1. Insiden serangan berani mati di tempat awam sama ada daripada Al-Qaeda atau ISIS atau apa-apa kumpulan sekalipun sudah menjadi kebiasaan di negara-negara seperti Pakistan, Afghanistan, Iraq, Syria, Yaman, Tunisia dan Mesir.
2. Namun sekarang, serangan tersebut nampaknya mula merebak ke Turki, dan terbaru semalan di Jakarta.
3. Kita hairan mengapa perjuangan kononnya untuk mencegah kemungkaran dan menegakkan keadilan, perlu memangsakan orang ramai dan tempat-tempat awam seperti stesen bas, hospital, masjid dan gereja.
4. Serangan yang berlaku di Turki sebulan lalu, mengorbankan puluhan nyawa, iaitu kaum Kurdi yang merayakan perayaan mereka. Begitulah juga, serangan yang berlaku di Istanbul berdekatan masjid Sultan Muhammad, yang menyebabkan pelancong daripada Jerman dan beberapa negara lain menjadi mangsa.
5. Serangan hari ni pula berlaku di Jakarta di pos polis yang kecil, kemudian di McDonald dan Starbuck yang juga melibatkan orang awam. Berita yang kita terima menyatakan bahawa pihak polis dan pihak risikan lndonesia bertindak begitu cepat menenangkan keadaan dan suasana sehingga ia diberitakan keadaan kembali pulih hanya beberapa jam selepas kejadian tembak menembak yang mengorbankan tujuh mangsa itu.
6. Pihak pemerintah dan orang ramai hendaklah mencari dan mengkaji 'the root cause' yang menyebabkan terjadinya insiden begini. Pandangan bahawa orang awam boleh dimangsakan untuk mencapai cita-cita perjuangan mesti dikritik dan ditentang dan tidak boleh diterima akal mahupun hujah agama.
7. Ajaran mana-mana pihak yang membolehkan untuk melakukan 'suicide bomb' terhadap orang awam untuk mencapai cita-cita perjuangan perlu dikaji dan dilihat secara serius. Jika ia dilakukan atas nama Islam, apakah ia membawa imej yang baik mencemar imej agama dan orang Islam sendiri.
8. Marilah kita semua berikrar untuk menjadikan Islam agama rahmat untuk semua, iaitu tempat pergantungan semua manusia dan makhluk seperti yang dikehendaki turunnya agama itu dan turunnya al-quran itu.
9. Orang awam dan rakyat jelata tidak terlibat dalam membuat dasar negara.
Sebarang bentuk keganasan yang melibatkan orang awam, bukan menjadi sasaran untuk mencapai matlamat sesuatu perjuangan.
"Harapan Baru"
HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
15 Januari 2016
04 Rabi'ul Akhir 1437H
AMANAH Kutuk Insiden SeranganBerani Mati Indonesia
Written By Wadah Baru on Jumaat, 15 Januari 2016 | 2:13 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan