Home » , » PAS dan GHB perlu lantik majlis tahkim selesai masalah

PAS dan GHB perlu lantik majlis tahkim selesai masalah

Written By Wadah Baru on Selasa, 18 Ogos 2015 | 9:46 PG

Oleh USTAZ MOHD MISBAHUL MUNIR MASDUKI

1. Saya berpendapat PAS dan Harapan Baru tidak boleh hanya membuat kenyataan dalam kemelut yang masih berpanjangan ini.

2. Pendekatan terbaik yang tidak merugikan mana-mana pihak hendaklah diusahakan bagi menyelesaikan isu ini.

3. Pendekatan "menang-menang" adalah yang terbaik dalam penyelesaian.

4. Saya mencadangkan supaya dibentuk Majlis Tahkim yang dianggotai oleh mana-mana pihak atau individu yang saling dipercayai oleh PAS dan Harapan Baru. Majlis Tahkim hendaklah menjadi orang tengah bagi mencari penyelesaian isu ini.

5. Tokoh-tokoh ulama, politik dan gerakan Islam luar negara yang sering menjadi rujukan PAS dan Harapan Baru juga boleh menganggotai Majlis Tahkim. Ulama tersohor seperti Dr Yusuf Al Qardhawi adalah salah seorang ulama terbaik bagi menjadi orang tengah dalam penyelesaian isu ini.

6. Penglibatan tokoh-tokoh Islam antarabangsa dilihat perlu, kerana mereka juga mempunyai pengalaman dalam menghadapi pergeseran dalam jamaah Islam.

7. Di negara kita, tidak kurang tokoh-tokoh hebat termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) berkelayakan untuk menyertai Majlis Tahkim yang dicadangkan bagi mencari penyelesaian ini.

8. Para ulamak, ahli akademik, veteran dan pemerhati politik yang saling dipercayai oleh kedua-dua pihak hendaklah tampil menawarkan diri bagi penyelesaian isu yang merugikan ini.

9. Situasi politik di Malaysia sekalipun panas, tetapi tidaklah sekronik persengkataan politik dunia luar. Masing-masing pihak hendaklah sering menghentikan serangan-serangan politik yang tidak mengungtungkan.

Beristiqamah Hingga Kemenangan
USTAZ MOHD MISBAHUL MUNIR MASDUKI
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger