Home » » Datuk Amiruddin Hamzah letak jawatan, tidak setuju pendekatan PAS hari ini ?

Datuk Amiruddin Hamzah letak jawatan, tidak setuju pendekatan PAS hari ini ?

Written By Wadah Baru on Khamis, 12 Mei 2016 | 12:02 PTG

Oleh Mohd Sayuti Omar

Saya tidak begitu mesra denga Ir Amiruddin Hamzah tetapi perwatakan beliau sebagai orang politik saya sukai. Dia sedarhana, bersopan dan sangat sesuai menjadi wakil rakyat daripada sebuah badan siasah agama.

Semalam diberitakan dia telah melepaskan jawatan Yang dipertua Pas Kuala Kedah. Peletakan itu memeranjatkan kerana tidak ada rubut besar melanda Kedah waktu ini.

Pas Kedah kini seolah sedang menghela nafas panjang panjang menyusun strategi untuk rampas balik negeri Jelapang Padi itu.

Apabila Ir Amiruddin lepas jawatan ia menjadi tanda tanya dan sedikit sebanyak menganggu agenda Pas Kedah disamping akan diterjemahkan dengan tafsiran yang negatif.


 Saya tidak mahu berspekulasi di sini mengenai apa yang berlaku itu. 

Tetapi satu hal yang boleh diambil perhatian tindakan Amiruddin itu seakan hampir serentak dengan tindakan Jawatanakuasa Disiplin mengambil keputusan memecat Husam Musa. 

Apakah reaksi yang mendukacitakan daripada Amiruddin itu sebagai satu protes kecil atas tindakan berkenaan? 

Bahawa Amiruddin tidak bersetuju dengan pendekatan yang digunapakai pimpinan Pas hari ini? Walahu'alam. Trims.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger