Home » , » Harapan baru perlu kerja keras segera catur pelan pilihan raya

Harapan baru perlu kerja keras segera catur pelan pilihan raya

Written By Wadah Baru on Rabu, 19 Ogos 2015 | 11:27 PG

Oleh Mohd Azhar 

Kewujudan Harapan Baru dalam arena politik tanah air sejak akhir-akhir ini semakin memperlihatkan keseriusan dan kematangan rakyat untuk memilih pendekatan terbaik dalam mengadunkan Islam dan kenegaraan dalam konteks Malaysia.

Perkara ini bukan sahaja menarik minat masyarakat Islam malah mereka yang bukan beragama Islam yang percaya politik Islam tidak dapat dipisahkan dengan suasana di Malaysia.

Rakyat kini mula menaruh harapan agar apa yang dilaungkan sebagai harapan baru, benar-benar dapat menjadi wadah untuk bergantung harap terutamanya bagi membentuk sebuah kerajaan yang bebas dari masalah korupsi salah guna kuasa yang dipamerkan Barisan Nasional pada hari ini.

Melalui pemerhatian dan penilaian penulis dengan kenyataan daripada pimpinan GHB dan program-program yang dianjurkan mereka, penulis mendapati mereka masih menggunakan pentas ceramah sebagai medium penerangan dan promosi GHB di kalangan rakyat. Tidak dinafikan kaedah itu memberi kesan tetapi pendekatan yang lebih seirus perlu digerakkan ke serata daerah bagi mendapatkan maklum balas secara jelas dan bukan hanya bagi mendapatkan keahlian baru.

Pada ketika ini wujud persepsi GHB hanya memberi focus dan mensasarkan ahli PAS bagi menambah keahlian mereka dan ia kelihatan benar apabila kebanyakan hadirin serta yang menyampaikan ucapan dalam siri ceramah mereka kebanyakannya adalah bekas ahli PAS sebelum ini sama ada di peringkat pusat mahupun di peringkat kawasan.

GHB perlu bekerja keras, mengorak langkah untuk menarik ahli-ahli daripada parti-parti politik pemerintah atau pimpinan mereka yang berada di dalam Umno, MCA atau MIC bagi memperkukuh kekuatan sebagai solusi dalam suasana tidak menentu dalam negara pada hari ini.

Melihat kepada suasana semasa, ramai ahli-ahli dalam parti-parti politik BN kecewa dan cuba mencari haluan lain bagi meluahkan pandangan mereka tetapi tidak ada yang sudi menjadi pendengar dan menyediakan medium kepada mereka untuk bekerjasama membuat perubahan. Justeru pasukan GHB harus melihat prospek ini sebagai tumpuan yang boleh memberi nilai tambah kepada kekuatan GHB.

Pelan pilihan raya
 
Sehingga kini, GHB kelihatan masih samar-samar dalam mengenengahkan perancangan mereka dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Mungkin perancangan rapi sedang disusun namun rakyat Malaysia keseluruhannya ternanti-nanti bagaimana agaknya GHB mendepani PRU ke 14 dengan kedudukannya sebagai sekutu Pakatan Rakyat 2.0. PAS yang dahulunya bertanding dalam kesepakatan PR kelihatan tidak akan berganjak dengan kerusi-kerusi yang pernah ditandinginya.

Sekiranya GHB mengambil langkah berani dengan meletakkan calon di setiap kerusi yang ditandingi PAS misalnya, pastinya gerak kerja ke arah itu akan dipersiapkan di peringkat bawah dengan lebih awal. Di atas kertas kemungkinan kelebihan akan berpihak kepada calon BN akibat pertembungan 3 penjuru namun sekiranya strategi dan kempen dijalankan dengan berkesan dilakukan lebih awal tidak mustahil GHB berupaya mengalahkan calon lawan meskipun dengan majoriti kecil.

Namun sekiranya GHB masih berteka-teki dan tidak benar-benar memberi keyakinan kepada ahli dan rakyat dalam isu ini, sudah pastinya persediaan itu tidak dapat dibuat dengan baik. Para pengundi juga akan lambat membuat keputusan meskipun dalam benak sanubari mereka sudah begitu meluat dengan BN. Kelihatannya saranan ini seolah-olah gopoh tetapi hakikatnya inilah pertanyaan yang bermain di minda ramai pengundi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger