Sambil memandu pulang selepas hantar kawan ke KL Central tadi terdengar ceramah berkelompok parti agama di Panji yang dipandar secara live. Dalam ceramah itu ada soal jawab. Seorang yang hadir tanya kepada penceramah, mengenai kedudukan Wisma Tokguru yang jadi pertikaian waktu ini.
Penanya itu bertanya sejauh mana untung dan ruginya dari segi politik apabila Pas membeli tanah yang menempatkan bangunan dinamakann Wisma Tokguru itu.
Persoalan itu dijawab
oleh Nik Amar di antara lain katanya, Pas beli tanah itu kerana itu
adalah hak Pas. Dakwaan mengatakan bangunan di bina oleh Husam Musa
tidak tepat kerana ia dibina hasil dari derama daripada oramng ramai.
Katanya bila bangunan itu dicap dengan Oren hati penderma menjadi sakit. Katanya juga apabila Husam sudah tidak bersama Pas, dia patut tinggal bangunan itu dan serahkan kepada Pas.
Kalau menurut penjelasan Nik Amar itu bangunan itu adalah hak Pas hasil derma orang Pas. Tetapi ada kepelekan sedikit kalau ia sudah hak Pas kenapa Pas pergi beli pula tanah dan bangunan itu. Apakah Pas telah melakukan pembelian ke atas haknya sendiri?
Adapun mengenai pergi cocok bendera katanya, kerana nak tunjuk yang tanah itu tanah Pas. “Kita cocok bendera menandakan tanah itu “chek” (ayah) kita punya. Itu sahaja...”
Dan notis untuk masuk sembahyang hajat pada 16hb nanti di atas tanah sahaja, bukan nak masuk dalam bangunan pun. Pulak... tadi kata bangunan itu hak Pas, tetapi kenapa tidak masuk ke dalam dan nak sembahyang atas tanah sahaja.
Penjelasan Nik Amar itu kurang jelas. Sebaik-baik dan sebijak-bijak apabila tanah dan bangunan itu jadi pertikaikan maka tunggulah penyelesaian mahkamah. Di pihak Husam dan Amanah yang mendakwa berhak ke atas bangunan itu kerana beliau mendapat kebenaran daripada pemiliknya Allahyarham Rusli Ibrahim.
Jika penyelesaian berterusan, barang kali elok kalau mahkamah keluarkah perintah semua pihak tidak berhak menduduki bangunan berkenaan selagi tiada penyelesaian secara tuntas. Dan khabarnya pihak Husam dan Amanah akan membawa perkara itu ke mahkamah sivil dan syariah. Tunggulah. Semua pihak kena sabar. Trims.

BE PART OF SOLUTION NOT PROBLEM
BalasPadamMenuntut hak dengan sembahyang hajat?
BalasPadamPas sengaja nk buat kianat pada amanah....byk lgi kijo lain hok pas buleh buat lebih2 lgi dekat dgn pru14 ni...rakyat makin meluat dgn telatah parti agama ni...takdak akhlak langsung...
BalasPadamSaya yakin Mohd Sayuti Omar tahu asal usul Wisma Tok Guru di Kg Pendek, Salor sebelum bertukar menjadi pejabat AMANAH, kerana pada masa TGNA masih ada, dia kerap juga melalui jalan tersebut dan mungkin juga pernah singgah di premis tersebut. Kalau baca pada ulasannya ada berbau fitnah.
BalasPadamTanah tersebut dibeli oleh Arwah Dato' Rosli Ibrahim dari Pn Minah Bt Musa pada tahun 1993 dan dipindah milik atas nama isterinya Datin Haripah binti Dollah. Asalnya tanah tersebut merupakan sawah padi, kemudiannya Dato' Rosli membina bangunan simple semacam rumah kedai. Semasa Dato' Rosli menyertai Parti Melayu S46, rumah kedai tersebut dijadikan pejabat parti dan Pusat Khidmat DUN kemudiannya ditutup selepas Parti S46 dibubar.
Apabila Dato' Rosli menyertai PAS, Tanah dan bangunan tersebut diwakafkan kepada PAS Salor walaupun nama pada geran belum diubah. Pada masa inilah Dato Husam memainkan peranan atas nama Parti PAS dan menggunakan kedudukannya sebagai Exco Kanan, memungut dana bagi membina bangunan yang indah sebagaimana dapat dilihat pada hari ini.
Penyumbang-penyumbang pada masa itu,termasuklah Dato' Husam sendiri yang menyumbang sebanyak RM45,000.00, memberi sumbangan atas nama PAS DUN Salor. Bukannya menyumbang untuk Dato' Husam apatah lagi AMANAH yang belum lagi wujud.
Tindakan PAS Kelantan membeli Tanah tersebut adalah untuk menjaga tujuan asal bangunan ini dibina mengikut apa yang diniatkan oleh penderma.