Home » , » Ketum jadi simbol 'serang' Husam selepas 'sampah'

Ketum jadi simbol 'serang' Husam selepas 'sampah'

Written By Wadah Baru on Sabtu, 3 September 2016 | 10:45 PG

Oleh Arif Atan

Selepas sampah dijadikan perlambangan, Ketua Dewan Ulamak Pas Pahang, Mokhtar Senik menggunakan ketum pula dalam 'menyerang' Datuk Husam Musa secara terbuka ekoran keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu  menyertai Amanah.

"Edisi keliru. Baru ni Risda ada cadangan nak tanam Ketum untuk meng(g)antikan getah. Siapa tahu, apakah kerajaan telah membenarka(n) pihak Risda berbuat demikian?" dipetik dari Facebook Ahli Jawatankuasa Pas Pusat ini atas nama 'Ustaz Mokhtar Dup Phg' semalam.

Beliau turut melampirkan dua keratan berita Sinar Harian Online iaitu "Husam rayu pemecatan dibatalkan" bertarikh 26 Mei dan 'Saya hairan masih ada ahli bersama Pas' terbitan pada 31 Ogos lalu.

Kelmarin, Mokhtar yang pernah ditahan ISA selama tiga tahun bersabit isu Al-Maunah ini menulis, "Tong sampah yang diletakkan di luar rumah kita kadang-kadang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.
Tapi tahukah kita kerana ada tong sampah itulah makanya rumah kita bersih dan kemas."

Ujarnya lagi, "Tiada lagi sampah berselerakan. Terima kasih wahai Tong Sampah kerana sudi menerima sampah-sampah yang pernah ada dalam rumah kami. Wassalam. Tiada kena-mengena dengan orang yang belum mati atau orang yang masih hidup."

Dikecam netizen 

Walaubagaimanapun, sebahagian pengguna Facebook mengecam Mokhtar seperti komentar Amiruddin Endemir, "Status tak cerdik" manakala Azmi Osman berkata, "Buanglah nama ustaz kau tu. Hodoh perangai."

Turut mengkritik netizen Wfauzdin Ns yang berpendapat, Pas pernah meletakkan 'sampah' yang dimaksudkan Mokhtar itu di jawatan kanan sehingga ke tahap Naib Presiden.

Menurutnya, 'sampah' itu juga amat dipuji oleh Almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan pernah menjadi pemimpin kanan dalam kerajaan negeri Kelantan selain beberapa penggal menjadi Ahli Parlimen bahkan sehingga pada masa ini masih Adun.

"Tukang menggelar beliau (Husam) sebagai sampah tu apa yang dia ada? Pernah jadi Adun? MP (Ahli Parlimen) jauh sekali. Jawatan dalam parti (Pas) setakat mana?

"Bertanding pilihan raya kalah sokmo. Setakat ada pondok yang dibiayai oleh Yayasan Pondok 1Malaysia, tak payah sembang kencang sangat. Patutnya, adalah rasa malu sikit," bidas Wfauzdin lagi.

Untuk rekod, Yayasan Pondok 1Malaysia dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada 2012 dengan bekas senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim sebagai penasihat kehormatnya.

Husam mengisytiharkan penyertaan beliau dan ahli keluarganya dalam Amanah pada malam sambutan ulangtahun kemerdekaan lalu di Cyberjaya.

3 ulasan:

  1. Teringat kata2 wakil bn dlm persidangan dun kelantan... dia panggil bodo penggol

    BalasPadam
  2. jelas sudah ustaz penjual label, walaupun ayat al-Quran dan akhlak Rasul memuji Allah selalu malah sentiasa letakkan galakan sabar TANPA HAD. kenapa perlu panggil orang lain dgn gelaran hodoh dan berbahasa buruk dan kesat malah menghukum. Adakah kesabaran ADA HADNYA? Sabar tiada had. Kemarahan ADA HADNYA.

    BalasPadam
  3. Sape2 pernah pegi india... kat sana word 'ustad' maksudnya 'bapak samseng'.. x caye pegi india.
    P/s ; Apa ada pada ustad kalau perangau macam penyangak, dah kena brainwash ngan umno pon pimpinan PIGS bagi jawatan.. perosak ni dia ni.. patut bagi 'paradon' je.. hahahaaa

    BalasPadam

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger