Home » , » AMANAH umum calon PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar Rabu

AMANAH umum calon PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar Rabu

Written By Wadah Baru on Jumaat, 27 Mei 2016 | 6:44 PTG


Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengumumkan calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Rabu ini.

“Kita letak banyak nama sebagai calon antaranya Mat Sabu (Presiden Amanah Mohamad Sabu) dan Nizar (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin),” kata Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata calon juga tidak dikhususkan daripada kalangan anak tempatan.

Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 18 Jun ini dengan penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.

Ia susulan kematian Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Anggota Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, pada 5 Mei lepas.
— BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger