Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata beliau sudah menghubungi peguam dan mengarahkannya mengeluarkan surat tuntutan ke atas penerbit akhbar berkenaan.
"AMANAH akan gunakan surat tuntutan itu
untuk minta mereka memohon maaf kepada saya dan AMANAH di muka hadapan,
sama seperti yang mereka buat hari ini. Atau (jika gagal) mereka akan
disaman," katanya.
Khalid berkata demikian pada sidang media di Shah Alam hari ini.
Tambah anggota parlimen Shah Alam itu, pihaknya akan menghantar surat tuntutan tersebut selewat-lewatnya Selasa depan.
Muka
depan Berita Harian hari ini menyiarkan laporan: "Kerajaan beri PAS
laluan; DAP, AMANAH bantah" bagi berita usul dibawa Datuk Seri Abdul
Hadi Awang di parlimen semalam.
Usul itu pada
asalnya disenaraikan di bahagian hujung aturan mesyuarat namun dibawa ke
depan untuk dibentangkan melalui cadangan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Cadangan itu kemudian disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang juga anggota parlimen Papar.
Khalid
menjelaskan, beliau tidak membantah usul tersebut sebaliknya hanya
mempersoalkan bagaimana rang undang-undang persendirian dibawa anggota
parlimen Marang itu boleh mengetepikan usul lain dibawa kerajaan.
"Saya
tak bantah malah sokong tafsiran yang dibuat oleh Speaker Tan Sri
Pandikar (Amin Mulia) yang membenarkan usul itu dibaca atau dibentang.
"Saya
cuma nak tahu apa pertimbangan yang dibuat kerajaan apabila dia
mendahulukan usul persendirian (mengatasi) semua urusan kerajaan dalam
senarai perkara yang hendak dibahaskan," katanya.
Sementara
itu, ketika ditanya bagaimanapun parti itu ingin berdepan dengan DAP
sekiranya rang undang-undang tersebut dibahaskan, Khalid berkata
pihaknya akan sentiasa terbuka serta mengadakan perbincangan.
Katanya, apa yang penting ialah AMANAH tidak akan mengambil pendekatan memusuhi pihak yang menentang usul berkenaan.
"Kita tidak anggap pihak yang tidak bersetuju sebagai musuh. Kita tidak mempunyai pendekatan sedemikian.
"Orang
Islam sendiri pun ada tak setuju apatah lagi yang bukan Islam. Namun ia
satu usaha berterusan untuk yakinkan semua pihak bahawa Islam yabg
terbaik.
"Ia perlu perbahasan dan perbincangan tapi bukan perlu memusuhi mereka kalau tak bersetuju," katanya
0 ulasan:
Catat Ulasan