Nampaknya ramai juga yang menyelar Dr Hatta Ramli kerana melanggar baiah talak tiga. Kata mereka isu tercerai isteri satu hal tetapi mengkhianati parti adalah suatu yang sangat besar dan terlaknat.
Mereka terlupa. Sebelum Dr Hatta 'khianati' parti, sebenarnya parti terlebih dahulu mengkhianati beliau.
Pemimpin dalam parti berhimpun memalukan beliau di depan pejabat agung parti. Gambarnya dipijak-pijak.
Nama baik beliau dicalar dengan gelaran jebon dan pengkhianat. Dia dituduh sebagai dalang untuk menggulingkan presiden.
Kalau pun kita berbaiah akan terus kekal dalam sebuah bahtera tapi
sepanjang berada di atasnya kita diterajang, dihina, diludah, dibelasah
dan dimalukan, rasanya orang bodoh sahaja yang tidak akan terjun ke laut
dan berenang mencari kapal yang lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan