Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan
Mohamad Sabu membidas insiden berlaku dalam program Nothing 2 Hide 2.0
semalam, melanggar peraturan dan norma demokrasi.
"Insiden provokasi dan kekecohan petang semalam dalam program Nothing
To Hide 2.0 yang menampilkan Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah suatu
perkara yang perlu dikutuk kerana melanggar peraturan dan norma
demokrasi negara.
"Himpunan dan program-program di Malaysia biasanya berlangsung secara aman dan tenteram.
"Jikapun ada pihak yang mahu berhentikan ceramah atau dialog, hendaklah datang dari pihak berkuasa, bukan orang awam biasa.
"Lebih membimbangkan, jika peristiwa itu dirancang oleh pihak-pihak
tertentu untuk menimbulkan kekecohan dan akhirnya menggagalkan Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang," ujarnya dalam kenyataan.
Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata,
berikutan Barisan Nasional (BN) dakwanya berada pada situasi cemas, di
atas sambutan rakyat terhadap Pakatan Harapan dan juga sokongan rakyat
kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr
Mahathir Mohamad yang membongkar segala skandal dan penyelewengan yang
berlaku di Malaysia.
"Oleh itu, kita meminta pihak keselamatan mengambil tindakan segera
supaya rakyat kembali yakin kepada sistem demokrasi sekaligus bebas
membuat pilihan kepada kerajaan yang mereka kehendaki memerintah selepas
PRU14 nanti," ujarnya.
Terkini dilaporkan tiga remaja telah ditahan di Ibupejabat Polis Shah
Alam bagi membantu siasatan terhadap insiden baling kerusi, botol
minuman, kasut dan suar ke arah pentas di mana Dr Mahathir sedang
menjawab soalan hadirin.
Ketua Armada dalam kenyataan hari ini turut mempersoalkan
kebarangkalian ada usaha pihak tertentu mengunakan remaja bawah umur
yang bukan ahli Bersatu untuk membuat provokasi dalam program yang
dianjurkan oleh Armada Bersatu itu.
Insiden N2H 2.0: Langgar peraturan, cemar demokrasi
Written By Wadah Baru on Isnin, 14 Ogos 2017 | 11:34 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan