Home » , » Pendirian PAS enggan bekerjasama mudahkan pembentukan Pakatan Rakyat 2.0

Pendirian PAS enggan bekerjasama mudahkan pembentukan Pakatan Rakyat 2.0

Written By Wadah Baru on Ahad, 20 September 2015 | 8:57 PG

Oleh SALAHUDDIN HJ AYUB

Setelah beberapa kali Parti Amanah Negara (AMANAH) mempelawa supaya PAS bersama menyertai perbincangan untuk menubuhkan muafakat politik baharu, PAS hari ini telah membuat keputusan untuk tidak bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 itu namun hanya akan berkerjasama dengan PKR.

Mengulas perkara itu, saya berpendapat bahawa keputusan PAS itu akan memudahkan Parti AMANAH, PKR, DAP bersama NGO lain, untuk segera menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0.

Bagi saya, biarlah rakyat menilai sendiri pendirian dan keputusan yang telah dibuat PAS itu.

Parti AMANAH mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam Pakatan Rakyat 2.0 bagi membawa perubahan politik sekaligus menyelamatkan Malaysia.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
19 September 2015

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger