Home » » Pokok Keramat

Pokok Keramat

Written By Wadah Baru on Ahad, 15 Mei 2016 | 4:43 PTG

Oleh Mohd Sayuti Omar

Untuk menjatuhkan Najib yang memiliki berbagai kuasa, tenaga dan kewangan yang banyak bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan kedudukannya itu Najib bolehlah diibaratkan sebagai sebatang pokok besar yang keramat.

Untuk menumbangkannya perlulah semua orang berpakat tanpa ada berbagai-bagai kerenah dan klu klik. Semua orang harus fokus dan halakan nawaitu dan usaha ke arah itu.

Pokok keramat itu tidak mungkin akan tumbang kalau gerakan dan usaha untuk menjatuhkannya tidak dilakukan secara sepakat.


Dalam hal ini semua pihak jangan melihat kepentingan masing-masing melainkan meletakkan satu tujuan untuk menumbangkan pokok keramat itu dahulu. Jangan bercanggah semasa berusaha menjatuhkannya. Mungkin masing2 boleh melakukan dengan kaedah sendiri2, tetapi jangan sesekali mahu mencari untung sebelum pokok itu tumbang.

Selepas pokok itu tumbang menyembah bumi, nah masa itulah baharu masing2 boleh mengambil kepentingan daripada itu. Ketika itulah, baharu boleh berfikir apa yang hendak mereka lakukan (guna) pokok itu. Yang mahu jadikan dahannya sebagai tongkat rumah, ambillah sebagai tongkat rumah. Yang mahu jadikan sebagai tiang, ambilah jadi tiang atau yang ingin jadikan papan, ambillah jadikan papan. Manakala yang hendak jadikan perahu buatlah perahu.

Perkara paling penting dan kena pastikan pokok itu tumbang terlebih dahulu baharu boleh pasang atau laksanakan niat yang tersembunyi dalam hati itu.

Jangan sesekali memasang niat atau bertelagah semasa hendak menumbangkannya. Pertelagan itu menyebabkan pokok itu tidak akan tumbang bahkan makin menjadi kukuh tegak mengunci akar ke dumi. Trims.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger