Home » , » Isu Isu Besar Bagi Pakatan Pembangkang menjelang PRU Ke 14

Isu Isu Besar Bagi Pakatan Pembangkang menjelang PRU Ke 14

Written By Wadah Baru on Rabu, 28 September 2016 | 7:39 PG

Oleh Hayar Hassan

 Telahan demi telahan terhadap tarikh PRU KE 14 bakal diadakan telah banyak dilontarkan oleh pemimpin-pemimpin parti-parti politik dan juga penganalisa-penganalisa politik tanah air. Hatta, Perdana Menteri (PM) Malaysia ketika ini pun tidak tahu bila kah ianya akan diadakan. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu akan tarikh keramat tersebut. Kalau pun, tarikh itu sudah ada, ianya sering berubah-ubah mengikut keadaan politik dan ekonomi Negara. Tentunya PM mempunyai kumpulan penasihatnya dalam menentukan tarikh tersebut.

Sewajarnya, kita biarkan sahaja PM menentukannya kerana itu adalah hak dan tanggongjawabnya. PRU ke 14 itu pasti akan diadakan juga, selewat-lewatnya Ogos 1918. Tugas pemimpin-pemimpin parti-parti politik adalah membuat persiapan dan persediaan yang rapi dan semaksimum yang mungkin dengan waktu, tenaga, pengalaman, kepakaran, kewangan dan buah fikiran yang dimiliki oleh mereka. Adalah malang sekali sekiranya persiapan dan persedian tersebut masih belum dituntaskan, tiba-tiba sahaja parti-parti politik pembangkang terpaksa menghadapinya.

Pada waktu ini terdapat beberapa isu besar yang perlu ditangani oleh semua pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang secara bijaksana dan penuh hikmah. Namun demikian, pada pendapat saya dua (2) isu besar perlu diberikan keutamaan. Isu pertama yang sering menghantui pemikiran pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang adalah keupayaan mereka mencapai kata sepakat dan kerjasama untuk menghadapi BN secara satu lawan satu.

Parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) dan BERSATU yang ketika ini dilihat sudah mempunyai persefahaman untuk menghadapi BN secara bersama, sewajarnyalah sudah memulakan rundingan berkaitan pembahagian kerusi-kerusi yang bakal ditandingi oleh setiap parti. Melihat kepada komen-komen pemimpin-pemimpin PAN, rundingan tersebut seolah-olah belum dimulakan lagi ! Keadaan begini membuatkan ramai penyokong-penyokong PH gelisah dan sukar untuk mengatur strategi dan persiapan.

Ucapan terkini Naib Presiden parti BERSATU, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir (DSMM) amat relevan dan perlu diambil perhatian. DSMM mencadangkan agar parti-parti pembangkang mengusahakan satu simbol dan nama  yang sama untuk semua calon-calon parti-parti pembangkang. Gabungan parti-parti pembangkang itu boleh dikenali sebagai Barisan Rakyat (BR). Seperkara lagi beliau mencadangkan agar pertandingan satu lawan satu antara BN dan BR diusahakan semaksima yang mungkin.

Penyokong-penyokong parti-parti pembangkang dan pengundi-pengundi yang tidak puas hati kepada parti pemerintah hendaklah diyakinkan bahawa pakatan parti-parti pembangkang sentiasa bersatu padu dan boleh berkerjasama untuk mengambil alih pemerintahan Putrajaya. Mereka hendaklah selalu diyakinkan bahawa setiap undi mereka akan menghasilkan kemenangan kepada pakatan pembangkang. Singkatnya persepsi rakyat terhadap pakatan pembangkang hendak selalu dan setiap masa positif 100% sehinggalah sampai kepada hari mengundi !.  

Untuk memulakan rundingan berkaitan pembahagian kerusi-kerusi tersebut, penyertaan PAS tidak perlulah diharapkan sangat kerana Presiden PAS sendiri telah menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan parti-parti yang bekerjasama dengan DAP. Biarkan sahaja begitu kerana pendirian tersebut sukar diubah selagi YB Dato’ Seri Haji Hadi Awang masih menjadi Presiden PAS ! Parti-parti pembangkang perlu terus bergerak kehadapan tanpa terlalu memikirkan penyertaan bersama PAS. Seandainya di saat-saat akhir menjelang PRU ke 14 itu PAS bersedia bekerjasama,itulah adalah suatu bonus kepada pakatan pembangkang ! Aturkanlah strategi-strategi PRU Ke 14 tanpa penyertaan PAS !.

Pada waktu ini, PAS dilihat lebih mengutamakan kepuasan emosi dan ego beberapa pemimpin-pemimpin mereka. Dendam kesumat yang berpanjangan terhadap tokoh-tokoh PAN membuatkan mereka buta kepada realiti politik Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang agama, bangsa , budaya dan cara hidup yang berbeza. Sepatutnya kepelbagaian rakyat Malaysia itu menjadi suatu rahmat kepada semua rakyat. Negara ini akan lebih maju seandainya kita mempunyai polisi-polisi yang betul dan inklusif untuk semua rakyat. Fahaman kebangsaan yang keterlaluan dan sempit akan akhirnya membawa kita kepada kehancuran, bukannya kemajuan. Dalam abad ini, banyak negara-negara Afrika dan Arab terperangkap dengan fenomina sebegini.

Menurut kitab Riyadhus Salihin, karya Imam Nawawi, Hadis 1564. Dari Anas r.a, bahwasanya Nabi SAW bersabda “ Janganlah engkau semua saling benci-membenci, saling dengki-mendengki, saling belakang-membelakangi dan saling putus-memutuskan – ikatan persahabatan atau kekeluargaan – dan jadilah engkau semua hai hamba-hamba Allah sebagai saudara-saudara. Tidaklah halal bagi seseorang Muslim kalau ia meninggalkan – yakni tidak menyapa – saudarnya lebih dari tiga (3) hari .“ (Muttafaq ‘alaih).

Saya amat bersetuju sekali dengan saranan Dr Kamarudin Musa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim ,Perak bahawa Pakatan Harapan (PH) tak perlu begitu obses dengan PAS. Pakatan pembangkang perlu bergerak kehadapan dan tidak perlu terlalu bernostalgia dengan sejarah kejayaan Pakatan Rakyat (PR) dahulu.

Isu besar kedua yang perlu diberikan perhatian oleh semua pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang adalah Cadangan Persempadanan Semula Kawasan-Kawasan Pilihanraya yang sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dikhabarkan bahawa jumlah kerusi Parlimen tetap kekal sebanyak 222 kerusi. Jumlah keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula masih kekal sebanyak 576 kerusi.

Ringkasnya tiada pertambahan kerusi-kerusi. Yang akan berubah adalah nama-nama kawasan Parlimen, dan pemindahan pengundi-pengundi. Kawasan-kawasan yang telah dimenangi oleh pembangkang akan mempunyai jumlah pengundi-pengundi yang terlalu besar berbanding dengan kawasan-kawasan yang dimenangi oleh BN. Akhirnya nanti jumlah kawasan yang selamat bagi BN akan melebihi dengan kawasan yang bakal dimenangi oleh pembangkang.  Telah terlalu banyak diperkatakan tentang kesan cadangan tersebut. Umum berpendapat cadangan-cadangan tersebut bakal memberikan kelebihan kepada BN dalam PRU ke 14 nanti.

Dalam hal ini saya melihat cadangan DAP agar Kerajaan Pulau Pinang dan Selangor mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) awal adalah suatu cadangan yang strategik. Pulau Pinang dan Selangor lebih terjamin kekal dalam pemerintahan PH seandainya PRN dijalankan sebelum cadangan Persempadanan Semula Kawasan-Kawasan Pilihanraya itu diluluskan oleh Parlimen. Ura-ura mengadakan PRN awal di negeri-negeri bawah pentadbiran PH ini pastinya sesuatu yang di luar jangkaan UMNO/BN.

Jaminan SPR untuk meneliti semua bantahan yang diterima sukar untuk dipercayai. Keengganan SPR Wilayah Persekutuan menerima kunjungan dan mengadakan dialog dengan wakil-wakil PH adalah suatu yang mengjengkelkan. Parti-parti politik adalah pelanggan utama SPR. Kewujudan SPR adalah kerana adanya parti-parti politik. Masakan berdailog pun tidak dilayan.  

Cadangan DAP ini sepertinya sudah membuatkan UMNO Pulau Pinang kurang yakin untuk menang di Pulau Pinang. Itu untungnya kalau ada negeri-negeri yang tidak dibawah pemerintahan BN. Dalam BN, UMNO seringkali bertindak sebagai “Abang Long”. Adik-adiknya tidak boleh membantah cadangan dan idea Abang Long. Adik-adik yang lain perlu ikut sahaja apa yang dicakapkan oleh Abang Long . Membantah cakap Abang Long akan membuatkan Abang Long marah !

Langkah YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan dan juga naib Presiden PKR untuk membawa usul persendirian berkaitan dengan cadangan Persempadanan Semula itu juga suatu yang strategik dan kena pada waktunya. Ahli-Ahli Parlimen PH wajar menggunakan peluang perbahasan di Dewan Rakyat semaksimum yang mungkin supaya semua rakyat tahu akan kesannya cadangan tersebut.

Timbalan Presiden PAS , Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man pula meminta SPR menyatakan justifikasi cadangan persempadanan itu. Beliau turut mencadangkan agar SPR menukar sistem pilihan raya Negara ini daripada sistem majoriti mudah kepada sistem “ proportional “ yang lebih dapat menjamin pilihan raya Negara berjalan secara adil dan saksama kepada pihak yang bertanding. Indonesia mengamalkan sistem “proportional “. Jumlah wakil rakyat parti politik di Parlimen adalah ditentukan berdasar  kepada peratus keseluruhan undi yang diterima oleh sesabuah parti dalam PRU. Rasanya cadangan ini sukar untuk diterima oleh SPR kerana ianya tidak memihak kepada UMNO/BN. Namun demikian ianya suatu cadangan yang bernas.

Untuk dua (2) besar yang di atas, penyokong-penyokong dan pengundi-pengundi tentunya begitu mengharapkan pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang dapat  menanganinya dengan baik kerana ianya bakal menentukan pihak mana yang akan memenangi PRU ke 14 itu nanti. Kesejahteraan rakyat semua kaum adalah matlamat utama . Rakyat begitu dahagakan suatu reformasi terhadap pentadbiran Negara yang sedang mengalami kemelesetan ekonomi.

Anak-anak muda kita , sama ada graduan universiti atau pun bukan lepasan universiti banyak lagi masih menganggur. Bilangan pekerja-pekerja swasta yang diberhentikan kian meningkat dari hari ke sehari . Yang peliknya, bilangan pekerja-pekerja asing tetap bertambah dari masa ke semasa. Semua ini perlukan suatu perubahan yang drastik. Semoga PRU ke 14 itu nanti akan mampu memperlihatkan suatu Negara Malaysia yang lebih makmur dan maju.

Sekian, Terima Kasih.

Hayar Hassan

24 September 2016.

2 ulasan:

  1. Assalamulaikum Admin,

    Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Terima kasih

    BalasPadam
  2. Assalamulaikum Admin,

    Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Terima kasih

    BalasPadam

Follow by Email

Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger