Home » , » Cukup-cukuplah Pas, tumpu perkara lebih penting

Cukup-cukuplah Pas, tumpu perkara lebih penting

Written By Wadah Baru on Rabu, 30 September 2015 | 4:42 PTG


Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu meminta Pas menumpukan perhatian kepada perkara lebih mustahak dalam usaha menyelamatkan negara berbanding memberi pelbagai gelaran kepada ahli-ahli Amanah.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menekankan, Pas sepatutnya memberi tumpuan kepada perkara lebih penting termasuk kesediaan menyertai PR 2.0 sekiranya benar-benar ingin mengembalikan maruah negara serta menumbangkan kerajaan sedia ada.

Tegasnya, beliau tidak kisah dirinya serta rakan-rakan lain dianggap sebagai pengkhianat oleh pemimpin Pas kerana bertindak keluar parti dan menyertai Amanah serta menganggap ia perkara kecil.

"Ini (isu pengkhianat) masalah remeh...kita ada isu negara yang lagi besar. Pembangkang, termasuk Pas, PKR, DAP dan Amanah perlu bergabung untuk menyelamatkan negara. Kita perlu hadapi cabaran besar, jadi letaklah ke tepi segala perbezaan untuk sementara.

"Surat khabar Amerika telah mendedahkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat melalui FBI telah menjalankan siasatan terbuka ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bukan Amerika sahaja, bahkan Switzerland, Hong Kong dan Singapura turut siasat," katanya.

Beliau turut memberi respons kepada gelaran 'nyamuk' yang diberikan kepada ahli-ahli Amanah dengan bidalan, tiada guna mengejar nyamuk dalam kelambu jika rumah hampir roboh.

"Kita nak kejar nyamuk atau selamatkan rumah yang akan runtuh? saya harap kita (pembangkang) fokuslah...selamatkan rumah dahulu," katanya sebagai respons kepada kenyataan Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan.

Nasrudin dalam kenyataan disiarkan akhbar ini Selasa lalu mengatakan, pengkhianat parti perlu dikekalkan dengan rasa bersalah sepanjang zaman sehingga mereka menyesal dan bertaubat kepada ALLAH SWT.

Nasrudin turut menegaskan bahawa keputusan Pas untuk tidak bersama-sama dalam PR 2.0 adalah adalah keputusan tepat kerana parti itu tidak mahu bekerjasama dengan pengkhianat.

Dalam pada itu, Raja Kamarul Bahrin merayu agar Pas bersama-sama dapat pakatan baharu bagi mewujudkan satu kekuatan antara pembangkang bagi memastikan matlamat menjatuhkan kerajaan sedia ada tercapai menjelang pilihan raya umum akan datang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger