Saudara akan didakwa pada hari ini, prinsip agama kami dan prinsip keadilan sejagat menyatakan "seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah", sekarang beban pembuktian atas tuduhan ke atas Saudara terletak kepada Peguam Negara.
Sayangnya, Peguam Negara telah membuktikan bahawa dia amat bias apabila Saudara didakwa sedangkan Najib yang berdepan dengan tuduhan yang lebih dan amat buruk langsung tidak disentuh.
Apapun Saudara, bertabahlah kerana harga untuk sebuah kebebasan,
keadilan dan pertanggungjawaban yang kita perjuangkan amat mahal, apatah
lagi berdepan dengan penguasa yang tidak punya harga diri dan tidak
kenal yang namanya kejujuran dan hak bersama.
Saudara !
Mereka cuba takutkan rakyat dengan menangkap Saudara kayak seorang penjenayah, tapi percayalah ! Rakyat yang merdeka minda dan jiwa akan makin bertambah meluat dan loya dengan perlakuan mereka.
Saudara !
Kami bersolidariti dengan Saudara bukan kerana kita 'sama sama' Pakatan Harapan, tetapi kami bersama Saudara kerana kita bersama menjunjung keluhuran undang undang dan perlembagaan. Kalau Saudara dituduh, lalu dibicarakan, kenapakah Najib yang dituduh, dibicarakan secara awan dan masyarakat sivil mendapati dia telah BERSALAH, namun aparat perundangan masih membisu seribu bahasa.
Kita bersama !
Ridzwan bin Abu Bakar
Rakyat Malaysia
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara
Negeri Kedah

Assalamu'alaikum. Islam sendiri amat menekankn pentingnya keadilan kpd semua tak kira agama,bangsa,warna kulit...Islam itu rahmatan lil 'alamiin..cuba hayati surah Al Mumtahanah : 8
BalasPadam