Oleh Arif Atan
Pemuda Amanah Nasional menyifatkan mereka tidak akan mudah melutut
atau berputus asa dalam memposisikan parti itu sebagai wadah perjuangan
Islam di negara ini.
Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Amanah dalam konteks
lebih besar berjuang dengan visi untuk merealisasikan konsep Islam
sebagai Rahmatan Lil Alamin.
Mengulas dakwaan kononnya Amanah akan melutut mengiktiraf kekuatan
Pas seperti disebutkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
beliau berkata, kenyataan itu tidak berfaedah kepada rakyat.
"Apa manfaatnya kepada rakyat dengan kata-kata angkuh begitu?
"Sejujurnya kita ingin katakan bahawa tugas kita jauh lebih besar
daripada melayan 'ahli nujum politik' seperti itu," tegasnya ketika
dihubungi
Menurutnya, kenyataan berbaur bongkak itu juga secara tidak langsung
menggambarkan hilangnya iltizam politik dalam membantu agenda perubahan
yang lebih sejahtera kepada rakyat.
"Dengarlah suara perubahan yang diingini rakyat. Bukan dengan
lontaran kasar yang akhirnya mengundang jelik anak muda kepada politik
Islam," ujarnya.
Mengulas lanjut ulang tahun pertama penubuhan Amanah pada bulan ini,
Shazni berkata, parti itu sama sekali tidak mengamalkan politik samseng
sebaliknya sentiasa berusaha memperjuangkan hak dan keadilan segenap
lapisan rakyat.
"Amanah akan sentiasa memastikan setiap langkah politik yang diambil menyantuni keseluruhan sisi hidup rakyat.
"Kita juga tidak bersikap mementingkan diri sendiri, apatah lagi
ingin 'melututsikukan' mana-mana pihak," tegas Shazni lagi yang juga
Pengarah Mobilisasi Pemuda Amanah Nasional.
Amanah tidak akan melutut, tolak politik siku dan lutu
Written By Wadah Baru on Isnin, 19 September 2016 | 3:48 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
Jangan layan dengan orang sombong tu tuan. Teruskan berjuang dan jangan buat U-turn.
BalasPadamSementara itu boleh tak kita sama2 link-kan blok. Blog saya:
biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
Sekiranya sudah diluluskan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com
Terima kasih
Jangan layan dengan orang sombong tu tuan. Teruskan berjuang dan jangan buat U-turn.
BalasPadamSementara itu boleh tak kita sama2 link-kan blok. Blog saya:
biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
Sekiranya sudah diluluskan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com
Terima kasih