan usul
itu ke Parlimen.
Pakar undang-undang juga tidak dirujuk.
3. Kesegeraan itu berlaku kerana dua orang pemimpin Kelantan telah
didatangi oleh wakil salah se orang Menteri Pusat yang memberi jaminan
usul itu akan diizinkan untuk dibentangkan dalam sidang Parlimen yang
sedang berjalan di waktu itu, Mac/ April 2015.
Kedatangan wakil Menteri membawa pesan Menteri untuk bertindak
sedemikian ialah sewaktu sidang Dun Kelantan untuk pembentangan Enakmen
Jenayah Syariah II(1993) 2015 sedang berjalan pada tarikh 17 hingga 19
Mac.
Sebaik pindaan dibawa iaitu pada 18 Mac, draf usul itu terus ditandatangani!
5. Bahkan, Bil Persendirian berkenaan terus dibawa tanpa menunggu Enakmen yang baru diluluskan itu digazetkan terlebih dahulu.
Satu kegopohan luar biasa tetapi setakat ini, berakhir dengan ketidaksampaian.
5. Sefaham saya, Jawatankuasa Teknikal Bersama Pusat Dan Negeri
menetapkan pindaan Akta 355 hendaklah dibawa oleh Menteri atas nama
Kerajaan Pusat selepas mendapat perkenan Raja-Raja terlebih dahulu.
Tujuan pindaan diputuskan dibentangkan oleh Menteri atau atas nama
Kerajaan Pusat kerana beberapa pertimbangan, yang saya tidak akan
panjangkan di sini atas dasar kemaslahatan jangka panjang.
Pertimbangan dan pandangan yang hampir sama telah timbul semasa mesyuarat Pas Pusat.
Termasuk, cukup bilangan MP yang menyokong, perkenan Raja-Raja dan
laluan yang paling tepat, berhemah, bukan untuk political mileage dll.
Adakah individu-individu terlibat tidak merasa bersalah kerana mengabaikan pandangan jamaah mereka sendiri?
Selain membelakangkan keputusan Jawatankuasa Teknikal Bersama.
Jika pandangan mereka lebih tepat, kenapa sampai kini usaha itu nampaknya tidak kesampaian?
6. Bagaimana Presiden pada waktu itu begitu yakin usul yang dibawanya akan diizinkan untuk dibentangkan?
Melainkan ada pihak yang memberikan keyakinan itu kepada beliau.
Keyakinan itu sudah pasti dalam bentuk pihak berautoriti dari Kerajaan Pusat.
Soalnya:
A. Siapa pemimpin Pas yang memberikan info tidak tepat dan memberikan keyakinan yang tidak benar itu kepada Presiden?
B. Dari mana pemimpin Pas berkenaan mendapatkan jaminan itu?
C. Apa bentuk jaminan itu? Bertulis, lisan atau apa?
D. Ketepatan atau kekhilafan pemimpin atau pemimpin-pemimpin itu menilai jaminan yang diberi
E. Apakah wujud tipu daya politik dalam jaminan itu?
F. Jika ia tipu daya politik, siapa perlu bertanggung jawab kerana terperangkap dengan tipu daya itu?
7. Usul Bil Persendirian meminda Akta 355 tidak boleh bersandar atas
'tugas kita berusaha membentangkan sahaja. Berjaya atau gagal dibawa
bukan tanggungjawab kita' kerana senario dan keadaan adalah berbeza dari
Bil Persendirian mengenai isu yang sama yang pernah dibawa oleh MP
Marang tidak lama dulu.
Premis kini, adanya laluan oleh Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno
berikutan wujudnya Jawatankuasa Teknikal Bersama dan semangat yang ianya
akan berjaya yang telah ditunjukkan oleh ucapan sekian ramai pimpinan
Pas Pusat.
'Nak beli rempah kena pergi kedai rempah......', katanya.
8. Implikasi dari membawa Bil Persendirian Akta 355 adalah besar;
A. Mesyuarat Jawatankuasa Bersama terus terhenti sejak usul MP Marang dimasukkan.
Kenapa?
Mesyuarat terakhir Jawatankuasa berkenaan adalah pada 12 - 14 Februari
2015, iaitu kira-kira sebulan sebelum Sidang Dun Kelantan pada bulan Mac
tahun itu. Sejak itu, Jawatankuasa berkenaan tidak lagi bersidang.
Pada hemat saya adalah kerana kekecewaan sesetengah pihak atas
kegopohan Pas yang mungkin didorong oleh pertimbangan politik yang
singkat. Sesuatu yang malang.
B. Pas dilihat begitu mudah dipermainkan.
C. Tindakan Pas dilihat tidak matang.
9. Meletakkan jawatan sebagai cagaran atas gagal berjalannya Enakmen
Jenayah Syariah yang diwar-warkan sebagai Hudud bukan ciptaan saya.
Ia adalah janji Saudara MB Kelantan sendiri.
Saya tidak menggesa beliau menunaikan janjinya atas dasar ada orang
lain yang lebih ke depan mengambil peranan sehingga apa yang
direncanakan gagal pada waktu ini.
Namun, jika orang itu enggan meletakkan jawatan dan enggan pula
mengambil tanggungjawab atas kegagalan yang ditempah atas salah
perhitungan mereka sendiri, saya tidak dapat berbuat apa-apa.
10. Ada pun isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Saudara Mohd Amar Dan
Saudara Taki, saya letakkan respon saya dalam helai yang lain untuk
lebih mudah isu ini dinilai dengan pertimbangan yang lebih 'cool'.
HUSAM MUSA
'Jika anda tahu, mengapa tidak nasihat Presiden Pas?'
Written By Wadah Baru on Rabu, 3 Februari 2016 | 12:48 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Mungkin niat comel tapi susur galur cara nak capai ada kelemahan atau dgn kata mudah tak berapa cerdik. Mereka ingat perkara ini spt cadangan dlm persatuan gasing atu persatuan vespa. Mungkin juga niat tak berapa comel dan tidak di izin oleh allah. Yg jelas nampak PAS dipatuk ular pd lubang yg sama, bukan sekali tapi mungkin dah banyak kali. Kita tunggulah, mungkin kita lihat PAS akan berjaya bila yg dipatuk ular tadi jadi koma atau mati terus. Tak ada lagi yg jenis bodoh sombong nak menyeluk lubang ular tersebut. Sekali sekala kalau tangkap ular payah baik ikat org yg suka seluk lubang. Menyusahkan orang ramai kalau dibiarkan.
BalasPadamMungkin niat comel tapi susur galur cara nak capai ada kelemahan atau dgn kata mudah tak berapa cerdik. Mereka ingat perkara ini spt cadangan dlm persatuan gasing atu persatuan vespa. Mungkin juga niat tak berapa comel dan tidak di izin oleh allah. Yg jelas nampak PAS dipatuk ular pd lubang yg sama, bukan sekali tapi mungkin dah banyak kali. Kita tunggulah, mungkin kita lihat PAS akan berjaya bila yg dipatuk ular tadi jadi koma atau mati terus. Tak ada lagi yg jenis bodoh sombong nak menyeluk lubang ular tersebut. Sekali sekala kalau tangkap ular payah baik ikat org yg suka seluk lubang. Menyusahkan orang ramai kalau dibiarkan.
BalasPadam