Boleh juga dianggap keputusan Speaker membenarkan usul persendirian dibawa Abdul Hadi Awang untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah, (Akta 335) seterusnya bagi membolehkan Hudud dilaksanakan di negara ini merupakan satu sejarah
Menurut peraturan mesyuarat Parlimen, usul berkenaan berkedudukan ditangga ke-15, paling akhir, tetapi dilompatkan ke atas. Sebelum ini sudah lebih dua kali usul berkenaan dibawa tetapi berakhir dengan ianya tidak sempat dibentangkan kerana kesuntukan masa. Lama sebelum itu juga Pas sudah dua kali cuba membawanya, tetapi tidak dilayan.
Jadi kali ini bila
didilompatkan, menyebabkan timbul keanihan dan pertanyaan kenapa terjadi
demikian? Selalunya tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada
mengada. Biar apa pun, tetapi bagi Pas yang sudah lama berjuang untuk
melaksanakan Hudud, bergembira dengan apa yang berlaku hari ini. Orang
Pas perlu bersujud syukur hari ini.
Ralat
sedikit walau ia diterima untuk dibahas, tetapi pembawa usul
mencadangkan agar ia ditangguh dan dibahas pada sidang akan datang.
Kenapa? Mungkin usul berkenaan tidak mustahak atau perlu disegerakan?
Alasan pembawa usul kerana kengkangan masa. Kita tunggu pada sesi akan
datang.
Secara peribadi saya dan begitu juga
umat Islam bersyukur atas apa yang berlaku. Didoakan semoga usul itu
dibahas dengan penuh tertib dan takzim dan sehingga mencapai matlamat
akhirnya Hudud dilaksanakan suatu hari nanti. Orang bukan Islam atas apa
juga alasan dan fakta, janganlah persoalkan. Hudud dan tanggungjawabnya
adalah hak mutlak (wajib) bagi umat Islam.
Bagaimana
pun saya masih curiga dengan tindakan Speaker yang membenarkan usul itu
dibahas dan penangguhan untuk membahaskan yang dicadangkan itu. Kenapa?
Sepatutnya dibahas hari ini juga dan tidak ditunda ke sidang lain,
kerana perkara itu bagi Pas penting, lagi pun sudah lama ditangguhkan
atau gagal dibawa sebanyak empat kali. Inilah dikatakan semacam ada
persepakatan antara Pas dengan kerajaan (baca Umno)?
Apabila
Speaker tiba-tiba jadi baik dan concern dengan usul berkenaan
menyebabkan timbul pertanyaan dan persepsi lain. Apakah penerimaan usul
itu sebagai modal politik menjelang dua pilihan raya kercil di Sungai
Besar dan Kuala Kangsar?
Pihak kerajaan yang
menguasai Parlimen, menerima usul itu bagi membuktikan mereka (Umno)
tidak menolak Hudud. Apa yang mahu ditonjolkan kepada orang Melayu
khususnya dalam dua kawasan pilihan raya itu mereka juga mahukan Hudud
dan penerimaan usul itu untuk dibahas adalah buktinya. Mungkinkan
begitu?
Dalam pada itu juga, apabila parlimen
membenarkan usul dibawa presiden Pas itu diterima, ia tidak menampakkan
pihak kerajaan menolak Hudud lagi. Dalam masa Pas juga tidak dapat
menjadikan Hudud sebagai isu dalam kempen-kempennya kerana usul itu
sudah diterima. Pas terpaksa mencari isu lain untuk modal kempen.
Situasi ini menyerlahkan akan Pas diperangkap.
Tampak
disini pihak kerajaan mendapat dua keuntungan sekaligus dengan
membenarkan usul RUU Hadi itu dibahaskan; Umno tidak tentang Hudud dan
parti itu berjaya mengunci mulut Pas daripada bercakap fasal Hudud
dengan memperli Umno kononnya parti nasionalis itu tolak hukum Allah
itu.
Apa yang diulas Pengerusi Umno Selangor,
Noh Omar ada kebenaran dan perlu difaham sebaik mungkin sifir politik
Umno. Katanya, "walaupun usul itu diterima untuk dibahas, tetapi tidak
secara automatik Hudud dilaksanakan kerana ia bergantung kepada budi
bicara negeri masing-masing kerana hal ehwal agama terletak ditangan
mereka." Penerimaan RUU itu seakan Umno sudah berjaya membuang jerat
Hudud yang tersangkut di lehernya selama ini.
Teruskan usaha anda untuk memecah belahkan kekuatan politik islam di malaysia
BalasPadam