Bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Hasan Baharom
bersama lima lagi tokoh
akademik menyertai Parti Amanah Negara (Amanah)
dan dilantik sebagai naib presiden parti itu.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir di Wisma Amanah, Kuala Lumpur hari ini.
Amanah memperuntukkan lima jawatan naib presiden, tiga dipilih manakala dua lagi dilantik.
Ketika ini Amanah mempunyai tiga naib presiden termasuk Dr Mujahid
Yusof Rawa dan Hasanuddin Mohd Yunus yang dipilih sebelum ini.
Dr Hasan yang berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Siasah
Syariah secara rasmi menyertai Amanah hari ini bersama lima tokoh
akademik yang lain.
“Enam tokoh akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang
pelbagai memilih untuk bersama Amanah pada hari ini,” kata Anuar kepada
pemberita.
Dr Hasan mempunyai kepakaran dalam bidang zakat, undang-undang kekeluargaan Islam dan sains politik Islam.
Beliau juga terlibat dalam Wadah Pencerdasan Umat (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Majlis Belia Negeri Melaka.
Lima tokoh akademik yang lain ialah bekas pensyarah Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Ali Rahman, Prof Madya Dr
Sulaiman Mohd Nor dan Prof Madya Hamidon Musa; bekas pensyarah di
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Prof Madya Dr. Zaki Latiff;
dan bekas pegawai tadbir diplomatik (PTD) Yusop Hasan.
Anuar berkata, akan ada lagi tokoh-tokoh akademik yang akan menyertai Amanah secara berperingkat.
“Ini merupakan gelombang kedua kemasukan tokoh-tokoh penting ke dalam
Amanah selepas ditubuhkan pada 16 September lalu dan ada lagi yang akan
membuat pengumuman menyertai Amanah,” katanya.
Enam tokoh akademik diketuai Dr Hasan Baharom sertai Amanah
Written By Wadah Baru on Isnin, 15 Februari 2016 | 2:48 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan