Home » » Say no To TPPA

Say no To TPPA

Written By Wadah Baru on Sabtu, 16 Januari 2016 | 8:15 PG

Diantara isi kandungan perjanjian TPPA..


1. HAK-HAK PELABUR ASING.

- Diberi layanan yang sama seperti pelabur Malaysia.
- Tiada sekatan terhadap pengaliran keluar keuntungan ke luar negara.
- Tidak boleh dkenakan syarat supaya memindahkan teknologi kepada pekerja Malaysia.
- Tidak boleh dkenakan kuota untuk menggunakan barangan tempatan.
- Harus diberi hak bersaing untuk tender perolehan kerajaan.
- Tidak boleh dkenakan apa jua kawalan yang boleh menjejaskan keuntungan masa depan pelabur.
- Jika Kerajaan Malaysia gagal menjamin hak tersebut maka pelabur boleh mengheret kerajaan ke Tribunal Antarabangsa.

2. HARGA UBAT AKAN TINGGI, MONOPOLI SYARIKAT FARMASI DILANJUTKAN.

Kini syarikat farmasi pencipta ubat dijamin monopoli selama 20 tahun, TPPA akan melanjutkan tempoh monopoli hingga ke 28 atau 48 tahun.

( Iaitu 20 tahun tempoh asal + 8 tahun sifat eksklusif data + 20 tahun lagi jika suatu kegunaan baru diisytiharkan)

3. MENGHUKUM PENDIDIK DAN PELAJAR.

Tempoh hakcipta penerbit buku akan dilanjutkan dari 50 tahun selepas kematian penulis buku ke 70 tahun.

Undang-undang hakcipta di Malaysia akan diperketatkan sehingga sesiapa yang membuat salinan boleh dikenakan hukuman yang berat. Pemilik kedai fotokopi boleh dipenjarakan jika beliau buat fotokopi buku tanpa izin pemegang hakcipta. Mesin fotokopinya juga boleh dirampas.

4. IKS AKAN GULUNG TIKAR.

Industri Kecil Dan Sederhana IKS akan hadapi persaingan hebat daripada syarikat gergasi antarabangsa. Mengikut jangkaan Presiden Persatuan IKS En. Michael Kang 30% daripada syarikat IKS akan gulung tikar dalam masa 2 tahun setelah TPPA dilaksanakan.

5. MENJEJASKAN HAK PETANI.

Petani tidak boleh mendapatkan benih dari rakan-rakan mereka kerana banyak jenis benih dihakmilikkan oleh syarikat korporat. Maka ianya dilindungi oleh akta tertentu. Mereka dikehendaki beli benih dari Syarikat Agro yang besar dengan harga yang tinggi.

Pakar Ekonomi Dr. Jomo Sundram mengatakan :

TPPA bukan hanya perjanjian petdagangan bebas. Ia juga memberi hak-hak baru kepada pelabur asing sambil memperkasakan Hak Milik Intelek. Perjanjian TPPA akan merugikan rakyat jelata di semua negara yang sertainya..

Ayuh rakyat Malaysia kita bangkit untuk menolak perjanjian ini yang amat merugikan ini..
SAY NO TO TPPA..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger