Home » , » Pengesahan Penemuan Serpihan Pesawat MH370 : HB Rakam Simpati

Pengesahan Penemuan Serpihan Pesawat MH370 : HB Rakam Simpati

Written By Wadah Baru on Sabtu, 8 Ogos 2015 | 3:01 PTG

Oleh Mohamad Bin Sabu

Harapan Baru (HB) melahirkan rasa sedih serta merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi MH370, berikutan pengesahan pihak kerajaan penemuan flatperon baru-baru ini yang disahkan sebagai serpihan pesawat yang hilang dulu.

Kami mendoakan semua tabah dan sabar. Kami tentunya sangat bersimpati.

Peristiwa ini membawa pengajaran yang besar kepada kita semua. Sesungguhnya, manusia tidak punya pergantungan yang hakiki selain Allah. Sayugia, marilah kita sama-sama terus berdoa memohon perlindungan dan keampunan Allah dari segala musibah yang melanda negara.

Harapan Baru juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu membuat pengesahan tentang serpihan MH370 tersebut.

Bagaimanapun, punca tragedi masih belum dirungkai sepenuhnya. Mengenalpasti punca dan melaksanakan langkah pencegahan adalah tanggungjawab yang masih belum selesai, dan pihak berwajib perlu terus berusaha menyelesaikan teka-teki ini.

Mohamad Bin Sabu
Pengerusi
Gerakan Harapan Baru (HB)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger